Hairul Azreen akui silap guna senjata tanpa lesen (VIDEO)

Hairul Azreen akui silap guna senjata tanpa lesen (VIDEO) - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hairul Azreen akui silap guna senjata tanpa lesen (VIDEO), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hairul Azreen akui silap guna senjata tanpa lesen (VIDEO)
link : Hairul Azreen akui silap guna senjata tanpa lesen (VIDEO)

Baca juga


Hairul Azreen akui silap guna senjata tanpa lesen (VIDEO)

Pelakon Hairul Azreen mengakui silap melepaskan tembakan ke udara tanpa lesen di Kampung Parit Jerman, Sitiawan, dua tahun lalu. ― Foto ihsan Instagram/hairulazreenPelakon Hairul Azreen mengakui silap melepaskan tembakan ke udara tanpa lesen di Kampung Parit Jerman, Sitiawan, dua tahun lalu. ― Foto ihsan Instagram/hairulazreenPARIT, 26 Jan ― Seorang pelakon lelaki berusia 30 tahun hari ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah bagi memberi keterangan berhubung kes melepaskan tembakan ke udara tanpa memiliki lesen di Kampung Parit Jerman, Sitiawan, dua tahun lalu.

Video insiden melibatkan Hairul Azreen menggunakan senapang patah dipercayai dirakam pada 26 Julai 2016 dan tular di laman sosial Youtube sejak beberapa hari lalu.

Hairul tiba di IPD berkenaan kira-kira jam 2 petang bersama dua rakan dengan menaiki Toyota Alphard dan memberi keterangan lebih dua jam.

Ketika ditemui pemberita, ayah kepada seorang anak itu mengakui kesilapannya dan menganggap perbuatan tersebut sebagai satu pengajaran seterusnya berharap orang ramai tidak membuat kesilapan sama.        

“Mungkin pengajaran untuk saya kerana saya tidak tahu boleh jadi macam ini sebab saya berlakon, jadi saya saja mahu lagak (cuba menembak). Di luar sana jangan suka-suka hati pegang senjata.

“Kesilapan ini saya tidak akan buat lagi. Pihak  polis akan buat siasatan lagi dan jika perlu mereka akan memanggil saya semula,” katanya.

Hairul menjelaskan insiden tersebut berlaku ketika beliau singgah di rumah  bapa saudaranya di Kampung Parit Jerman, Sitiawan untuk memancing.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah dalam satu sidang media berkata hasil  siasatan awal mendapati senapang patah tersebut milik bapa saudara artis berkenaan yang disimpan untuk tujuan menembak haiwan liar di kawasan tanaman.

Mohamad Zainal berkata pihaknya telah merampas senapang jenis SK 500, 29 butir peluru dan satu buku lesen bagi membantu siasatan. ― Bernama



Sumber Hairul Azreen akui silap guna senjata tanpa lesen (VIDEO)


Demikianlah Artikel Hairul Azreen akui silap guna senjata tanpa lesen (VIDEO)

Sekianlah artikel Hairul Azreen akui silap guna senjata tanpa lesen (VIDEO) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: