Menteri: Haramkan mentega, bukan minyak sawit

Menteri: Haramkan mentega, bukan minyak sawit - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Menteri: Haramkan mentega, bukan minyak sawit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri: Haramkan mentega, bukan minyak sawit
link : Menteri: Haramkan mentega, bukan minyak sawit

Baca juga


Menteri: Haramkan mentega, bukan minyak sawit

Mah berkata selain berusaha menentang diskriminasi Parlimen EU, Malaysia akan turut bekerja keras bagi memperluaskan pasaran sawit negara. — Foto oleh Saw Siow FengMah berkata selain berusaha menentang diskriminasi Parlimen EU, Malaysia akan turut bekerja keras bagi memperluaskan pasaran sawit negara. — Foto oleh Saw Siow FengTELUK INTAN, 28 Jan — Kesatuan Eropah (EU) perlu mengharamkan mentega dan bukannya minyak sawit jika mahu menjadikan alam  sekitar sebagai alasan pengharaman biobahan api berasaskan minyak sawit menjelang 2020.

Menteri  Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata ini berikutan pelepasan karbon dioksida (Co2) bagi tujuan penghasilan mentega adalah 10 kali lebih tinggi berbanding minyak sawit.

"Satu tan pengeluaran mentega menghasilkan sebanyak 23.8 tan Co2. Namun minyak sawit sebaliknya mengeluarkan 2.3 tan Co2 iaitu perbezaan sebanyak 10 kali.

"Jika menggunakan logik mereka, kita sepatutnya mengharamkan mentega dari EU dan EU juga perlu berbuat tindakan sama," katanya ketika berucap pada program pemberian baucar makanan  kepada pelajar yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sini, hari ini.

Beliau mengulas undian resolusi  Parlimen EU pada 17 Januari lepas menerusi Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran negara anggota blok itu selepas 2020.

Menjelas lanjut, Mah yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata Malaysia akan mengadakan satu misi rundingan sawit ke Eropah dalam waktu terdekat ini sebagai susulan terhadap cadangan EU itu.

Misi yang akan diketuai beliau sendiri dan telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka dapat dilakukan pada sambutan Tahun Baru Cina, bulan depan.

Beliau berkata misi tersebut akan melibatkan rundingan di sekurang-kurangnya lima negara untuk menemui menteri-menteri EU serta pesuruhjaya blok ekonomi serta politik itu dengan harapan mereka lebih bersikap lebih rasional.

"Mengikut sistem perundangan Parlimen EU, sebelum resolusi menjadi undang-undang  ia perlu mendapat persetujuan Majlis Menteri Negara-negara EU dan Pesuruhjaya EU menerusi satu mesyuarat rundingan tiga hala antara mereka.

"Saya  dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan dijangka diadakan pada bulan depan," katanya.

Beliau berkata, selain berusaha menentang diskriminasi Parlimen EU, Malaysia akan turut bekerja keras bagi memperluaskan pasaran sawit negara.

Mengulas program hari ini, Mah berkata usaha yang dimulakan pada tahun lepas itu bertujuan meringankan beban keluarga golongan kurang berkemampuan dengan setiap penerima mendapat baucar makanan bulanan RM50 bagi tempoh dua bulan. — Bernama



Sumber Menteri: Haramkan mentega, bukan minyak sawit


Demikianlah Artikel Menteri: Haramkan mentega, bukan minyak sawit

Sekianlah artikel Menteri: Haramkan mentega, bukan minyak sawit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.