Menjawab Peta “Malaiyur Dan Kadaram” Yang Disebarkan Geng Chola

Menjawab Peta “Malaiyur Dan Kadaram” Yang Disebarkan Geng Chola - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Menjawab Peta “Malaiyur Dan Kadaram” Yang Disebarkan Geng Chola, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menjawab Peta “Malaiyur Dan Kadaram” Yang Disebarkan Geng Chola
link : Menjawab Peta “Malaiyur Dan Kadaram” Yang Disebarkan Geng Chola

Baca juga


Menjawab Peta “Malaiyur Dan Kadaram” Yang Disebarkan Geng Chola

Kadaram tu adalah nama panggilan yang digunakan oleh orang Tamil untuk Kedah. Adapun, ada pelbagai nama yang digunakan pelbagai bangsa lain merujuk kepada Kedah seperti nama seperti di bawah:

Pedagang Arab : Qilah,Kalah,Kalahbar,Qalha,Qilai
Pedagang Cina : Cheh-Cha,Chieh-cheh,Kie Taa
Orang Khmer : Keto
Orang Siam : Sai, Saiburi

Oleh kerana terdapat perbezaan panggilan yang digunakan merujuk kepada Kedah Tua dalam pelbagai peta, tidak menjamin bahawa kependudukan asal sebuah bangsa di situ. Biasalah, dalam peta yang menceritakan mengenai kempen Rajendra Chola, tidak hairan kalau nama dalam Bahasa Tamil digunakan merujuk kepada beberapa wilayah yang diserang oleh Rajendra Chola di Alam Melayu pada ketika itu.

Dalam peta yang digunakan oleh orang Melayu, Jepun digunakan merujuk kepada Jepun, namun panggilan ini tidak wujud pada diri orang Jepun kerana mereka memanggil diri mereka dengan nama lain – Nihon atau Nipon. Apakah ini membuktikan bahawa orang Melayu penduduk asal di sana? Nama yang wujud dalam pelbagai bangsa merujuk kepada sebuah bangsa atau kerajaan adalah norma biasa dalam sejarah.

Adapun, yang dirujuk kepada ejaan Malaiur dalam gambar itu mungkin merujuk kepada lokasi sebuah kerajaan Melayu purba iaitu kerajaan Malayu. Seperti mana Kedah Tua, pelbagai bangsa juga mempunyai nama mereka tersendiri untuk kerajaan Melayu ini seperti Mo-Lo-Yu yang digunakan oleh I-Ching dalam catatan mereka.

Kerajaan di Sumatera ini juga dikenali dengan nama Dharmasraya seperti mana yang dirujuk dalam Prasasti Padang Roco yang memanggilnya sebagai Bumi Malayu selepas berjaya menakluk dan menundukkan Dharmasraya.

Sebenarnya, bukan kawasan di Sumatera itu sahaja pernah mendapat jolokan Melayu. Ma-li-yu-er pernah digunakan oleh Dinasti Yuan merujuk kepada sebuah kerajaan Melayu yang berperang dengan Sukothai atau ketika Marco Polo merujuk dalam catatannya mengenai sebuah kerajaan di Semenanjung yang dipanggilnya sebagai Malauir . Selain itu, Tomé Pires yang tinggal di Melaka sejak tahun 1512 hingga tahun 1515 merujuknya sebagai Terra de Tana Malaio.

Selain itu, Mpu Prapanca, seorang pemuisi Jawa di kraton Majapahit melalui karyanya bertajuk Desawarnama (1365) telah menyenaraikan daerah-daerah yang dikenal pasti sebagai tanah orang Melayu iaitu Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng, Tumiang, Perlak, Samudra, Lamuri, Barus di Sumatera dan Langkasuka, Kedah, Kelantan serta Pahang di Semenanjung Tanah Melayu.

Panggilan yang mereka gunakan ke atas Melayu tidak pernah menjadikan orang Cina, Portugis, orang Monggol (Yuan) atau orang Itali sebagai pribumi di Semenanjung! Menggunakan logik akal yang sama, peta nama Kedah disebut sebagai Queda dalam Bahasa Sepanyol ini, apakah kita mahu mengatakan bahawa orang Sepanyol merupakan penduduk asal dan pribumi Tanah Melayu?

-HE-



Demikianlah Artikel Menjawab Peta “Malaiyur Dan Kadaram” Yang Disebarkan Geng Chola

Sekianlah artikel Menjawab Peta “Malaiyur Dan Kadaram” Yang Disebarkan Geng Chola kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: