Bom ibu bapa angkat, penoreh getah dipenjara 20 tahun

Bom ibu bapa angkat, penoreh getah dipenjara 20 tahun - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bom ibu bapa angkat, penoreh getah dipenjara 20 tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bom ibu bapa angkat, penoreh getah dipenjara 20 tahun
link : Bom ibu bapa angkat, penoreh getah dipenjara 20 tahun

Baca juga


Bom ibu bapa angkat, penoreh getah dipenjara 20 tahun

Foto fail pada 7 Oktober 2015 menunjukkan tempat kejadian letupan motosikal yang mengorbankan sepasang warga emas di Gua Musang. — Foto BernamaFoto fail pada 7 Oktober 2015 menunjukkan tempat kejadian letupan motosikal yang mengorbankan sepasang warga emas di Gua Musang. — Foto BernamaKOTA BHARU, 18 Jan — Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang penoreh getah kerana menyebabkan kematian ibu bapa angkatnya dengan bom, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan mitigasi pihak pendakwaan dan pembelaan terhadap tertuduh, Cha Woon Fui, 29, yang diadakan pada semalam.

Tertuduh yang  sebelum itu didakwa atas tuduhan membunuh kedua-dua mangsa, mengaku salah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian di mahkamah sama pada 9 Jan lepas.

Mengikut pertuduhan, dia  didakwa menyebabkan kematian Cha Mok Liong, 72, dan isterinya, Fong Ah Fong, 72,  di Km 10, Jalan Gua Musang-Pulai, dekat Kampung Pulai, Gua Musang pada 9.10 pagi, 7 Okt 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shaharaliza Ab Razak manakala tertuduh diwakili peguam yang dilantik mahkamah Cheah Poh Loon.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara untuk setiap pertuduhan, namun dalam penghakimannya Ahmad memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 7 Okt 2015.

 ”Pepatah Inggeris menyebut perbuatan tertuduh diibaratkan seperti ‘you bite the hands that feeds you’. Atas sebab tidak puas hati tertuduh sanggup meletakkan bom yang boleh menyebabkan kematian sedangkan tertuduh tahu kesan (atas perbuatannya).

“Jika dilihat kepada gambar, badan mangsa terputus dua. Justeru kesalahan serius yang dilakukan tertuduh mewajarkan hukuman sewajarnya untuk menyekat dan beri keinsafan bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada masyarakat,” katanya. — Bernama



Sumber Bom ibu bapa angkat, penoreh getah dipenjara 20 tahun


Demikianlah Artikel Bom ibu bapa angkat, penoreh getah dipenjara 20 tahun

Sekianlah artikel Bom ibu bapa angkat, penoreh getah dipenjara 20 tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: