Ibadah Korban Bukan Kekejaman Terhadap Haiwan

Ibadah Korban Bukan Kekejaman Terhadap Haiwan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ibadah Korban Bukan Kekejaman Terhadap Haiwan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibadah Korban Bukan Kekejaman Terhadap Haiwan
link : Ibadah Korban Bukan Kekejaman Terhadap Haiwan

Baca juga


Ibadah Korban Bukan Kekejaman Terhadap Haiwan

Hari Raya Aidiladha menjelang lagi. Dalam menyambut ketibaan hari raya ini, terdapat tiga peristiwa bersejarah yang wajar kita sebagai umat Islam untuk merenungnya kembali. Pertama, peristiwa Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail di satu kawasan padang pasir yang tandus. Sehingga Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail menemui punca air Zamzam dan tempat itu menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk menunaikan ibadah Haji. Peristiwa kedua pula, adalah kisah Nabi Ibrahim yang menuruti perintah ALLAH untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail namun berkat kesabaran dan ketaatan Nabi Ibrahim, ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang. Peristiwa ketiga pula merupakan sejarah pembinaan semula Kaabah oleh dua Nabi ALLAH yang runtuh semasa zaman Nabi Nuh. Yang hari ini merupakan kiblat orang Islam untuk menunaikan solat.

Sudah semestinya, perkara yang sinonim dengan perayaan ini ialah ibadah Haji bagi umat Islam, dan masa yang dituntut untuk menjalankan korban.

Jetpack Langkawi

Korban bermaksud menyembelih haiwan tertentu daripada jenis ternakan yang dikategorikan sebagai haiwan ternak seperti unta, lembu, biri-biri dan kambing pada hari raya haji iaitu 10 Zulhijjah, dan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.

Sebelum pergi lebih jauh, saban tahun umat Islam sentiasa menerima kata-kata berunsur hinaan dan kecaman yang mengatakan bahawa ibadah korban merupakan satu bentuk kezaliman terhadap binatang. Hanya disebabkan umat Islam menyembelih binatang dengan tujuan untuk dimakan dan diagihkan kepada fakir miskin, mereka yang cetek akalnya berterusan menghujani umat Islam sebagai manusia yang ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Namun, benarkah seperti yang didakwa oleh mereka? Adakah binatang yang disembelih benar-benar terseksa ketika disembelih? Atau mereka mahu mengatakan bahawa binatang yang disembelih pada Hari Raya Korban itu akan terseksa, tetapi jika disembelih bukan pada Hari Raya Korban maka binatang itu tidak akan dizalimi? Serius, pemikiran apakah ini?

Sedangkan ketika hendak menyembelih binatang pun, umat Islam dituntut supaya berada di hadapan haiwan sembelihan seperti tidak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih, tidak menyembelih haiwan di hadapan haiwan yang akan disembelih, tidak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan cara yang kasar, dan tidak mendatangkan kesakitan kepada haiwan. Macam ini punya beradab pun ada orang kata, umat Islam menzalimi binatang?

Bagi mencerahkan pembaca dan masyarakat yang mempunyai tanggapan begini, mereka perlu tahu bahawa kaedah penyembelihan mengikut cara Islam merupakan kaedah paling selamat dan tidak menyeksa binatang bahkan terbukti melalui kajian sains.

Menurut kajian Profesor Wilhelm Schulze dan Dr Hazim di Jabatan Perubatan Veterinar, Universiti Hannover Jerman, Mereka memasang alat pengesan di pelbagai tempat pada otak haiwan untuk mencatatkan rekod electroencephalograph(EEG) dan electrocardiogram (ECG) bagi mengetahui keadaan otak dan jantung haiwan terbabit semasa proses penyembelihan cara Islam dan Barat.

Hasil kaedah Islam mendapati, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher tersebut. Tiga saat kedua pula, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri, disebabkan banyak darah yang mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika EEG jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagi orang Islam, mereka perlu mematuhi beberapa syarat sebelum menyembelih binatang antaranya pisau yang tajam dan bersih. Potongan yang dalam dilakukan dengan cepat pada bahagian urat leher yang membawa darah ke otak dan kepala, dua urat jugular yang membawa darah dari otak kembali ke jantung, trakea dan kerongkongan, tetapi sistem saraf tunjang perlu dibiarkan dan tidak dipotong. Pada peringkat selepas penyembelihan, haiwan ini berada dalam keadaan yang stabil dan tenang tanpa tingkah laku yang bermasalah. Selepas fasa rehat yang singkat ini, dan kerana otak mula kehilangan oksigen dan darah akibat pendarahan yang besar, degupan jantung meningkat untuk membawa lebih banyak aliran darah ke otak dan kawasan-kawasan lain yang kekurangan darah. Kontraksi tonik tidak dapat dikawal dan berlaku reflex automatik psikologi untuk menghantar dan menolak darah, terutamanya kepada otak. Dengan serta merta, binatang itu akan hilang kesedaran dan tidak menerima sebarang kesakitan. Pergerakan haiwan yang bermula kira-kira 90 saat adalah bersifat epileptiform dan disebabkan oleh kekurangan darah.

Terbukti melalui kajian saintifik bahawa kaedah penyembelihan cara Islam lebih selamat untuk digunakan.

Bagaimana pula dengan kaedah penyembelihan oleh cara Barat?

Mereka menggunakan pistol untuk menembak kepala binatang sama ada menggunakan kartrij kosong atau udara termampat untuk menembusi atau tidak menembusi kepala. Tindakan itu merosakkan tengkorak dan menjahanamkan otak binatang. Antara masalah yang sering dilaporkan berkenaan kaedah ini adalah, Teknik yang tidak tertib dan pengulangan tembakan pada haiwan yang sama. Haiwan menjadi lumpuh semasa masih sedarkan diri. Tengkorak tertekan dan kerosakan kepada otak. Pencemaran otak. Pembekuan darah. Pendarahan otak. Daging berisiko dijangkiti bakteria dan berbahaya kepada manusia.

Kaedah lain yang digunakan oleh orang Barat ialah Carbon Dioxide(CO2). Kaedah ini dilakukan dengan cara memindahkan haiwan ke bilik yang mengandungi campuran CO2. Kaedah ini hanya digunakan untuk babi dan merupakan bentuk pencekupan kimia. CO2 merupakan gas yang sangat berbahaya untuk berada di dalam badan. Antara masalah yang dilaporkan berkenaan dengan kaedah ini adalah, tekanan yang luar biasa (bertindak agresif dan berlaku sawan), sesak nafas dan mati sebelum sembelihan. Kesan gas toksik pada darah dan fisiologi. Terbukti cara ini begitu kejam terhadap haiwan.

Kaedah lain yang seringkali popular digunakan adalah, renjatan elektrik. Masalah yang dilaporkan berkenaan kaedah ini adalah, satu bentuk kekejaman kerana memberikan renjatan elektrik tanpa ubat pelali. Haiwan menjadi lumpuh ketika masih sedarkan diri. Keraguan tentang kesan kesakitan terhadap haiwan. Pengulangan semula renjatan terhadap binatang yang sama.

Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam tidak mungkin menzalimi makhluk. Seharusnya, mereka yang lantang mengecam tindakan menyembelih binatang ini perlu ditanya. Sama ada daging yang mereka makan selama ini, adakah binatang itu tidak ditamatkan nyawanya? Adakah selama ini mereka makan lembu, ayam dan kambing itu hidup-hidup tanpa disembelih? Ada akal, silalah fikir dengan sewajarnya, bukan berhujah mengikut nafsu semata-mata.

Sebelum berakhir, dan dalam kegembiraan menyambut raya Aidiladha ini. Kita selaku umat Islam harus merenung tentang hikmah amalan berkorban ini. Antaranya:

  1. Menzahirkan kesyukuran kepada ALLAH atas nikmat-nikmatnya dengan pemberian daging korban kepada fakir miskin.
  2. Melahirkan kegembiraan dan kasih sayang sesama umat dan mewujudkan ikatan persaudaraan yang kuat semasa bergotong-royong melaksanakannya.
  3. Mendidik umat Islam supaya tidak melupakan fakir miskin setelah ALLAH berikan rezeki kepada mereka.
  4. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim yang sanggup menyahut perintah ALLAH untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail.
  5. Menegakkan syiar bahawa agama ditetapkan dengan pengorbanan. Menumpahkan darah haiwan simbolik kepada pengorbanan yang dilakukan.

Rujukan:

  1. (2003). The Revival. Islamic Method of Slaughtering Animals: Scientific Not Inhumane. https://ift.tt/2L8NI41
  2. Darul Ihsan Humanitarian Centre. Scientist Prove That Islamic Slaughter of Animals is Healthier. https://ift.tt/2nSH0Wy
  3. Rahimah Draman. (2008). Utusan Online. Sains Iktiraf Kaedah Sembelih Islam. https://ift.tt/2OXnX9d


Demikianlah Artikel Ibadah Korban Bukan Kekejaman Terhadap Haiwan

Sekianlah artikel Ibadah Korban Bukan Kekejaman Terhadap Haiwan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: