Judul : “Isteri ingat saya asal dari negara jiran, tok kadi baca IC beberapa kali takut salah sebut” – Che Sang Beri Tasu
link : “Isteri ingat saya asal dari negara jiran, tok kadi baca IC beberapa kali takut salah sebut” – Che Sang Beri Tasu
“Isteri ingat saya asal dari negara jiran, tok kadi baca IC beberapa kali takut salah sebut” – Che Sang Beri Tasu
“Ramai ingat saya asal negara jiran, bakal isteri pun terkejut dan minta sahkan betulkah saya dari Felda Lubuk Merbau.” Itu antara pengalaman yang masih segar dalam ingatan Che Sang Beri Tasu, 51, ketika bercerita mengenai keunikan namanya.
Katanya, majlis perkahwinannya bersama Rohani Saad, 51, kekal momen istimewa kerana di situlah dia buat pertama kali bertemu dan mengenali isterinya selepas dipertemukan keluarga masing-masing.
Lebih menarik, detik itu bertukar lucu selepas melihat reaksi terkejut isteri dengan keunikan namanya.
Ketika majlis pernikahannya, kadi yang memegang MyKad Che Sang Beri turut terkejut dengan nama itu.
“Bila kadi pegang kad pengenalan dan dia terpaksa bacanya beberapa kali sebab bimbang silap menyebut di majlis tu nanti. Kadi itu juga terkejut dan senyum sambil kata saya dari keturunan Sang Nila Utama, seorang pembesar dari Temasik (Singapura).
“Semasa majlis itu, barulah ramai yang tau nama saya sebenar dan sebelum ini penduduk di Felda hanya panggil Bri. Mungkin sebelum itu, mereka sangka nama saya Zambri atau Sobri sahaja,” kata bapa kepada empat anak ini.
Sumber: Sinar
Sumber “Isteri ingat saya asal dari negara jiran, tok kadi baca IC beberapa kali takut salah sebut” – Che Sang Beri Tasu