Tanpa Usher, Yuna tetap ada kejutan

Tanpa Usher, Yuna tetap ada kejutan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tanpa Usher, Yuna tetap ada kejutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanpa Usher, Yuna tetap ada kejutan
link : Tanpa Usher, Yuna tetap ada kejutan

Baca juga


Tanpa Usher, Yuna tetap ada kejutan

Yuna bersama suami selamat dinikahkan dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong semalam. — Foto ihsan Instagram/YunaMusicYuna bersama suami selamat dinikahkan dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong semalam. — Foto ihsan Instagram/YunaMusicPUTRAJAYA, 27 Jan — “Tiada Usher tetapi akan ada kejutan istimewa”.

Demikian jawapan ringkas Yuna, ketika ditanya media sama ada penyanyi terkenal Usher, pasangan duetnya dalam  lagu hit berjudul Crush, akan hadir ke majlis persandingannya bersama pasangan Adam Yousof Mohamed Sinclair, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini esok.

Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai yang mengukir nama di Amerika Syarikat, bagaimanapun berkata beliau ada menjemput beberapa rakan artis dari negara berkenaan termasuk bekas peserta The Voice, Dez Duron.

“Mereka akan hadir dan biarpun tiada kehadiran Usher, hari istimewa esok pastinya akan ada kejutan istimewa,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenainya ketika sidang media bersama suaminya di PICC hari ini.

Semalam, Yuna, 31, dan Adam, 33, selamat dinikahkan dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong.

Mengulas mengenai perancangan selepas kahwin, Yuna berkata beliau dan suami merancang untuk menetap di Amerika Syarikat namun akan tetap selalu pulang ke Malaysia memandangkan anggota  keluarga mereka masih di sini (Malaysia).

“Semestinya karier akan diteruskan seperti biasa dan pada masa sama saya mahu suami sentiasa berada bersama saya,” katanya yang bakal melancarkan album baharu pada pertengahan tahun ini.

Tambah Yuna, 2018 merupakan tahun yang agak sibuk untuknya kerana beliau akan mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi bagi mempromosikan album baharunya sejurus dilancarkan nanti.

Bagaimanapun kesibukan dalam bidang nyanyian tidak menghalang pasangan merpati dua sejoli ini untuk merancang lokasi bulan madu mereka.

“Mungkin kami akan berbulan madu di sekitar Eropah, Asia atau di Amerika Selatan,” katanya. — Bernama 



Sumber Tanpa Usher, Yuna tetap ada kejutan


Demikianlah Artikel Tanpa Usher, Yuna tetap ada kejutan

Sekianlah artikel Tanpa Usher, Yuna tetap ada kejutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: