Judul : Bayi Anda Menangis Bila Diletakkan Di Carseat? Ibu Ayah Kena Faham Sebabnya Ini, Bukan Kerana Dia Tidak Mahu Duduk, Tapi Adalah Kerana...
link : Bayi Anda Menangis Bila Diletakkan Di Carseat? Ibu Ayah Kena Faham Sebabnya Ini, Bukan Kerana Dia Tidak Mahu Duduk, Tapi Adalah Kerana...
Bayi Anda Menangis Bila Diletakkan Di Carseat? Ibu Ayah Kena Faham Sebabnya Ini, Bukan Kerana Dia Tidak Mahu Duduk, Tapi Adalah Kerana...
Bayi menangis bila diletakkan di carseat? Sebelum ibu ayah jangan kata anak tidak mahu duduk di carseat dan give up untuk letak, ketahui faktor ini yang mungkin menjadi sebabnya.
Car seat atau kerusi keselamatan bayi amat penting untuk digunakan sepanjang perjalanan. Kerana malang tidak berbau dan sekiranya berlaku kemalangan, risiko kecederaan dapat diminimumkan dan kehilangan nyawa dapat dielakkan.
Mama & papa perlu elakkan memangku anak di riba ketika kereta sedang dipandu/ bergerak kerana ia meningkatkan risiko bayi terlepas daripada pangkuan atau pelukan sekiranya berlaku kemalangan. Biarlah mereka menangis hari ini daripada kita menangisi pemergian mereka di kemudian hari.
Untuk melakukannya, memang ibu ayah perlukan kekentalan. Ada ibu bapa yang mengadu bayi jadi kerap menangis apabila diletakkan di car seat. Ia mungkin disebabkan oleh perkembangan yang sedang dilaluinya seperti mula bereksperimentasi dengan keadaan dan orang sekelilingnya.
Ibu ayah perlu faham yang peringkat sensori motor/ motor deria terjadi sejak lahir hingga si manja berumur 2 tahun. Dalam fasa ini, seorang bayi melalui perubahan tumbesaran yang mendadak.
Seorang bayi akan menggunakan kemahiran dan kebolehan mereka yang ada ketika lahir (melihat, mendengar, memegang dan merasa/menghisap) untuk belajar lebih tentang persekitarannya. Dengan kata lain, mereka belajar tentang dunia ini melalui deria dan pergerakan motor mereka.
6 PERINGKAT PERGERAKAN MOTOR SI MANJA
Terdapat enam sub-peringkat di dalam fasa ini:
Refleks (0-1 bulan): Bayi belajar dan memahami melalui penglihatan, pendengaran, merasa, menghidu dan menghisap.
Reaksi ulangan primer (1-4 bulan): Bayi mungkin pada mulanya terhisap jarinya sendiri tetapi kemudian mengulang perbuatan yang sama kerana dirasakan seronok.
Reaksi ulangan sekunder (4-8 bulan): Bayi akan mula untuk mengulang sesuatu dengan sengaja untuk melihat reaksi pada persekitarannya. Contohnya membaling sesuatu objek untuk melihat reaksi anda.
Menyusun reaksi (8-12 bulan): Anak mula faham dan melakukan perbuatan dengan tujuan tertentu. Dia juga mula meniru dan memahami tentang sesuatu objek serta kesannya sebagai contoh permainannya akan berbunyi apabila digoyangkan.
Reaksi ulangan tertier (12-18 bulan): Ini adalah fasa cuba gagal (try & error) mereka untuk bereksperimentasi dengan persekitaran.
Perwakilan pemikiran awal (18-24 bulan): Anak mula mengaitkan simbol yang mewakili objek atau peristiwa di persekitarannya. Mereka mula memahami dunia dengan operasi pemikiran berbanding hanya bergantung pada perbuatan.
Ibu bapa harus peka dengan perkembangan kognitif seorang bayi yang meningkat secara drastik dalam peringkat ini. Kerap kali kami berhadapan aduan ibu bapa bahawa anak-anak mereka ketika berumur di bawah 2 tahun ini kerap menangis di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS).
DIA MUNGKIN BEREKSPERIMEN!
Jika kesemua keperluan fizikal & emosi anak (susu, lampin, keselesaan, tidak penat) telah dipenuhi, anda perlu faham pada fasa tertentu ketika ini, mereka mungkin sedang bereksperimentasi dengan anda!
Sumber: www.cpsmalaysia.org
Sumber Bayi Anda Menangis Bila Diletakkan Di Carseat? Ibu Ayah Kena Faham Sebabnya Ini, Bukan Kerana Dia Tidak Mahu Duduk, Tapi Adalah Kerana...
Demikianlah Artikel Bayi Anda Menangis Bila Diletakkan Di Carseat? Ibu Ayah Kena Faham Sebabnya Ini, Bukan Kerana Dia Tidak Mahu Duduk, Tapi Adalah Kerana...
Sekianlah artikel Bayi Anda Menangis Bila Diletakkan Di Carseat? Ibu Ayah Kena Faham Sebabnya Ini, Bukan Kerana Dia Tidak Mahu Duduk, Tapi Adalah Kerana... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.