PMU TNB runtuh, buruh Bangladesh terbunuh

PMU TNB runtuh, buruh Bangladesh terbunuh - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang PMU TNB runtuh, buruh Bangladesh terbunuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PMU TNB runtuh, buruh Bangladesh terbunuh
link : PMU TNB runtuh, buruh Bangladesh terbunuh

Baca juga


PMU TNB runtuh, buruh Bangladesh terbunuh

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan warga Bangladesh terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan sebahagian kecil lantai Pencawang Masuk Utama (PMU) MRT Cochrane yang sedang dalam pembinaan, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, pekerja terbabit sedang melakukan kerja meratakan konkrit lantai di tingkat tiga sebelum struktur binaan itu runtuh menyebabkan mangsa jatuh ke tingkat satu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Armdan Mahad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.36 petang dan setakat jam 11.30 malam ini operasi masih diteruskan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Katanya, runtuhan hanya membabitkan 20 peratus daripada struktur bangunan berkenaan.

"Bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa berikutan terdapat banyak sisa runtuhan menghempap mangsa yang turut membahayakan anggota dan perlu dialihkan.

"Kita jangkakan operasi ini akan berlanjutan dalam tempoh lebih sejam lagi sebelum mayat mangsa dapat dikeluarkan," katanya ketika ditemui di lokasi, sebentar tadi.

Sementara itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam satu kenyataan, berkata kejadian berlaku ketika kontraktor sedang melakukan kerja-kerja menuang konkrit di tingkat tiga sebelum perancah tapak lantai dipercayai runtuh.

"Tahap kerosakan akibat runtuhan dan punca berlakunya runtuhan masih dalam siasatan.

"Berdasarkan laporan awal yang diterima, dikhuatiri seorang pekerja kontraktor terperangkap dalam runtuhan itu.

"Pasukan bomba dan penyelamat kini berada di lokasi kejadian untuk menjalankan usaha menyelamat," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Datuk Najmuddin Abdullah menjelaskan, insiden yang berlaku tiada kaitan dengan Projek MRT di Lembah Klang.

Katanya, struktur bangunan yang dalam pembinaan itu terletak bersebelahan Stesen MRT Cochrane.

"Kami menafikan kenyataan dikeluarkan beberapa pihak yang mengaitkan kejadian runtuhan membabitkan substesen MRT Cochrane atau projek MRT.

"Tiada kerja pembinaan dijalankan oleh pihak MRT atau kontraktor di MRT Cochrane.

"Kerja pembinaan substesen itu dilakukan pihak TNB dan ia bukan sebahagian daripada Projek MRT," katanya dalam satu kenyataan.



Sumber PMU TNB runtuh, buruh Bangladesh terbunuh


Demikianlah Artikel PMU TNB runtuh, buruh Bangladesh terbunuh

Sekianlah artikel PMU TNB runtuh, buruh Bangladesh terbunuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: