Hairul Azreen akui kesilapan

Hairul Azreen akui kesilapan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hairul Azreen akui kesilapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hairul Azreen akui kesilapan
link : Hairul Azreen akui kesilapan

Baca juga


Hairul Azreen akui kesilapan

SERI ISKANDAR: "Ini pengajaran kepada saya dan juga orang lain juga yang tidak tahu ia satu kesalahan," kata pelakon drama Dia Semanis Honey, Hairul Azreen Idris.

Hairul Azreen, 30, berkata demikian kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini, susulan video memaparkan tindakannya melepaskan tembakan, menggunakan senapang patah di Kampung Parit Jerman, Sitiawan dekat sini.

Rakaman video dengan tempoh 49 saat yang tersebar sejak beberapa hari lalu itu, menunjukkan Hairul Azreen melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah jenis SK500, dimiliki bapa saudaranya berusia 70 tahun, yang turut terlihat dalam video berkenaan.

Bekas juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama itu berkata, meskipun banyak melakonkan watak aksi sebelum ini, namun beliau tidak menyangka tindakan melepaskan tembakan menjadi kesalahan.

"Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu dengan rakam gambar (sambil memegang senapang dan menembak), salah di sisi undang-undang. Saya banyak berlakon dalam filem aksi. Jadi, saya mahu rasa pegang sendiri.

"Apabila diberitahu polis sebentar tadi, ini pengajaran buat saya dan kesilapan yang saya tak akan saya ulangi lagi. Alhamdulillah, saya dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika ditemui di IPD Perak Tengah, di sini hari ini.

Hairul Azreen berkata, aksi menembak itu dirakam dua tahun lalu dan dia tidak menyangka video itu tersebar luas.

"Benda nak jadi, hendak buat macam mana? Bagaimanapun, sesi memberi keterangan sebentar tadi berjalan lancar dan polis banyak menerangkan mengenai perkara yang saya tidak tahu, dan kebanyakannya perihal undang-undang.

"Walaupun saya berlakon dalam filem kepolisan atau tentera, undang-undang tetap perlu dijaga," katanya.

Menceritakan kejadian itu, Hairul Azreen berkata, beliau memancing ketika pulang ke kampungnya di Pantai Remis dan singgah ke kampung bapa saudaranya, di Kampung Parit Jerman.



Sumber Hairul Azreen akui kesilapan


Demikianlah Artikel Hairul Azreen akui kesilapan

Sekianlah artikel Hairul Azreen akui kesilapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: