Pengguna mati minum kopi tongkat ali, pengedar tarik balik produk

Pengguna mati minum kopi tongkat ali, pengedar tarik balik produk - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pengguna mati minum kopi tongkat ali, pengedar tarik balik produk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengguna mati minum kopi tongkat ali, pengedar tarik balik produk
link : Pengguna mati minum kopi tongkat ali, pengedar tarik balik produk

Baca juga


Pengguna mati minum kopi tongkat ali, pengedar tarik balik produk

Pengedar kopi segera di Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa produknya mempunyai ekstrak Tongkat Ali secara sukarela menarik balik “kopi herba semula jadi” itu berikutan laporan kematian salah seorang penggunanya.

coffee-fda

Menurut pengumuman di laman web Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat pada 25 Mei, Caverflo.com menarik balik semua Minuman Herba Semula Jadi Caverflo yang dibungkus dalam pek kerajang 25g.

“Analisis makmal FDA mengesahkan kehadiran sildenafil dan tadalafil iaitu bahan aktif dalam 2 ubat preskripsi yang diluluskan FDA untuk merawat mati pucuk,” kata pengumuman itu.

“Caverflo.com menerima laporan kematian individu itu selepas penggunaan kopi tersebut,” katanya sambil menambah, barang dagangan itu juga mengandungi susu yang tidak diiktiraf.

“Bahan tidak diiktiraf itu boleh berinteraksi dengan nitrat yang didapati dalam beberapa ubat-ubatan preskripsi seperti nitroglycerin yang boleh menurunkan tekanan darah ke tahap yang berbahaya,” katanya.

Produk itu yang diedarkan kepada pengguna di AS digunakan untuk meningkatkan tenaga dalaman lelaki,” kata pengumuman itu.

Ia menambah, syarikat itu juga menghantar notis kepada pelanggan melalui e-mel.

“Kopi Herba Asli Caverflo ditarik balik dari pasaran dan semula pihak diminta menghentikan penggunaan, membuang dan merujuk kepada doktor masing-masing,” katanya.

Tinjauan FMT mendapati senarai nombor telefon di produk itu tertera nombor telefon bimbit Malaysia.
Bagaimanapun tiada respons semasa percubaan menghubungi nombor tersebut.

Dalam laporannya semalam, STAT, penerbitan berita atas talian yang berpangkalan di AS itu mengenal pasti pengedar dan pemilik laman web itu adalah pemandu lori dari Dallas, Brian Richardson.

Ia memetik Richardson sebagai berkata, beliau tidak tahu makanan tambahan itu dicemari.

Di laman webnya, beliau mengiklankan produk itu sebagai “minuman sebenar herba yang mengandungi kopi segera dan 3 herba,” termasuk Tongkat Ali, kata laporan itu.

“FDA menjadikan saya seperti pengilang produk ini walaupun saya baru saja membeli 50 pek dari kedai dan berkata saya boleh menjualnya di tempat lain di bandar ini. Dan, kini ia terjadi begini,” beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau juga dilaporkan tidak membungkus semula produk itu dan mengetahui berita kematian lelaki tersebut tetapi tidak percaya kopi itu penyebab kematian.

Laporan STAT berkata, laman web pengedar itu menyebut individu yang mempunyai masalah jantung mesti mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk itu dengan menambah produk ini tidak mempunyai kandungan toksik.

Laman itu juga berkata, produk itu belum dinilai oleh FDA dan “tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit,” tambah laporan itu.

Di laman web itu, Caverflo.com menerangkan produk itu sebagai gabungan kopi segera dengan afrodisia semula jadi.

“Dengan cara ini, orang ramai boleh menikmati minuman kegemaran mereka dan pada masa yang sama menangani masalah seksual mereka,” katanya.

Ia berkata, 3 kandungan herba – Tongkat Ali, Maca dan Guarana – tumbuh liar di hutan di Malaysia dan digunakan selama berabad-abad oleh penduduk Asia dan AS untuk meningkatkan kesihatan seksual, nafsu dan kesihatan menyeluruh terhadap lelaki dan wanita.

“Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan kesan hebat yang boleh bertahan sehingga 3 hingga 4 hari bagi setiap 1 pek dengan keputusan yang luar biasa,” katanya.

“Hanya masukkan beberapa sudu teh ke dalam secawan air panas cukup untuk merasa kesan sepenuhnya, untuk yang lain hanya masukkan separuh pakej, anda dapat melihat keputusannya dalam masa 15 minit,” tambahnya.

 

Sumber: FMT



Sumber Pengguna mati minum kopi tongkat ali, pengedar tarik balik produk


Demikianlah Artikel Pengguna mati minum kopi tongkat ali, pengedar tarik balik produk

Sekianlah artikel Pengguna mati minum kopi tongkat ali, pengedar tarik balik produk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: