Graduan semakin kreatif cipta peluang pekerjaan - Ismail Sabri

Graduan semakin kreatif cipta peluang pekerjaan - Ismail Sabri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Graduan semakin kreatif cipta peluang pekerjaan - Ismail Sabri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Graduan semakin kreatif cipta peluang pekerjaan - Ismail Sabri
link : Graduan semakin kreatif cipta peluang pekerjaan - Ismail Sabri

Baca juga


Graduan semakin kreatif cipta peluang pekerjaan - Ismail Sabri

BERA: Senario lepasan universiti berniaga nasi lemak atau menjadi pemandu Uber menunjukkan kreativiti mereka mencipta peluang pekerjaan dan bukannya semata-mata mengharap untuk makan gaji.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemilihan kerja oleh generasi sekarang juga tidak boleh disifatkan sebagai kegagalan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan.

Beliau menambah senario berniaga sendiri telah menjadi trend khususnya kepada orang muda termasuk penuntut universiti menerusi perniagaan dalam talian sehingga memperoleh pendapatan yang boleh dibanggakan apabila diusahakan bersungguh-sungguh.

"Pelajar semakin kreatif dalam menguruskan kewangan. Kita dapat lihat di universiti sudah ada kursus bersifat keusahawanan. Menjual nasi lemak tidak boleh dianggap sebagai kegagalan.

"Pada awalnya mungkin dia berniaga kecil-kecilan tapi perniagaan itu boleh dikembangkan ke peringkat lebih tinggi. Berniaga mampu membawa seseorang ke masa depan yang lebih baik sehingga Islam sendiri menggalakkan berniaga," katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Moh Ngeteh Bersama Warga Kesihatan Daerah Bera di Klinik Kesihatan Padang Luas di sini, pada Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang dilaporkan menyifatkan jumlah graduan yang semakin ramai menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber sebagai memalukan dan kegagalan kerajaan.

"Pemikiran itu pemikiran lama. Saya tidak salahkan dia (Dr Mahathir) kerana dia orang lama, selalu lihat apa yang berlaku pada zaman dia sedangkan dunia sudah berubah... sekarang hampir di semua universiti sudah ada pelajar yang berniaga," katanya.

Menyedari perubahan itu, Ismail Sabri berkata kerajaan menyediakan peluang secukupnya kepada generasi muda yang berminat menceburi bidang perniagaan seperti menyediakan dana pinjaman untuk dijadikan modal permulaan.

"Kerajaan memang menggalakkan graduan untuk tidak hanya makan gaji atau berharap kerja kerajaan. Malah di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) juga kita galakkan 20 peratus daripada graduan untuk terlibat dalam perniagaan.

"Saya percaya mereka boleh berkembang maju dan jika kita lihat, banyak perniagaan besar pada masa kini dimulakan secara kecil-kecilan," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Graduan semakin kreatif cipta peluang pekerjaan - Ismail Sabri


Demikianlah Artikel Graduan semakin kreatif cipta peluang pekerjaan - Ismail Sabri

Sekianlah artikel Graduan semakin kreatif cipta peluang pekerjaan - Ismail Sabri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: