Video rakaman detik-detik cemas ketika Adib cedera parah di tapak rusuhan

Video rakaman detik-detik cemas ketika Adib cedera parah di tapak rusuhan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Video rakaman detik-detik cemas ketika Adib cedera parah di tapak rusuhan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video rakaman detik-detik cemas ketika Adib cedera parah di tapak rusuhan
link : Video rakaman detik-detik cemas ketika Adib cedera parah di tapak rusuhan

Baca juga


Video rakaman detik-detik cemas ketika Adib cedera parah di tapak rusuhan



Video detik-detik cemas dipercayai membabitkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada awal Selasa kini beredar di laman sosial.

Menerusi video itu, sekumpulan lelaki dilihat cuba membantu Muhammad Adib dengan mencari sebuah kenderaan untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Detik cemas itu dirakam menggunakan telefon pintar dan video dua minit lebih yang menunjukkan sekumpulan individu untuk membantu anggota bomba terbabit di tengah-tengah rusuhan.

"Lihat, ini bomba," kata sebahagian mereka yang meminta supaya laluan diberikan bagi membawa keluar anggota bomba terbabit.

Ketika usaha membawa keluar anggota bomba berkenaan, orang ramai cuba menenangkan Muhammad Adib, memberitahunya:

"Abang bertenang, bertenang, kamu OK, kamu OK,” katanya.

"Bomba Melayu, kami bantu, itu saja," kata salah seorang dalam video berkenaan.

"Anda semua kata kami jahat, tetapi kami bantu dia. Polis yang ada di sini, apa mereka buat?" soalnya lagi.

Muhammad Adib, 24, cedera parah ketika bertugas ketika rusuhan berhampiran kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi Selasa.

Beliau kemudiannya dibawa ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang ditempatkan di balai Subang Jaya itu kemudiannya dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapat rawatan lanjut.

Menerusi video itu, sekumpulan lelaki meletakkan Muhammad Adib di belakang trak pikap dan meminta pemandu kenderaan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Insiden itu berlaku pada hari kedua rusuhan berkenaan ekoran pertikaian berhubung tanah kuil berkenaan dengan syarikat pemaju.

Kuil Sri Maha Mariamman sepatutnya dipindahkan pada 22 November, selepas tanah itu dibeli oleh pemaju One City Development Bhd.


Setelah dibawa ke mahkamah, penghakiman persetujuan dicapai pada 2014 dengan One City dan dua pihak yang mahu menguruskan kuil itu setuju ia dipindahkan ke sebidang tanah yang terletak kira-kira 3km dari tapak asal.

Susulan persetujuan itu, One City menderma RM1.5 juta kepada pihak kuil.

Bagaimanapun, terdapat penganut Hindu yang menentang rancangan pemindahan itu.

Sehingga kini, polis telah menangkap 21 individu berhubung kejadian itu selain memburu mereka yang bertanggungjawab menyerang anggota bomba berkenaan.

Sumber : Malaysiakini

Sumber Video rakaman detik-detik cemas ketika Adib cedera parah di tapak rusuhan


Demikianlah Artikel Video rakaman detik-detik cemas ketika Adib cedera parah di tapak rusuhan

Sekianlah artikel Video rakaman detik-detik cemas ketika Adib cedera parah di tapak rusuhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: