Judul : Punyalah lama sampai bertahun cari jodoh, last-last kenal tiga hari je terus kahwin
link : Punyalah lama sampai bertahun cari jodoh, last-last kenal tiga hari je terus kahwin
Punyalah lama sampai bertahun cari jodoh, last-last kenal tiga hari je terus kahwin
Teman-teman sekalian, aku inspirasikan kisah sendiri ini Lillahitaala, ikhlas untuk motivate kalian yang masih tercari-cari pasangan hidup dalam masa yang sama berperang dengan diri sendiri termenung entah kat mana pasangan hidup korang sekarang.
Betul weh.
Hari pertama tegur hari kedua datang jumpa mak ayah hari ketiga datang bawak umi merisik. Gila tak gila memang kerja gila. Hari pertama, kenal kat FB. Dah memang niat nak cari pasangan kerana Allah sokmo2, jadi hari tu juga aku minta izin untuk datang jumpa mak ayah dan keluarga dia esoknya.
Hari kedua, datang sensorang jumpa direct mak ayah dia sesambil cucuk angin nak bagi hint kita nak ambil anak dia buat jadi isteri ni.😅 Balik jumpa keluarga dia, aku whatapps dia.
“Huda jom kahwin 😅 ?”
“Jommmmm 🤣🤣 “
Gila tak gila terkejut beruk aku, terus bagitahu umi. Kalau dah Allah nak kata silakan, go on tu memang sumpah mudah gila. Terus umi cakap okay esok boleh jer kita pergi merisik. Hari ketiga bawak umi pergi merisik. Pheww!
Tiga hari woi, terus set tarikh kahwin 18.8.2018. Kau bayangkan aku niat nak kahwin start daripada aku ambil kursus kahwin which is 4 tahun lepas. 4 tahun aku struggle cari pasangan hidup macam2 naik turun kecewa jatuh semua ada.
Member FB pun dah selalu sangat tengok aku mana-mana post pasal jodoh je mesti aku tag diri sendiri je kan biy kan Hilmi Syukran, nak cerita betapa sendu jugak aku menyingle wakaka.
Bila secepat macam ni lepas akad nikah aku nak pegang tangan dia pun tangan jadi parkinson. Jurugambar suruh tengok mata dia pun aku suruh kira satu dua tiga snap baru aku tengok.
Malu woii !
Nikah dengan orang yang kita baru je nak berkenalan dengan dia. Nak sentuh tangan dia? Tobak laun la teketar ketar entah sejuk ke entah panas tangan tu. 🤣
Macam tak percaya, hebatnya Allah buat kerja. Tetiba 3 hari je, Allah has changed everything. Boleh jadi kalian lah orang seterusnya yang akan Allah hadiahkan jodoh jatuh berdebok dari langit macam ni.
Memang.
Menjadi lelaki bermakna memang sudah kebiasaannya akan pernah ditolak, dihempas kecewa, digantung pengharapan, putus asa dan sebagainya begitu juga dengan perempuan. Tetapi itulah yang Allah susun di awal jalan nak boleh bertemunya dengan orang yang finally Allah takdirkan.
Jumpa salah rumah salah alamat salah pintu dulu baru finally jumpa rumah yang terima kita baik-baik. Rumah yang Allah dah simpan siap-siap untuk kita, which is jodoh kita.
Sedikit pedoman buat kalian.
1. Jangan putus asa berdoa (rabbi la tazarni fardan wa anta kheirul waarisin) dan jangan berhenti berikhtiar. Lantak lah apa orang nak cakap yang penting cari sampai jumpa orang yang Allah dah matched up kan untuk kita.
2. Perempuan, baiki diri sungguh-sungguh kerana Allah supaya semakin mudah dikesan oleh laki-laki yang baik. Tinggalkan perkara yang lelaki tak suka apa lagi Allah yang tak suka.
3. Lelaki, jangan bercinta. Berkenan dia terus ambil dia dengan cara yang baik which is directly kepada orang tua dia. Jangan bercinta in terms of rugi masa rugi belanja. Ingat, datangi dia dengan cara yang paling baik.
Percayalah, Allah ada something yang Dia sorok dulu daripada kita. Ingat, something good will come after. Dia akan bagi nanti as long as percaya sungguh2 kat Dia. Tau tau tau!
Sumber : Hilmi Syukran
sumber artikel : https://ift.tt/2BSG0LP
Sumber Punyalah lama sampai bertahun cari jodoh, last-last kenal tiga hari je terus kahwin
Demikianlah Artikel Punyalah lama sampai bertahun cari jodoh, last-last kenal tiga hari je terus kahwin
Sekianlah artikel Punyalah lama sampai bertahun cari jodoh, last-last kenal tiga hari je terus kahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.