Indianisasi Dan Islamisasi Alam Melayu: Satu Pensejarahan

Indianisasi Dan Islamisasi Alam Melayu: Satu Pensejarahan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Indianisasi Dan Islamisasi Alam Melayu: Satu Pensejarahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Indianisasi Dan Islamisasi Alam Melayu: Satu Pensejarahan
link : Indianisasi Dan Islamisasi Alam Melayu: Satu Pensejarahan

Baca juga


Indianisasi Dan Islamisasi Alam Melayu: Satu Pensejarahan

Mutakhir ini kecoh berkenaan isu keberhutangan orang Melayu kepada peradaban India di mana ini yang bukanlah kali pertama berlaku tetapi telah berlaku bertahun-tahun lamanya. Pendakwaan ini bukan sahaja melibatkan agama, budaya, bukti arkeologi, bahasa, sistem tulisan, raja-raja, malah mereka mendakwa merekalah punca ketamadunan orang Melayu.

Sebelum alam Melayu ini bersentuh dengan kebudayaan India, penduduk asal ini hidup di dalam kegasaran. Inilah yang dicanang-canangkan terutamanya oleh puak ‘Greater India’ dan geng Chola. Namun perkara ini bukanlah baru sebenarnya, ia telah disebarluas dan dipropagandakan oleh penjajah-penjajah Nusantara seperti British dan Belanda. Untuk kes Malaysia, ia adalah usaha terancang pihak British dalam memperbesarkan pengaruh India ke atas orang Melayu.

Jetpack Langkawi

TAKRIF INDIANISASI

Sebelum kita meneruskan perbincangan lebih lanjut, lebih baik kita selesaikan dahulu takrif Indianisasi. Mengikut Coedes, Indianisasi adalah perkembangan kebudayaan secara terancang yang diasaskan di atas konsep diraja India, dicirikan melalui kultus Hindu atau Buddha, mitologi Puranas, dan penumpuan ke atas Dharmasastra, dan menzahirkan dirinya di dalam bahasa Sanskrit.

Manakala Indianisasi di kawasan India Jauh (merujuk kepada kepulauan Melayu) sukar untuk dipastikan samaada ianya menyamai Indianisasi di Lembah Ganges seperti Bangladesh, bangsa Dravidian dan Sri Lanka. Terdapat berbagai istilah yang boleh menggantikan Indianisasi ini seperti Brahminisasi atau Sanskritisasi. Ini kerana terdapat teori lain bahawa penyebaran budaya India ini melibatkan golongan Brahmin sahaja atau melalui pengaruh bahasa Sanskrit sepertimana zaman ini yang melalui pengInggerisan yang hebat. Kedudukan Kepulauan Melayu yang dipisahkan laut yang luas berbanding Bangladesh dan Dravidian menyukarkan untuk penyerapan budaya secara perlahan-lahan.

Ciri tamadun India yang diserap oleh alam Melayu :-

1) kepercayaan – Buddha dan Hinduisme (Brahminisme)

2) Bahasa – Sanskrit

3) Huruf India – tulisan Pallawa yang diubahsuai daripada tulisan India Selatan. Tulisan kawi di Jawa diubahsuai daripada tulisan Pallawa

4) Kesenian – corak pada candi dan patung-patung

5) Pentadbiran – gelaran raja dan pembesar

6) Kesusasteraan – epik Ramayana, Mahabrata dan Jataka diterjemahkan atau disadur

Tiga hipotesis utama proses Indianisasi ini

1) Hipotesis Visya

2) Hipotesis Kastria

3) Hipotesis Brahmin

Hipotesis Visya ini telah dikemukakan oleh Krom dan diperkembangkan oleh Coedes; di mana mereka mengatakan bahawa proses Indianisasi ini dilakukan oleh golongan Visya. Golongan Visya yang mana adalah golongan pedagang ini telah datang ke alam Melayu untuk berdagang dan dalam tempoh perdagangan itu telah berkahwin dengan penduduk tempatan. Perdagangan antara benua India dengan alam Melayu ini telah berlaku lama dahulu namun semenjak abad ke 2 SM, India telah kehilangan bekalan emasnya dan ini menuntut mereka untuk mendapatkan bekalan tersebut di alam Melayu lalu mempesatkan kedatangan golongan ini ke alam Melayu dan menyebarkan kebudayaan India di sini. Namun didapati hipotesis ini ada kelemahan ketaranya kerana bagaimana golongan Visya ini mampu untuk menyebarkan kebudayaan India terutamanya di dalam bab keagamaan dan bahasa Sanskrit?

Agama Hindu dan bahasa Sanskrit hanya difahami oleh golongan Brahmin sahaja. Namun Krom menjawab bahawa kemungkinan golongan Brahmin ini dijemput golongan Visya untuk mengajar anak-anak mereka. Namun pandangan ini disanggah kerana dua sebab iaitu; golongan Brahmin tidak boleh bergaul dengan golongan bawahan, dan , golongan Brahmin tidak boleh bergaul dengan kasta rendah apatah lagi mengajar anak kasta rendah dengan luar kasta. Ini kemudian dicadang oleh Coedes bahawa golongan yang dibawa oleh golongan Visya ini bukanlah golongan Brahmin tetapi golongan pendita Buddha kerana tiada halangan yang dihadapi oleh pendita Buddha sepertimana yang dihadapi oleh golongan Brahmin.

Hipotesis Kastria pula dicadangkan oleh C. C. Berg, Greater India Society dan Moens (pengkaji Belanda) di mana Indianisasi ini telah disebarkan oleh golongan Kastria iaitu samaada golongan pahlawan atau anak-anak Raja India terutama dari India Selatan. Anak-anak Raja ini telah keluar dari India untuk mencari tanah baru ataupun adalah pelarian politik setelah perebutan takhta kerajaan.

Apabila mereka sampai di alam Melayu, mereka telah mengalahkan pembesar tempatan dan menguasai negeri mereka. Namun ia ditentang hebat oleh FDK Bosh bahawa jika benar ianya berlaku sebegitu pastinya; adanya prasasti yang mencatatkan perluasan kuasa itu; tiada tanda-tanda kacukan bangsa Melayu Dravidia di Jawa atau Bali; istilah atau perkataan India yang ada di dalam bahasa Melayu adalah perkataan Sanskrit tulen bukannya bahasa orang Dravidia; wujudnya susun lapis masyarakat di dalam alam Melayu iaitu kasta namun tidak diamalkan kerana raja adalah paling tinggi di dalam monarki iaitu konsep dewaraja.

Manakala, hipotesis Brahmin pula menyatakan golongan Brahmin itu sendiri yang menyebarkannya namun seperti sanggahan di atas, ianya tidak mungkin berlaku dan tambahan pula golongan Brahmin bukanlah seperti golongan mubaligh yang mempunyai misi menyebarkan agamanya. Penganut dianggap Hindu jika dilahirkan dalam keluarga Hindu.

Indianisasi yang berlaku di alam Melayu ini tidaklah lebih berat kepada Hindu mahupun Buddha, namun merupakan keseimbangan di antara keduanya dan juga asimilasi dengan unsur animisme tempatan.

PENGARUHNYA

Setelah kita memahami erti Indianisasi ini kita haruslah mengetahui bahawa ia dipelopori oleh pengkaji-pengkaji British dan Belanda yang hadir di alam Melayu. Namun harus diinsafi bahawa ianya telah bermula seawal British menjajah benua India. Penjajahan ini beserta pentafsiran semula sejarah telah menjadikan asbab kepada pemisahan Pakistan dan India dan juga pergolakan antara orang Islam dengan orang Hindu. Malah kesan kepada pentafsiran ini juga tiba di alam Melayu ini yang akhirnya juga membawa kepada pemisahan fizikal dan spiritual alam Melayu ini kepada negara-bangsa baru.

Di sini akan saya hidangkan beberapa contoh daripada pegawai British berkenaan Indianisasi di alam Melayu ini.

Pegawai/Residen British yang berada di Tanah Melayu (TM) sebelum kemerdekaan tersangatlah memuja dan mengagumi kebudayaan Jawa yang dianggap sempurna lalu  dengan secara semberono merendah-rendahkan kebudayaan Melayu. Ini jelas terbukti dinyatakan oleh Frank Swettenham sendiri :

“Bahasa Jawa tentunya abjad yang paling sempurna di kepulauan, dan satu catatan ringkas mengenainya akan memberi kefahaman umum berkenaan yang lain di mana, walaupun mereka berbeza dari segi bentuk, tanggungannya, prinsipnya, satu kemiripan yang asas. Ia mempunyai perwatakan yang tersendiri dan tidak berubah-ubah untuk setiap bunyi di dalam bahasa, dan sejak itu, justeru, ianya satu sistem yang sempurna . . . .”

Ini diakibatkan ketakjuban yang sama mereka alami apabila melihat kebudayaan benua India dan umum diketahui kebudayaan Jawa adalah yang paling mirip dengan kebudayaan benua India. Di sinilah bermulanya teori Indianisasi yang turut dikenakan oleh orientalis seperti mereka kepada kebudayaan Melayu.

Malah Frank Swettenham menyebut di dalam bukunya, British Malaya, seperti perenggan di bawah :

“Sesetengah, tentunya, menyukai bahawa abjad Malayan mungkin telah dipinjam daripada Hindu, namun sesungguhnya tiada bukti kukuh untuk hipotesis sedemikian. . . .”

Pendapat mereka ini adalah mengikut pandangan alam mereka dan pengalaman mereka semenjak Zaman Pertengahan lagi. Konsep beragama mereka yang menganggap bahawa agama akan melalui evolusi mengikut peredaran masa dan agama biasanya apabila bertemu dengan entiti baru akan melentur dirinya membolehkan kepercayaan tradisi entiti baru ini meresap mesra dan membentuk agama bersifat lokaliti. Ini yang dimaksudkan oleh mereka sebagai ‘lokal genius’.

Malah pengalaman mereka bertemu dengan benua India telah membentuk satu laras pemikiran yang kemudiannya digunakan sebagai penanda aras dalam menilai alam Melayu. Ketika mereka tiba di benua India mereka telah terkesima dan kagum dengan keindahan binaan yang ada di benua India yang bercirikan Hindu dan Buddha malah binaan Islam juga dilihatkan bersatunya unsur Islam dan Hindu-Buddha di sana. Benua India adalah yang paling lewat menerima Islam dan merupakan daerah pepinggiran kekuasaan pengaruh Islam.

Dan apabila mereka tiba di alam Melayu mereka mendapati alam ini telah memeluk Islam namun didapati masih terdapat unsur ‘Hindu’ yang membudaya di alam Melayu ini terutamanya di Pulau Jawa. Sehubungan itu, dengan mengambil kira pemerhatian mereka di benua India, mereka telah menggunakan hipotesis yang sama terhadap alam Melayu. Ini diperkukuhkan oleh teori mereka bahawa sebelum kehadiran Islam, alam Melayu ini memeluk agama Hindu yang disintesiskan dengan Buddha, dan sehingga kini alam Melayu dianggap menganut agama Hindu-Buddha.

Oleh itu, apabila mereka melihat alam Melayu ini memeluk Islam namun mengekalkan kebudayaan Hindu-Buddha telah menelurkan kesimpulan pra-matang mereka sewenang-wenangnya mengatakan bahawa Islam yang dianut alam Melayu bukan bersifat asli tetapi merupakan satu sintesis antara Hindu-Buddha dengan Islam kerana sifat masyarakat Melayu sendiri yang dikatakan bijak di dalam mensintesiskan perkara sebegini. Mereka mengatakan sedemikian sepertimana mereka melihat Islam yang lain di benua India dan disebabkan alam Melayu ini berada di pepinggiran, makanya nasib yang sama berlaku di sini.

Keberhutangan Indianisasi alam Melayu ini kepada benua India telah diteruskan oleh pengkaji British dan Belanda ke atas agama Islam dengan sewenang-wenangnya menempelkan bahawa Islam tiba di alam Melayu melalui pedagang dari benua India sama seperti yang berlaku pada era Hindu-Buddha.

Sikap takjub mereka ini telah meletakkan kebudayaan Jawa jauh ke hadapan dan menjadi pusat ketamadunan alam Melayu mengenepikan peranan orang Melayu dan peranan Islam di alam ini. Pembahagian zaman alam Melayu ini telah diletakkan sebagai zaman Hindu-Buddha, zaman Islam, dan zaman penjajahan.

Tanggapan mereka adalah kehebatan sesuatu tamadun itu diukur dengam kehebatan binaan mereka dan ini terlihat dengan lebih jelas pada zaman Hindu-Buddha dengan kehadiran begitu banyak candi-candi, stupa-stupa, dan yang paling penting seperti candi Borobudur yang menyorot kepada kemegahan zaman Hindu-Buddha.

Manakala, kemegahan binaan ini tidak terlihat pada zaman Islam menerangi alam Melayu ini. Malah mereka senada mengatakan bahawa kemasukan Islam menyekat kehebatan yang dikecapi alam Melayu ini dengan runtuhnya Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit yang tidak akan datang kembali.

PEMUSATAN PAKSI INDIA

Sikap yang tegar dalam memusatkan paksi India untuk pensejarahan alam Melayu walaupun betul namun ia tidaklah begitu benar untuk dilebih-lebihkan. Pemusatan ini adalah kesan yang disebut oleh Syed Hussein Al-Attas (SHA) sebagai imperialisme intelektual/minda tertawan. Perkara ini bukan sahaja berlaku di alam Melayu malah seperti yang disebutkan di atas ianya telah diterapkan juga di benua India.

Pensejarahan semula British terhadap sejarah benua India telah menatijahkan pemisahan benua India kepada beberapa buah negara bangsa dan masih lagi berseteru antara satu sama lain. Pensejarahan di benua India telah meletakan pembahagian zaman India kepada zaman Hindu, zaman Islam dan zaman moden sedangkan Islam tiba di benua India bukannya sekaligus tetapi berperingkat.

Namun begitu tindakan sedemikian telah melahirkan radikal di kalangan pihak masing-masing yang seakan-akan kecewa dengan kelemahan diri tatkala di bawah pemerintahan yang lain. Sebagai contohnya kedatangan zaman Islam telah dilihat sebagai zaman penindasan ke atas masyarakat Hindu sedangkan ianya akibat telah diolah oleh pengkaji British. Di sini SHA telah mencadangkan agar pensejarahan dilakukan secara kreatif mengikut pensejarahan tempatan.

ISLAMISASI

Syed Muhammad Naquib Al-Attas sebagai seorang ahli falsafah besar di alam Melayu ini melihat bahawa pengaruh Islamisasi lebih menonjol daripada pengIndiaan yang berlaku di alam Melayu ini. SMNA menyorot pemerhatian Henri Pirenne yang mengatakan mengenai dua ciri utama yang menjadi nilai ukuran untuk menciri ketamadunan sejarah bangsa.

1) pemusnahan perpaduan kebudayaan sesuatu daerah

2) pemindahan punca atau paksi kehidupan bangsa

Henri Pirenne telah mengemukakan contoh daripada ketamadunan Eropah di mana perpaduan kebudayaan Laut Tengah telah musnah apabila Islam muncul di kawasan itu menjadikannya terbahagi kepada tamadun Eropah dan Islam. Begitu juga dengan perlanggaran tamadun Islam yang pesat dalam masa seratus tahun telah memindahkan pusat tamadun Eropah dari daerah Laut Tengah ke bahagian Eropah Utrara.

Perbandingan yang sama telah dibuat oleh SMNA ke atas alam Melayu ini di mana hegemoni Sriwijaya-Majapahit yang mewakili ketamadunan Melayu-Jawa/Hindu-Buddha telah dipecahkan monopolinya dengan kehadiran Islam yang telah menumbuhkan kerajaan awal Islam di pesisir pantai Sumatera Barat dahulu sebelum dunia Melayu-Jawa dipisahkan dan akhirnya tamadun Hindhu-Buddha dikecilkan hanya tinggal di pulau Bali sahaja.

Selain itu, sebelum kedatangan Islam, alam Melayu ini mengambil semangatnya, akalnya, rohnya, kebudayaannya, keagamaannya, dari benua India namun selepas kedatangan Islam, punca semua ini mula diambil dari Timur Tengah malah secara tidak langsung menyerap dari dunia yang lebih luas. Walaupun sebelum ini alam Melayu telah mengenali dunia yang lebih luas daripada Lautan Hindi namun ianya lebih kepada perdagangan bukannya secara menyeluruh berbanding selepas kedatangan Islam.

Islamisasi adalah satu konsep yang dipelopori oleh dua pemikir besar dunia Islam abad ke 20 iaitu Iqbal dan Syed Naquib Al-Attas. Kedua-dua memberikan penerangan yang hampir serupa namun penakrifan oleh SMNA lebih teliti dan teratur. Menurut SMNA, Islamisasi adalah pembebasan manusia pertamanya sekali daripada sihir, tahyul, animisme, tradisi bersifat bangsa dan kebangsaan, dan akhirnya daripada kawalan sekular ke atas sebab (reason) dan bahasanya.

Takrif di atas ada menyebut mengenai Islamisasi mempengaruhi bahasa manusia. Makanya, kehadiran Islam di alam Melayu ini telah melahirkan bahasa baru iaitu Bahasa Melayu Jawi yang beraksara Jawi. Kelahiran ini adalah satu fenomena yang melahirkan bangsa Melayu yang baru kerana bahasa itu lambang pemikiran manusia dan pandangan alamnya. Perubahan ini penting kerana semenjak itu bahasa Melayu Jawi ini telah menjadi medium dakwah dan penyebaran agama Islam dengan lebih pesat malah menjadi bahasa ilmu buat alam Melayu ini

Selain itu, tertubuhnya kerajaan-kerajaan baru di luar korpus bangsa Melayu yang memperkenalkan diri mereka sebagai kerajaan Melayu dengan berlandaskan bahasa Melayu Jawi dan beragama Islam. Ini terjadi pada kerajaan-kerajaan di Borneo, Jawa, dan Filipina yang telah memeluk Islam. Makanya, konsep masuk Melayu yang difahami dengan jelas tentang hal ini yang telah berlaku lebih awal daripada yang diutarakan kini di dalam negara Malaysia.

PASCAKOLONIALISME, KESAN INDIANISASI KE ATAS

  1. Malaysia

Apabila kita melihat kepada kesan pemikiran ini terhadap negara Malaysia, di mana orang Melayu dianggap kelas kedua dibandingkan dengan orang Jawa kerana tidak memiliki nilai ketamadunan yang tinggi seperti pembinaan bangunan, candi dan lain-lain. Malah seringkali sebarang bentuk kebudayaan Melayu telah dimomok-momokkan sebagai pencuri atau maling ke atas kebudayaan Indonesia.

Sedangkan kedua-duanya datang dari ras yang sama. PengIndiaan ini telah menyebabkan penafian akan kewujudan Melayu sebagai bangsa pribumi di Malaysia kerana dituduh berasal dari Sumatera. Malah disebabkan keberhutangan terhadap bangsa India ini menyebabkan bangsa Melayu seakan-akan tidak mampu mereka-cipta kebudayaan sendiri.

Yang terakhir dan ini melibatkan Malaysia dan Indonesia di mana keIslaman mereka dipertikaikan sebagai mendalam dan kukuh. KeIslaman mereka dianggap seperti pelitur yang membalut jiwa mereka. Seandainya dikopek keluar, pasti terlihat batin kehindu-buddhaan dan animismenya.

2. Indonesia

Salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian telah berlaku di Indonesia. Selama Islam berkembang di Indonesia dan malah semasa era penjajahan Belanda sedang berlaku menakluk kesemua pulau-pulau Indonesia, pusat ketamadunan bagi kepulauan itu adalah di Johor-Riau-Aceh. Namun apabila kemerdekaan dicapai hingga sekarang, pusat ketamadunan mereka telah berpindah ke Pulau Jawa sendiri dengan Batavia (Jakarta) mengambil alih pusat ketamadunan tersebut. Ini sebenarnya merencatkan Islamisasi yang telah berlaku sejak abad ke 7 lagi.

Ini kerana disebabkan Pulau Jawa agak sedikit lewat di dalam proses Islamisasi, kemasukan ilmu-ilmu Islam adalah menuturi bahasa Melayu bukannya bahasa Jawa. Berbeza dengan zaman Hindu-Buddha di mana bahasa Jawa menuturinya. Oleh itu hingga masa kini bahasa Jawa masih lagi tidak boleh dianggap sebagai bahasa Islam sebagaimana bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa Islam dan digunakan untuk menyebarkan Islam.

INDIANISASI VS ISLAMISASI – MANA LEBIH DOMINAN

Van Leur mengatakan bahawa masyarakat alam Melayu ini bukan masyarakat Hindu-Buddha tetapi hanya dianuti oleh golongan bangsawan sahaja dan ini disokong oleh SMNA sendiri. Berbanding dengan Islamisasi di mana bahasa Melayu telah menjadi wadah pemikiran baru yang berlandaskan saintifik dan rasionalisme yang mula menular ke semua lapisan masyarakat. Bahasa Melayu telah membentuk bangsa Melayu baru dengan kemasukan Melayu dagang yang asalnya bukanlah dari kaum Melayu yang sama dan asal. Contoh yang lebih mudah sepertinya takrif bangsa Indonesia sekarang cuma berbeza syarat-syaratnya.

Berbeza di era negara bangsa Malaysia di mana takrif Melayu mula melangkah satu tapak ke hadapan di dalam peleburan takrif Melayu dalam menjadikan bangsa Melayu lebih anjal dan terbuka iaitu kemasukan kaum bukan Melayu yang bukan serumpun ke dalam bangsa Melayu itu sendiri.

Kesimpulan di sini, Islamisasi sesungguhnya lebih mengakar dan menjalar di alam Melayu berbanding apa yang pengkaji-pengkaji British dan Belanda fikirkan dan harapkan. Walaupun begitu kita tidak menafikan bahawa Indianisasi telah berlaku dan turut mempengaruhi masyarakat alam Melayu, cumanya zaman Indianisasi sudah berakhir dan ianya telah lama dikuburkan dengan sistematik oleh Islamisasi yang berlaku dengan perlahan namun efektif. Indianisasi ini telah lama terkubur namun digali kembali oleh pengkaji, malah pengkaji barat ini turut ingin memakaikan kembali ke badan alam Melayu ini. Sesungguhnya sebagai ahli alam Melayu kita seharusnya menolak dakyah ini dengan tegas bahawa ini bukan hakikat sebenarnya dan hanya kita sahaja layak untuk menetapkan pensejarahan alam Melayu ini.

RUJUKAN:-

1) Islam and Secularism -SMNA

2) Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu – SMNA

3) The Indianized States of Southeast Asia – G. Coedes

4) Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu – Ahmad Jelani Halimi

5) Kecenderungan “Paksi India” : Implikasinya Terhadap Pensejarahan Islam di Alam Melayu – Aliza bin Elias

6) Intellectual Imperialisme: Definition, Traits, and Problems – Syed Hussein Al-Attas

7) Antara Islam dan Hinduisme di Alam Melayu: Beberapa Catatan Pengkaji Barat – Mohd Zariat Abdul Rani

8) Asal usul Orang Melayu: Menulis semula sejarahnya – Mohamed Anwar Omar Din

9) British Malaya – Frank Swettenham

Sebelum alam Melayu ini bersentuh dengan kebudayaan India, penduduk asal ini hidup di dalam kegasaran. Inilah yang dicanang-canangkan terutamanya oleh puak ‘Greater India’ dan geng Chola.

Artikel ini disumbangkan oleh Khairul Asraf Shah Nizamuddin Untuk The Patriots.



Demikianlah Artikel Indianisasi Dan Islamisasi Alam Melayu: Satu Pensejarahan

Sekianlah artikel Indianisasi Dan Islamisasi Alam Melayu: Satu Pensejarahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: