Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka

Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka
link : Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka

Baca juga


Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka



KENYATAAN doula bebas Hayati Muzaffar yang mendakwa mendapat latihan untuk mengawal selia kelahiran di rumah daripada seorang doktor di Indonesia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengamal perubatan negara jiran berkenaan.

Presiden Persatuan Toksikologi Indonesia, Dr Tri Maharani menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Hayati atau dikenali dengan panggilan Kak Yat itu.

“Wah menakutkan sekali. Saya kira itu tidak benar. Saya pasti tidak ada seorang pun pakar kecemasan yang akan melakukannya.



“Saya sangat terkejut apabila ada pakar kecemasan dikaitkan dengan amalan itu. Tentu sahaja kami tidak setuju,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Dr Tri, kerajaan Indonesia sendiri tidak mengiktraf peranan doula di negara tersebut.

“Di sini tidak boleh guna doula. Kalau pun ada di desa terpencil yang tiada doktor atau bidan. Itu pun kerana terpaksa.

“Namun masyarakat Indonesia ada program Klinik Ibu dan Anak (KIA) dan semua ibu harus berdaftar dengan puskesmas (klinik kesihatan) atau hospital mini di setiap daerah,” katanya.


Jelas Dr Tri yang berkhidmat sebagai pakar kecemasan selama lapan tahun, mereka tidak sesekali akan meminta doula untuk membantu proses menyambut kelahiran bayi.

“Ya pasti tidak ada. Ini kerana program KIA sangat ketat. Kalau ada kematian ibu melahirkan maka doktor dan bidan akan dihadapkan ke jawatankuasa perubatan.

“Malah doktor dan bidan juga boleh dipenjarakan kalau bersalah. Jadi kami sangat takut. Angka kem,atian ibu hamil dan melahirkan tinggi, jadi strategi ini dilaksanakan sejak 30 tahun lalu,” katanya.

Susulan itu, Dr Tri menggesa Hayati supaya membuat permohonan maaf kepada pakar perubatan kecemasan di Indonesia.

“Dia harus minta maaf. Kenyataan dia membuatkan kami semua malu. Pakar kecemasan di seluruh Indonesia tidak ramai, hanya ada 58 orang kesemuanya.

“Jadi saya kenal dan tahu semua. Tapi kalau (individu) mengaku pakar atau pakar kecemasan palsu mungkin ada. Jika Doktor Perubatan Am (GP) atau doktor mengaku pakar kecemasan itu soal lain. Saya yakin bukan pakar kecemasan,” katanya.



Terdahulu semasa program bual bicara Analisis yang disiarkan menerusi stesen TV Al-Hijrah, Jumaat malam lepas, Kak Yat memberitahu dia mendapat latihan menjadi doula daripada seorang doktor pakar di bahagian kecemasan di Indonesia kira-kira tujuh tahun lalu.

“Pertama kali masa saya dilatih menjadi doula pada 2012 dibawah pimpinan seorang doktor bekerja di Jakarta sebagai doktor pakar kecemasan.

“Dia ada studio yoga. Jadi dia ajar di dalam studio yoga untuk jadi penyokong emosi,” katanya.

Namun Dr Tri menyangkal dakwaan bahawa terdapat pakar kecemasan di negara itu memilki studio yoga.

“Seramai 58 pakar kecemasan Indonesia tidak ada praktik di rumah dan buka studio yoga. Saya pasti itu bukan pakar kecemasan. Mungkin doktor biasa atau GP atau doktor palsu.

“Jadi saya memerlukan nama doktor yang dimaksudkan untuk saya buat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan Persatuan Doktor Indonesia,” katanya.


sumber : mStar Online

Sumber Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka


Demikianlah Artikel Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka

Sekianlah artikel Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: