Mukhriz ditegur beri kenyataan kepada media

Mukhriz ditegur beri kenyataan kepada media - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mukhriz ditegur beri kenyataan kepada media, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mukhriz ditegur beri kenyataan kepada media
link : Mukhriz ditegur beri kenyataan kepada media

Baca juga


Mukhriz ditegur beri kenyataan kepada media

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir ditegur hakim Mahkamah Tinggi kerana mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung kes saman fitnah dikemukakannya terhadap bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Abdul Aziz.

Kes saman itu mengenai dakwaan Mukhriz selaku plaintif, bahawa Tunku Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan wujud pakatan sulit membabitkan dirinya dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Datuk Nordin Hassan mengingatkan Mukhriz dan semua pihak terbabit dalam kes itu supaya tidak memberikan sebarang kenyataan kerana perbicaraan kes masih berjalan.

Nordin berkata demikian selepas Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah selesai memberikan keterangan.

Ia berikutan peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Tunku Abdul Aziz memberitahu mahkamah di awal prosiding, bahawa Mukriz memberikan kenyataan itu selepas prosiding perbicaraan pada 11 Januari lalu.

Bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka memberikan keterangan selaku saksi kedua plaintif pada 27 Februari ini.

Sementara itu dalam prosiding hari ini, Jahaberdeen mencadangkan kepada Mukhriz bahawa reputasinya sebagai anggota politik terjejas berikutan pemecatannya daripada UMNO pada Julai 2016, bagaimanapun Mukhriz menjawab "Tidak bersetuju".

Mukhriz berkata, kekalahannya ketika bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada 2013 tidak boleh dianggap sebagai bukti beliau tidak mendapat sokongan akar umbi.

"Ada turun naik. Saya tidak rasa kerjaya politik saya dalam UMNO tidak cemerlang kerana adat pertandingan ada menang ada kalah", katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Kedah turut menafikan bahawa kenyataan media olehnya bagi menafikan tuduhan Tunku Abd Aziz (defendan), adalah gimik semata-mata.

Pada 7 Februari 2017, Mukhriz memfailkan saman dengan mendakwa pada 30 Disember 2016, defendan mengeluarkan satu kenyataan bertajuk Memang Wujud Pakatan Sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang yang dilaporkan di dalam blog AIDCNews.

Mukhriz mendakwa, pada 1 Januari 2017, pihaknya ada membuat penafian secara terbuka dan mengemukakan notis tuntutan meminta defendan membuktikan kenyataan fitnah itu dan jika gagal, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan.

Bagaimanapun, pada 3 Januari 2017, defendan menerbitkan atau menyebabkan terbit satu lagi kenyataan media bertajuk Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah.



Sumber Mukhriz ditegur beri kenyataan kepada media


Demikianlah Artikel Mukhriz ditegur beri kenyataan kepada media

Sekianlah artikel Mukhriz ditegur beri kenyataan kepada media kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: