Judul : Lepas Ni Tak Payah Buang Duit,Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat! Mudahnya Buat ‘Mashed Potato’ Ala-Ala KFC, Anak Confirm Suka!
link : Lepas Ni Tak Payah Buang Duit,Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat! Mudahnya Buat ‘Mashed Potato’ Ala-Ala KFC, Anak Confirm Suka!
Lepas Ni Tak Payah Buang Duit,Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat! Mudahnya Buat ‘Mashed Potato’ Ala-Ala KFC, Anak Confirm Suka!
Mashed potato atau kentang putar merupakan antara makanan yang paling digemari oleh anak-anak. Mana tidaknya, setiap kali berkunjung ke restoran makanan segera, itulah antara permintaan selain ayam goreng. Tapi, takkkan lah nak makan di restoran makan segera setiap hari kan? Sekarang, tidak sukar lagi untuk membuat kentang putar sendiri di rumah kerana caranya sangat mudah dengan adanya perkongsian resipi ini!
RESEPI MASH POTATO ALA KFC
BAHAN-BAHAN RESEPI
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
CARA-CARANYA
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.
BAHAN-BAHAN RESEPI SOS (GRAVY)
– 1 labu bawang besar (dadu)
– 2 ulas bawang putih (dadu)
– 4 sudu butter
– 2 sudu tepung gandum@ jagung
– 2 kiub ayam
– lada hitam dan sulah
– 2 1/2 cawan air
CARA-CARA:
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel)
2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.
Masak balik atas api sederhana
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
Siap!
Sumber: Cik Lyns Kitchen
sumber artikel : https://ift.tt/2P5TuX6
Sumber Lepas Ni Tak Payah Buang Duit,Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat! Mudahnya Buat ‘Mashed Potato’ Ala-Ala KFC, Anak Confirm Suka!
Demikianlah Artikel Lepas Ni Tak Payah Buang Duit,Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat! Mudahnya Buat ‘Mashed Potato’ Ala-Ala KFC, Anak Confirm Suka!
Sekianlah artikel Lepas Ni Tak Payah Buang Duit,Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat! Mudahnya Buat ‘Mashed Potato’ Ala-Ala KFC, Anak Confirm Suka! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.