Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura

Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura
link : Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura

Baca juga


Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan Singapura memansuhkan caj tol bagi kenderaan yang memasuki republik itu menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan mengurangkan caj bagi kenderaan keluar dari negara itu di pusat sama mulai 1 Feb, mencerminkan hubungan baik kerajaan republik itu dengan kerajaan Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata langkah itu juga merupakan tindakan seiring terhadap langkah Malaysia memberhentikan caj tol di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.

"Kita menganggarkan sebanyak 20,000 hingga 25,000 kenderaan sehari dari Johor akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan ini, sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, " katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.

Malam tadi, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura mengumumkan mulai 1 Feb ini, kereta yang memasuki Singapura menerusi Woodlands tidak dikenakan caj tol, selaras dengan pemansuhan caj tol oleh Malaysia baru-baru ini di EDL.

Ketika ini caj tol bagi kenderaan yang memasuki Singapura menerusi Woodlands adalah S$2.70 (bagi kereta), S$4 (van/kenderaan ringan (perdagangan), S$5.30 (kenderaan berat -perdagangan), S$1.40 (teksi) dan S$2.20 (bas).

LTA juga mengumumkan caj tol bagi kereta keluar dari Singapura menerusi Woodlands akan dikurangkan kepada S$1 (caj sedia ada S$3.80), van/kenderaan ringan (perdagangan) S$1.50 (S$5.80), kenderaan berat (perdagangan) S$2 (S$7.70), teksi S$0.50 (S$1.90), dan bas S$0.80 (S$3.10).

-- BERNAMA



Sumber Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura


Demikianlah Artikel Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura

Sekianlah artikel Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: