Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM

Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM
link : Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM

Baca juga


Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan semua peniaga dalam talian yang menjalankan perniagaan melalui pasaran dalam Internet atau menerusi syarikat e-dagang seperti Lazada, berdaftar dengan SSM dalam tempoh enam bulan akan datang.

Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM

Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata langkah berkenaan, yang turut menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, bertujuan melindungi pengguna daripada ditipu selain memberi jaminan kepada pembeli.

“Langkah ini dimulakan dengan peniaga dalam talian yang menjual produk atau barangan menerusi platform Lazada dan akan diperluaskan bagi pasaran dalam Internet antaranya Fashion Valet dan sebagainya.

“Usaha ini akan kita lakukan menerusi memorandum persefahaman dengan syarikat e-dagang yang ada di negara ini secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan zakat korporat SSM di sini, malam tadi.

 

Turut hadir anggota Parlimen Tangga Batu, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah serta Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh merangkap Pengerusi SSM.

Mengulas lanjut, Zahrah berkata SSM akan memberi tempoh selama 30 hari kepada peniaga untuk mendaftar dengan suruhanjaya itu.

Beliau berkata, syarikat e-dagang turut dikehendaki memantau pendaftaran peniaga yang bernaung di bawah perniagaan mereka, dan peniaga yang gagal berbuat demikian akan digugurkan daripada menyertai platform dalam talian tersebut.

“Peniaga yang tidak mendaftar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda RM50,000 atau kedua-dua sekali,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, SSM menyampaikan sumbangan zakat korporat SSM berjumlah RM70,000 kepada 250 golongan asnaf serta sumbangan kepada 12 masjid di kawasan Parlimen Tangga Batu. – BERNAMA

Sumber: Mynewshub



Sumber Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM


Demikianlah Artikel Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM

Sekianlah artikel Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, semua peniaga online wajib berdaftar dengan SSM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: