Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan

Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan
link : Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan

Baca juga


Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kejadian penculikan dan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak di negeri ini seperti gambar yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata penyebaran gambar itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.

"Gambar yang tersebar itu menunjukkan seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan kesan kelaran di bahagian leher dan jahitan di sepanjang atas badan dipercayai telah meninggal dunia serta semua organ dalaman juga telah didapati tiada.

"Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu.

-- BERNAMA



Sumber Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan


Demikianlah Artikel Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan

Sekianlah artikel Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: