Mufti minta maaf kerana tak pakai helmet, KP JPJ kata tak salah pun

Mufti minta maaf kerana tak pakai helmet, KP JPJ kata tak salah pun - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mufti minta maaf kerana tak pakai helmet, KP JPJ kata tak salah pun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti minta maaf kerana tak pakai helmet, KP JPJ kata tak salah pun
link : Mufti minta maaf kerana tak pakai helmet, KP JPJ kata tak salah pun

Baca juga


Mufti minta maaf kerana tak pakai helmet, KP JPJ kata tak salah pun

“Tidak timbul isu minta maaf sebab dia tak salah pun,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan maaf Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di atas tindakannya membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar pada Jumaat.

Baca artikel sebelum: Gambar: Mufti Wilayah Persekutuan mohon maaf kerana bonceng motosikal tak pakai topi keledar

Nadzri ketika dihubungi mStar Online berkata, mengikut undang-undang jalan raya, seseorang itu dikecualikan memakai topi keledar atas faktor agama.

“Selagi ia dibenarkan maka bukan menjadi isu. Tiada masalah bagi mereka (memakai serban) untuk tidak memakai topi keledar, sekiranya ada kaitan dengan kepercayaan dan keagamaan.

“Kalau nak pakai topi keledar dan nak buka (serban), terpulang kepada kesedaran masing-masing sekiranya merasakan pemakaian topi keledar itu lebih selamat,” katanya.

Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 di mana kelonggaran diberikan kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh.

Terdahulu, Zulkifli menerusi kenyataan di Facebooknya menjelaskan, insiden itu berlaku kerana beliau terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Jumaat petang.

“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi.

“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” katanya yang mengenakan serban di kepalanya.

Zulkifli turut memuat naik gambar dari arah belakang yang menunjukkan beliau membonceng motosikal, dipercayai dirakamkan oleh orang awam.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan tidak memakai topi keledar.

Dalam pada itu, Nadzri mengagumi Mufti Wilayah Persekutuan di atas kesedarannya yang prihatin tentang keselamatan sebagai pengguna jalan raya, dan seharusnya wajar dicontohi orang ramai.

“Baguslah di atas kesedarannya,” kata Nazdri, bagamanapun menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan serban semata-mata tidak mahu memakai topi keledar.
Sumber: MStar



Sumber Mufti minta maaf kerana tak pakai helmet, KP JPJ kata tak salah pun


Demikianlah Artikel Mufti minta maaf kerana tak pakai helmet, KP JPJ kata tak salah pun

Sekianlah artikel Mufti minta maaf kerana tak pakai helmet, KP JPJ kata tak salah pun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: