Judul : Ramai Rakyat Malaysia Hidap Kencing Manis, Minuman Soda Mungkin Dikenakan Cukai Tidak Lama lagi...
link : Ramai Rakyat Malaysia Hidap Kencing Manis, Minuman Soda Mungkin Dikenakan Cukai Tidak Lama lagi...
Ramai Rakyat Malaysia Hidap Kencing Manis, Minuman Soda Mungkin Dikenakan Cukai Tidak Lama lagi...
Susulan perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan, ramai tertanya-tanya barangan apakah yang bakal dikenakan cukai tersebut.
Terbaru, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengenakan cukai soda terhadap minuman ringan. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu adalah untuk mengurangkan penggunaan gula dan sekali gus mencegah kencing manis di negara ini.
Kata Tun M, jumlah penghidap kencing manis di Malaysia sangat tinggi. Kajian mendapati kadar penyakit diabetes yang begitu tinggi di negara ini adalah disebabkan pengambilan gula yang melebihi had dibenarkan.
“Kerajaan mendapati terdapat mereka yang mengambil minuman botol lebih dari enam kali sehari. Anda boleh minum air, tetapi jika anda mengambil minuman botol, kandungan gulanya begitu tinggi, sebab itu kami ingin mengurangkan penggunaan gula.
“Sebab apabila kami pergi hospital, orang datang untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit, tetapi bila diperiksa kesemua mereka ada diabetes,” katanya.
Memetik laporan Astro Awani, statistik menunjukkan sebanyak 3.6 juta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis dan jumlah itu semakin meningkat.
Sumber Ramai Rakyat Malaysia Hidap Kencing Manis, Minuman Soda Mungkin Dikenakan Cukai Tidak Lama lagi...
Demikianlah Artikel Ramai Rakyat Malaysia Hidap Kencing Manis, Minuman Soda Mungkin Dikenakan Cukai Tidak Lama lagi...
Sekianlah artikel Ramai Rakyat Malaysia Hidap Kencing Manis, Minuman Soda Mungkin Dikenakan Cukai Tidak Lama lagi... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.