Banyak kes tipu, awas ditawar kerja luar negara, kata menteri

Banyak kes tipu, awas ditawar kerja luar negara, kata menteri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Banyak kes tipu, awas ditawar kerja luar negara, kata menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banyak kes tipu, awas ditawar kerja luar negara, kata menteri
link : Banyak kes tipu, awas ditawar kerja luar negara, kata menteri

Baca juga


Banyak kes tipu, awas ditawar kerja luar negara, kata menteri

Datuk Seri Anifah Aman menasihati rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan tawaran kerja di luar negara berikutan banyak kes penipuan berlaku. ― Foto BernamaDatuk Seri Anifah Aman menasihati rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan tawaran kerja di luar negara berikutan banyak kes penipuan berlaku. ― Foto BernamaPAPAR, 20 Jan ― Menteri luar Datuk Seri Anifah Aman menasihatkan rakyat negara ini yang menerima tawaran kerja di luar negara supaya mendapatkan maklumat sahih termasuk syarat untuk bekerja di negara itu menerusi kedutaan negara tersebut  di Malaysia atau Kedutaan Malaysia di negara terbabit.

Beliau berkata perkara itu penting kerana  pihaknya telah dimaklumkan berhubung kegiatan pihak tertentu yang menawarkan peluang pekerjaan sambil melancong  kepada rakyat Malaysia ke beberapa negara tertentu serta dijanjikan dengan gaji yang lumayan.

“Siasatan awal mendapati  kegiatan itu merupakan penipuan… apa yang digambarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu  jauh sekali daripada realiti yang bakal dialami oleh rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara.

“Sekiranya mana-mana individu memasuki sebuah negara tanpa permit atau visa yang sah, termasuk permit pekerja asing, mereka boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa negara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Pei Yin, Mambakut dekat sini, hari ini

Anifah berkata Kedutaan Malaysia juga akan menghadapi kesukaran untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang didapati bekerja di luar negara tanpa permit yang sah.

“Hal ini juga secara tidak langsung boleh mencemarkan imej negara kita. Oleh itu, saya ingin menasihati semua pihak untuk berwaspada dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sebegini.

“Setiap rakyat Malaysia yang ingin mengunjungi mana-mana negara hendaklah mematuhi syarat kemasukan dan undang-undang tempatan yang sewajarnya,” kata.

Pada majlis itu, Anifah turut  menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada  420 murid daripada 14 buah sekolah rendah di sekitar Membakut. ― Bernama  



Sumber Banyak kes tipu, awas ditawar kerja luar negara, kata menteri


Demikianlah Artikel Banyak kes tipu, awas ditawar kerja luar negara, kata menteri

Sekianlah artikel Banyak kes tipu, awas ditawar kerja luar negara, kata menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: