Patutlah Viral! Kejap Je Habis Sebuku Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Ni. Cara Nak Buatnya Pula Semudah ABC!

Patutlah Viral! Kejap Je Habis Sebuku Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Ni. Cara Nak Buatnya Pula Semudah ABC! - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Patutlah Viral! Kejap Je Habis Sebuku Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Ni. Cara Nak Buatnya Pula Semudah ABC!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Patutlah Viral! Kejap Je Habis Sebuku Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Ni. Cara Nak Buatnya Pula Semudah ABC!
link : Patutlah Viral! Kejap Je Habis Sebuku Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Ni. Cara Nak Buatnya Pula Semudah ABC!

Baca juga


Patutlah Viral! Kejap Je Habis Sebuku Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Ni. Cara Nak Buatnya Pula Semudah ABC!



“Ish, banyak lagi roti ni. Tak lama lagi dah nak expired. Nak buat apa ye. Kalau buat sandwich, mesti budak-budak ni dah bosan. Kalau nak buat roti sosej, sosej pulak tak ada.”

Kadang-kadang kita tak ada idea nak buat apa lagi dengan roti biasa kan? Tapi kena juga habiskan sebab tarikh luputnya dah nak dekat. Apa kata cuba buat roti goreng lemak manis ala french toast hasil olahan Puan Ratna Sari Zain ini.

Menurutnya, anak-anak memang suka sangat dengan roti kalau dibuat begini. Rasanya lemak manis. Belum habis goreng dah habis berketul-ketul. Walaupun cuma guna roti biasa, tapi sedapnya lain macam!

Yang menariknya, ianya sangat mudah dan hanya menggunakan beberapa bahan saja yang memang dah tersedia di rumah. Jom tengok bahan-bahan tersebut dan cara membuatnya di bawah.

RESEPI ROTI GORENG LEMAK MANIS ALA FRENCH TOAST

BAHAN

* Telur 3 biji

* Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar

* Secubit garam

* Roti potong (besar)

* Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA

1. Campurkan Telur & Susu Pekat Ke Dalam Mangkuk

Mula-mula, pecahkan telur. Masukkan susu pekat dan garam. Kacau hingga sebati.



2. Celupkan Roti

Kemudian, potong roti ikut suka dan celupkan dalam adunan tadi.



3. Goreng

Bila kuali dah panas, bubuhkan sedikit minyak dan bolehlah goreng seperti biasa.

Kalau goreng dengan butter pun boleh, lebih wangi. Tapi tak perlu bubuh garam ya kalau nak guna butter yang dah sedia masin @ salted butter.



Bila dah nampak garing atau keperangan, bolehlah balikkan. Lepas tu angkat dan toskan. Siap!
BEGINILAH HASILNYA

Ha, semudah ABC dah siap dah roti goreng lemak manis kita. Mungkin ada yang biasa buat sebelum ini, tapi tak pernah pula terfikir nak tambahkan susu pekat kan?


Jadi apa lagi, kena cubalah sebab memang rasa lemak manis-manis tu akan menaikkan lagi rasa. Boleh dimakan begitu saja. Anda mesti akan rasa perbezaannya.
*Resepi roti goreng lemak manis ini disumbangkan oleh Puan Ratna Sari Zain menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak resepi dan perkongsian, boleh follow beliau di SINI. 


sumber artikel : https://ift.tt/2PeQQxC



Sumber Patutlah Viral! Kejap Je Habis Sebuku Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Ni. Cara Nak Buatnya Pula Semudah ABC!


Demikianlah Artikel Patutlah Viral! Kejap Je Habis Sebuku Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Ni. Cara Nak Buatnya Pula Semudah ABC!

Sekianlah artikel Patutlah Viral! Kejap Je Habis Sebuku Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Ni. Cara Nak Buatnya Pula Semudah ABC! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: