Gadis hilang selepas ambil adik di sekolah: ‘ALLAH lindungi Aina’

Gadis hilang selepas ambil adik di sekolah: ‘ALLAH lindungi Aina’ - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Gadis hilang selepas ambil adik di sekolah: ‘ALLAH lindungi Aina’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gadis hilang selepas ambil adik di sekolah: ‘ALLAH lindungi Aina’
link : Gadis hilang selepas ambil adik di sekolah: ‘ALLAH lindungi Aina’

Baca juga


Gadis hilang selepas ambil adik di sekolah: ‘ALLAH lindungi Aina’

“Semoga ALLAH lindungi dia”, kata Misriah Mohd Sani, 44, ibu kepada Aina Sakinah Mohd Noor Azmi, 19, yang dilaporkan hilang semalam selepas keluar rumah untuk mengambil adik dan sepupunya di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, di sini.

'ALLAH lindungi Aina': Misriah

Misriah yang juga seorang guru ketika dihubungi petang tadi berkata, dia sekeluarga buntu memikirkan keadaan Aina dan berharap anaknya itu selamat.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku semalam, Misriah berkata, anak perempuannya itu tidak bekerja dan memang berada di rumah bersama neneknya, Siti Aminah Harun, 68, serta seorang lagi ibu saudaranya.

Katanya, sebelum kejadian dia tiada di rumah dan meminta Aina menjemput adiknya, Maryam Adawiyah, 7 dan seorang lagi sepupu berusia tujuh tahun di sekolah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah.

“Biasanya, orang lain yang ambil budak-budak tu tapi semalam orang tu ada urusan lain, jadi akak minta Aina yang jemput mereka.

“Dia pun tiada bantahan dan setuju untuk ambil adik dan sepupunya,” katanya.

Misriah berkata, dia memang terkejut selepas dimaklumkan ahli keluarga, Aina tidak pulang selepas keluar rumah tengah hari semalam.

“Kami sekeluarga dah cari di sekitar sekolah dan kawasan berdekatan tapi tak jumpa. Aina pula tak bawa telefon bimbit jadi kami tak dapat hubunginya.

“Akak memang risau sebab Aina anak yang baik dan bukan jenis yang suka bersosial… selalunya kalau nak keluar memang dia akan minta izin dulu dan maklumkan apa yang dia nak buat. Bila berlaku macam ni, tak tahulah kenapa?,” katanya.

Katanya, dia dan suami, Noor Azmi Ismungin, 45, sudah membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15, di sini berhubung kehilangan Aina.

“Kami harap sangat ada yang tahu Aina di mana…sebab dah tanya kawan-kawan tapi semua tak tahu dan tak dapat bantu.

“Kalau ada yang dapat maklumat, minta hubungi kami di talian, 019-3132791 (Misriah) atau 0132069171 (Noor Azmi),” katanya.

Misriah berkata, sebelum hilang Aina memakai baju muslimah berwarna oren dan bertudung merah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Gadis hilang selepas ambil adik di sekolah: ‘ALLAH lindungi Aina’


Demikianlah Artikel Gadis hilang selepas ambil adik di sekolah: ‘ALLAH lindungi Aina’

Sekianlah artikel Gadis hilang selepas ambil adik di sekolah: ‘ALLAH lindungi Aina’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: