Nasi lemak basmati, ilham video ‘mak kau hijau’

Nasi lemak basmati, ilham video ‘mak kau hijau’ - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Nasi lemak basmati, ilham video ‘mak kau hijau’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasi lemak basmati, ilham video ‘mak kau hijau’
link : Nasi lemak basmati, ilham video ‘mak kau hijau’

Baca juga


Nasi lemak basmati, ilham video ‘mak kau hijau’

Nasi lemak hijau yang menggunakan beras basmati menarik peminatnya yang mencari kelainan cita rasa masakan kegemaran ini. — Foto-foto ihsan Facebook/Warung Nasi Lemak Hijau GombakNasi lemak hijau yang menggunakan beras basmati menarik peminatnya yang mencari kelainan cita rasa masakan kegemaran ini. — Foto-foto ihsan Facebook/Warung Nasi Lemak Hijau GombakKUALA LUMPUR, 23 Jan — Nasi lemak, roti canai atau mi goreng antara menu sarapan kegemaran yang boleh didapati di mana-mana sahaja.

Namun pernahkah anda terfikir untuk menikmati nasi lemak berwarna hijau dan dimasak pula menggunakan beras basmati yang lebih panjang.

Itulah menu dijual di gerai Nasi Lemak Hijau Gombak yang menjadi sebutan di kalangan pelajar dan penduduk sekitar.

“Dulu kita buka nasi lemak biasa sahaja, tapi mendapat idea selepas menonton klip video kanak-kanak bergaduh 'mak kau hijau' yang tular satu ketika dulu,” katanya, bekas peniaga kantin British Malaysian Institute.

Ridhwan Razali di tepi gerainya di Jalan Sungai Pusu, Batu 8 di Gombak.Ridhwan Razali di tepi gerainya di Jalan Sungai Pusu, Batu 8 di Gombak.Klip video “mak kau hijau” menular pada 2015 memperlihatkan dua  kanak-kanak bergaduh dan kemudian mengejek ibu bapa dengan ungkapan itu.

Warung milik Ridhwan Razali, 34, sudah dibuka sejak pertengahan 2016. Ia terletak di deretan gerai berhadapan Sekolah Integrasi Gombak.

Dibuka setiap hari kecuali Ahad, ia beroperasi antara 6.30 pagi hingga 11 pagi (di gerai) dan 4.30 petang hingga 11 malam (di warungnya).

Nasi lemak hijau yang asas, dengan sambal, timun dan papadom dijual RM2. Manakala nasi lemak lauk ayam goreng ala “Kentucky Fried Chicken” RM5.

Lauk lain yang disediakan: ayam masak merah, rendang ayam dan sambal sotong. Semua lauk ini berharga RM3.

Gerai kecil Nasi Lemak Hijau ketika dibuka di tapak pasar malam Sungai Pusu, berhampiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan UniKL BMI.Gerai kecil Nasi Lemak Hijau ketika dibuka di tapak pasar malam Sungai Pusu, berhampiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan UniKL BMI.Hidangan pantai timur seperti nasi kerabu dan nasi berlauk turut dijual.

Warung Nasi Lemak Hijau juga mempunyai perkhidmatan penghantaran di kawasan sekitar tanpa pesanan minimum dan dengan caj tambahan RM1.

Beralamat No 6A, Taman Selera, Jalan Sungai Pusu, Batu 8 di Gombak, ia menyediakan khidmat katering dengan tempahan maksimum 500 pek.

Khidmat katering Nasi Lemak Hijau ketika Kejohanan Liga Boling Piala Datuk Bandar Petaling Jaya di Wangsa Bowl, One Utama.Khidmat katering Nasi Lemak Hijau ketika Kejohanan Liga Boling Piala Datuk Bandar Petaling Jaya di Wangsa Bowl, One Utama.Kalau anda dari Batu Caves atau Greenwood, terus ke Jalan Gombak sebelum belok kanan ke Jalan Sungai Pusu sehingga bertemu sekolah.

Kalau dari Setapak, ambil Jalan Gombak sebelum belok ke Jalan Sungai Pusu Lebih mudah, taip Warung Nasi Lemak Hijau Gombak di peta Google anda.

Sebelum bergerak ke sini, semak juga Facebook: Warung Nasi Lemak Hijau Gombak atau hubungi 013 318 8180.



Sumber Nasi lemak basmati, ilham video ‘mak kau hijau’


Demikianlah Artikel Nasi lemak basmati, ilham video ‘mak kau hijau’

Sekianlah artikel Nasi lemak basmati, ilham video ‘mak kau hijau’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: