Judul : Kesilapan-Kesilapan Usahawan Seluruh Dunia Pernah Lakukan
link : Kesilapan-Kesilapan Usahawan Seluruh Dunia Pernah Lakukan
Kesilapan-Kesilapan Usahawan Seluruh Dunia Pernah Lakukan
Setiap usahawan akan melakukan kesilapan dalam perniagaan. Itu adalah makanan wajib hadam seorang usahawan. Dengan kegagalan itulah seseorang itu akan belajar untuk bagaimana untuk bangkit dan jadi lebih kuat.
Pengalaman adalah pelajaran yang paling berharga. Suka atau tidak, kadang-kadang kegagalan semalam adalah sebab kenapa kita boleh berjaya pada hari ini.
Berikut adalah kesilapan besar yang pernah usahawan-usahawan seluruh dunia pernah lakukan dalam hidup mereka. Kesilapan mereka adalah pelajaran terbaik untuk anda yang ingin bermula menjadi hebat. Baca dan hadam.
#1-Cuba Untuk Jadi ‘Perfect’
Pengasas Kissmetrics dan Crazy Egg pernah menghabiskan berjuta-juta untuk syarikat laman web yang mereka tidak pernah lancarkan. Dia dan rakan kongsinya mengakui yang mereka ingin semua yang mereka rancangkan menjadi seperti yang mereka rancangkan daripada A-Z.
“Kami terlalu mementingkan kesempurnaan sehingga kami berikan yang terbaik yang kami boleh tanpa mengetahui apa yang terbaik pada pelanggan.”. Selalulah melihat dari kaca mata pelanggan, bukan kita sebagai usahawan.
#2- Buat Dahulu, Tanya Kemudian
Pengasas Zipcar mengakui pernah membuat kesilapan yang hampir sama, mereka menghabiskan wang yang banyak untuk membina website dan software sebelum memperkenalkannya kepada pelanggan.
Mereka lupa untuk mendapatkan pendapat pelanggan dahulu semasa membuat atau melancarkan produk baru. Pesan beliau, “Sentiasa dapatkan pelanggan anda secepat yang mungkin dan daripada mereka, belajar bagaimana untuk bangunkan produk atau servis mereka.”
#3- Buat Projek Mega Melebihi Bajet Dan Kapasiti
Menurut CEO syarikat Moz dan pengasas Inbound.org, kesilapan terbesar yang pernah dia lakukan adalah membuat projek mega yang memerlukan masa yang berbulan-bulan, tenaga dan komitmen yang sangat besar.
Perkembangan projek sangat perlahan dan banyak kali mereka terpaksa menunda tarikh pelancarannya. Sepatutnya mereka sudah boleh membuat pusingan modal lebih awal tetapi terpaksa ditunda hingga bertahun-tahun.
Pengajarannya, jangan buat bisnes yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dilancarkan terutamanya jika anda baru nak bermula dengan modal yang sedikit dan ada juga ada pekerja untuk diberi gaji. Pilih perancangan bisnes yang mudah dan cepat nampak hasil untuk permulaan.
#4-Jangan Bermula Terlalu Lambat
Salah seorang penulis buku laris mengatakan yang dia rasa kesilapan beliau yang utama adalah dia bermula lewat. Sebabnya adalah kerana beliau takutkan kegagalan dan rasa kurang percaya terhadap diri sendiri.
Disebabkan dua perasaan negatif yang ada dalam diri ini, beliau bermula lambat. Kalau boleh diputar masa, kata beliau, beliau tidak patut membuang masa melakukan pekerjaan yang tidak disukai dan mula menulis di blog atau mula berniaga seawal yang mungkin.
#5-Jangan Cuba Buat Sendiri
Pengasas kepada rangkaian TWiT mengatakan kesilapan terbesarnya adalah cuba untuk mencuba melakukan semua perkara dengan sendiri. Sebagai pengasas, beliau percaya beliau tahu semua perkara mengenai media, content dan teknologi semasa yang sesuai untuk audien.
Tetapi beliau tidak sedar yang beliau tidak arif mengenai marketing, advertising dan juga bahagian sumber manusia. Beliau menghabiskan banyak masa di awal penubuhan syarikatnya untuk melawan arus dan perkara yang beliau tidak tahu daripada melakukan perkara yang beliau gemari iaitu buat duit.
Akhirnya beliau mencari rakan kongsi. Pada awalnya ia terasa seperti menyerahkan usaha dan penat lelahnya membina syarikat kepada orang lain akan tetapi beliau sedar itu adalah tindakan yang lebih bijak dan membantu belaiu untuk lebih fokus membawa kejayaan kepada syarikat.
#6-Katakan Tidak Jika Anda Tidak Teruja 100%
Menurut Tim Ferriss, jangan buka bisnes atau ambil peluang peniagaan kalau anda tidak cukup teruja dengan apa yang anda bakal lakukan.
Anda akan dapati hari-hari anda semakin sukar dan cepat rasa bosan kalau anda tidak cukup bersmeangat dengan apa yang anda buat.
Buat bisnes atau buat duit mungkin nampak menyeronokkan akan tetapi sejauh mana anda boleh pergi adalah berdasarkan semangat dan kesanggupan anda sendiri.
Sumber Kesilapan-Kesilapan Usahawan Seluruh Dunia Pernah Lakukan