Judul : Pangkuan pilu seorang ibu memangku bayinya yang meninggal tercampak setelah dihimpit kereta dari arah kanan
link : Pangkuan pilu seorang ibu memangku bayinya yang meninggal tercampak setelah dihimpit kereta dari arah kanan
Pangkuan pilu seorang ibu memangku bayinya yang meninggal tercampak setelah dihimpit kereta dari arah kanan
BAYI lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tercampak dari kereta Perodua Axia dinaiki bersama empat ahli keluarganya yang terbabit kemalangan di Kilometer 433 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Bukit Beruntung, pada 1 tengah hari ini.
Mangsa, Aril Rizqin Redza Shahril dipercayai tercampak bersama ibunya, Rafnah Mongudancgal, 35, di sekitar longkang di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, kereta dinaiki lima beranak itu dikatakan dihimpit kenderaan lain hingga menyebabkan ia gagal dikawal dan terbabas ke dalam longkang.
“Ketika kejadian, kereta Axia dipandu Shahril Saleh, 32, (bapa mangsa) bersama isteri dan dua anak lelaki lain yang berada di lorong tengah dihimpit kenderaan dari arah kanan lebuhraya itu.
“Ia mengakibatkan kereta itu hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di bahu jalan hingga menyebabkan bayi berkenaan dan ibunya tercampak keluar,” katanya.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 2.30 petang, manakala semua mangsa lain hanya cedera.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro
Sumber Pangkuan pilu seorang ibu memangku bayinya yang meninggal tercampak setelah dihimpit kereta dari arah kanan