Cara Yang Betul Dan Lengkap Masak Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Mesti Jadi Kalau Korang Ikut Langkah Ini!

Cara Yang Betul Dan Lengkap Masak Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Mesti Jadi Kalau Korang Ikut Langkah Ini! - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Cara Yang Betul Dan Lengkap Masak Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Mesti Jadi Kalau Korang Ikut Langkah Ini!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cara Yang Betul Dan Lengkap Masak Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Mesti Jadi Kalau Korang Ikut Langkah Ini!
link : Cara Yang Betul Dan Lengkap Masak Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Mesti Jadi Kalau Korang Ikut Langkah Ini!

Baca juga


Cara Yang Betul Dan Lengkap Masak Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Mesti Jadi Kalau Korang Ikut Langkah Ini!



Nasi lemak adalah makanan paling popular di Malaysia. Orang Melayu, Cina, India semua suka makan nasi lemak. Nampak macam senang nak membuatnya. Cuma masak nasi dan buat sambal. Tapi siapa sangka, bila cuba buat sendiri di rumah, memanjang tak jadi!

Inilah dilema nak memasak nasi lemak. Macam-macam masalah yang selalu orang adukan, terutamanya bagi first timer. Nasi tak cukup masaklah, nasi jadi lembeklah, nasi berketul-ketul, nasi cepat basi dan sebagainya.

Jadi hari ini kami ingin kongsikan step-by-step cara buat nasi lemak yang betul oleh Puan Emylia Hj Nasir. Sememangnya ada banyak cara nak buat nasi lemak. Ini merupakan resepi turun-temurun daripada ayahnya yang berniaga di kantin sekolah. Kata cikgu-cikgu di situ, nasi lemak ayahnya paling sedap sebab wangi dan semuanya cukup rasa.


Mari kita tengok cara-caranya di bawah.

CARA MASAK NASI LEMAK YANG MUDAH & SEDAP. MESTI JADI!
BAHAN-BAHAN
Beras 3 cupak
Halia tumbuk
Daun pandan 5 helai gunting pendek-pendek
Santan 1 kotak
Garam
Minyak masak



CARA-CARA
1. BASUH & SUKAT BERAS
Begini cara saya sukat beras. Air akan ikut paras beras. Sama macam masak nasi putih juga.



Kalau tengok dalam gambar, beras saya lebih kurang 1 setengah ruas jari macam ni.


2. SUKAT AIR
Bila dah dapat sukatan beras, saya alihkan beras dalam bekas / penapis lain. Kemudian, periuk nasi tadi saya akan isikan dengan air ikut paras beras yang tadi.

Boleh tengok gambar di bawah. Tadi beras saya 1 setengah ruas jari, jadi sukatan air pun samalah banyak tu juga.



3. MASUKKAN SANTAN
Kemudian masukkan santan satu kotak. Tak kisahlah nak pakai santan jenis apa pun. Saya gunakan kotak yang kecil saja. Ini pun dah cukup rasa lemaknya.




Jangan bazirkan santan yang dalam kotak tu. Masukkan sedikit air ke dalam periuk dan goncang-goncangkan. Tuangkan semula air ke dalam periuk. Pastikan kotak santan tu dah dibasuh dulu.




4. MASUKKAN HALIA
Seterusnya, masukkan halia yang dah diketuk lebih kurang banyak macam ni.




5. MASUKKAN DAUN PANDAN
Saya masukkan 5 helai daun pandan yang dipotong kecil begini.



6. PERASAKAN
Selepas itu perasakan dengan garam.



7. MASUKKAN SEDIKIT MINYAK MASAK
Untuk sukatan nasi 3 cupak tadi, saya gunakan minyak masak lebih kurang 3 sudu besar.

Fungsinya adalah untuk elakkan nasi lembik. Nanti hasilnya berderai elok sebiji-biji.



8. TEKAN BUTANG ‘COOK’
Beginilah rupanya nanti bila dah masukkan semua bahan tadi. Dah boleh letak di rice cooker dan tekan butang ‘cook’. Tapi jangan masukkan beras dulu.

Kita tunggu menggelegak dulu air santan dan daun pandan semua ni supaya nasi lemak akan jadi wangi.



9. MASUKKAN BERAS
Bila dah mula menggelegak, bolehlah masukkan beras yang dah dibasuh dan ditapis tadi.



Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama sebab nanti santan akan pecah. Tak cantik nasi tu nanti. Jadi kena selalu tengok-tengok periuk lepas tekan butang ‘cook’ ya.



10. KACAU SETIAP 5 MINIT HINGGA MASAK
Bila dah masukkan beras, sila kacau setiap 5 minit supaya semua nasi sekata dengan santannya.

Buatlah beberapa kali hingga nasi masak.



Bila nasi lemak dah masak, tak sahlah kalau tak ada sambal tumis kan?
Kalau tadi resepi nasi lemak daripada ayah, sambal tumis ini pula daripada Mama.

Resepi sambal tumis saya untuk 6 orang makan saya sertakan sekali di sini sekali.

CARA BUAT SAMBAL TUMIS
1. KISAR
Mula-mula, kisarkan

Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia seinci
Belacan separuh tapak tangan (digoreng garing dahulu)
Ikan bilis segenggam (goreng dahulu)
2. TUMIS
Lepas kisar, tumiskan dengan minyak menggoreng ikan bilis tadi. Masa ini kalau ada yang suka bawang dalam sambal, boleh masukkan bawang yang dihiris dalam sambal. Ikan bilis pun boleh masuk sama.

Selepas bahan kisar dan nampak garing, masukkan pula cili kering (yang dah siap direbus dan kisar) dalam 6-7 senduk. Kacaukan sampai naik minyak. Guna api perlahan.

3. PERASAKAN
Bila dah naik minyak, perasakan dengan garam (suku sudu besar), gula (6-7 sudu besar), pes asam jawa (suku sudu besar), gula perang / gula melaka (2 sudu besar). Gula perang ni fungsinya nak bagi sambal tu berwarna cantik @ merah pekat.

4. TUNGGU MENDIDIH
Kalau nak terus makan, boleh tutup api bila sambal dah mendidih. Kalau nak buat niaga, masak perlahan selama 2 jam supaya sambal tahan lama.


Sambil masak sambal boleh rebus telur sekali dekat sebelah.



OK, SIAP AKHIRNYA…
Dah siap pun nasi lemak dan sambalnya. Beginilah hasilnya dan dah bolehlah makan. Tak kisahlah nak makan dengan ayam goreng ke, telur goreng, paru atau apa saja.


Insha Allah kalau ikut step-by-step ini, nasi lemak mesti menjadi.
Selamat mencuba dan silakan share!

*Resepi nasi lemak langkah demi langkah ini disumbangkan oleh Puan Emylia Hj Nasir menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.


sumber artikel : https://ift.tt/2N3bt2r


Sumber Cara Yang Betul Dan Lengkap Masak Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Mesti Jadi Kalau Korang Ikut Langkah Ini!


Demikianlah Artikel Cara Yang Betul Dan Lengkap Masak Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Mesti Jadi Kalau Korang Ikut Langkah Ini!

Sekianlah artikel Cara Yang Betul Dan Lengkap Masak Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Mesti Jadi Kalau Korang Ikut Langkah Ini! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: