Judul : ”Pakcik tau pakcik orang susah, buta sebab tu orang tak nak tolong pakcik” – Lelaki kongsi kisah pakcik OKU buat netizen sebak
link : ”Pakcik tau pakcik orang susah, buta sebab tu orang tak nak tolong pakcik” – Lelaki kongsi kisah pakcik OKU buat netizen sebak
”Pakcik tau pakcik orang susah, buta sebab tu orang tak nak tolong pakcik” – Lelaki kongsi kisah pakcik OKU buat netizen sebak

”Pakcik tau pakcik orang susah, buta sebab tu orang tak nak tolong pakcik” – Lelaki kongsi kisah pakcik OKU buat netizen sebak
Tidak semua orang bernasib baik dalam kehidupan. Kita mungkin rasa kita susah, tapi sebenarnya ada lagi yang susah dari kita. Mempunyai pekerjaan, keluarga, tempat tinggal, sihat dan yang paling penting sempurna tubuh badan, nikmat tuhan yang harus disyukurkan.
Bayangkan jika kita hidup seorang diri, tiada keluarga mahupun tempat bergantung, lebih sedih tidak dapat melihat seperti orang lain. Bagaimana kita mahu meneruskan hidup? Hanya yang cekal sahaja mampu bertahan.
Perkongsian dari Irzaq Khalis yang tular di facebook ini menyentuh hati netizen. Pertemuan beliau dengan seorang pak cik yang berstatus orang kurang upaya (OKU) ini adalah secara kebetulan ketika beliau dalam perjalanan untuk membeli makan tengahari. Menyedihkan, tiada satu pun kenderaan yang berhenti untuk membantu walaupun jelas pakcik itu berdiri di tengah panas meminta bantuan.
Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah. Kisah ini boleh dijadikan contoh untuk semua. Moga ada lebih ramai lagi insan yang berhati mulia seperti lelaki ini dalam membantu mereka yang memerlukan.
Sedikit coretan & nukilan.
Semalam sebelum masuk waktu solat zohor, saya on the way lunch di nasi ayam maharaja (keramat permai), terjumpa pakcik ni kat depan hotel seeds dan berdiri kat tengah panas sambil memegang kertas bertulis, “Tolong Hantar Saya ke Masjid Muadz”.
Sambil tu sempat lah borak and tanya2 pakcik ni..
Pakcik ni pun ada mengadu yg baitulmal pun susah nak tolong walaupun dia ni OKU,kalau dpt pun tak banyak and lambat ..BRIM pulak lambat lagi dapat .. Sedih bila dengar orang mcm ni mengadu nasib dia kat kita ..So bila saya dh drop pakcik ni dalam kawasan Masjid Muadz Setiawangsa,saya sempat sedekahkan sikit mana yg saya mampu,and pakcik tu tanya , ‘warna apa ni’? Then saya bgtau warna apa..
Semoga kita semua mendapat Rahmat dari-NYA , InsyaAllah …..
Sumber: Siakapkeli.my
Sumber ”Pakcik tau pakcik orang susah, buta sebab tu orang tak nak tolong pakcik” – Lelaki kongsi kisah pakcik OKU buat netizen sebak