Fantastic Beasts II: Membedah Falsafah Grindelwald

Fantastic Beasts II: Membedah Falsafah Grindelwald - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Fantastic Beasts II: Membedah Falsafah Grindelwald, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fantastic Beasts II: Membedah Falsafah Grindelwald
link : Fantastic Beasts II: Membedah Falsafah Grindelwald

Baca juga


Fantastic Beasts II: Membedah Falsafah Grindelwald

Fantastic Beasts: The Crimes Of Grindelwald baru sahaja keluar minggu lepas. Seperti Batman vs Superman: Dawn of Justice, filem ini sekali lagi mencetuskan perbalahan pendapat antara pengkritik filem dengan penonton. Pengkritik filem kata tak best, penonton ramai suka. Kepada sesiapa yang sudah atau belum tengok, boleh baca dahulu falsafah tentang Gellert Grindlewald, watak antagonis utama lakonan Johnny Depp. Penulis macam biasa tekankan filem merupakan penceritaan yang datang daripada konteks dunia sebenar. Jadi jangan risau tidak ada spoiler.

Dalam mengkaji falsafah Grindlewald dan penolakannya terhadap masyarakat ‘mudblood’, buku klasik Benedict Anderson (1983),  Imagined Communities; Reflections of the Origins & the spread of Nationalism.  adalah buku yang sesuai sebagai permulaan.

Buku ini menyentuh tentang semangat nasionalisme, tetapi intipatinya boleh kita gunakan dalam perjuangan ‘wizardism’ Grindlewald ini. Menurut Benedict, definisi nasionalisme adalah komuniti politik bayangan (imagined communitites), dan ia dibayangkan dalam dua kerangka ; terhad dan berdaulat. Walaupun wizardism bukan nasionalisme, kita boleh mengadopsi konsep nasionalisme ini dengan konsep pembentukan komuniti wizard Grindlewald.

Falsafah seperti penerimaaan semua golongan secara sama rata (mudblood & pureblood) adalah elemen penting dalam membantah komuniti bayangan kerana komuniti bayangan mempunyai dua unsur, yaitu terhad dan berdaulat. Sesebuah masyarakat, tidak kira berapa jumlah penduduknya, masih terhad kepada pelbagai ‘sempadan’, sama ada agama, warna, budaya atau sebaliknya. Tetapi berbeza dengan ‘komuniti bayangan’ umat Islam (semua penduduk dunia ini memeluk Islam), bayangan Grindlewald masih memerlukan komuniti mudblood, cuma sebagai ‘pemikul beban’. Jadi, Gindlewald dan konco-konconya menerima konsep ‘terhad’ impian beliau kerana jika perpecahan idea pasti akan belaku tidak kira dalam apa bentuk sekalipun.

Konsep kedua ialah kedaulatan (sovereignty). Komuniti bayangan adalah konsep berdaulat kerana konsep itu sendiri timbul dari zaman di mana elemen Pencerahan dan Revolusi telah menghancurkan legitimasi kerajaan berdinasti, i.e. hierarki/ mandat memerintah datang daripada Tuhan. Kuasa yang dahulunya berasal dari mandat tuhan mengubah gagasan bahawa kuasa kini datang dari rakyat dengan penciptaan konsep kebebasan bersuara, hak yang sama, dan hak asasi manusia. Maka konsep ini menjadi perlindungan kepada kedua-dua mudblood dan pureblood yang sebelum ini telah berperang. Kekalahan pureblood telah memaksa komuniti pureblood dan wizard menyembunyikan diri daripada masyarakat. Boleh kita theorized bahawa mungkin berlaku revolusi daripada mudblood atau manusia biasa sebelum ini yang menyebabkan komuniti wizard terpaksa menyembunyikan diri.

Ia juga menjelaskan mengapa Gindlewald menentang liberalisme, antaranya adalah penerimaan kuat bahawa ilmu sihir hanya boleh dipelajari oleh pureblood. Hal ini bertentangan dengan konsep liberal yang menegaskan persamaan kaum dan keperluan untuk penalaran kognitif dalam menafsirkan kitab suci, sebagaimana orang Kristian lakukan dengan mengubah bahasa asal Injil dari Yunani ke Romawi. Kebanyakan, jika tidak semua komuniti klasik seperti China dan Islam menganggapnya sebagai kosmik, dan dibawa oleh dinamisme melalui peralihan bahasa yang berkaitan dengan perintah kuasa tertinggi. Jadi kehadiran liberalisme yang tidak mempunyai bahasa ‘tuhan’ ini agak canggung dalam tamadun klasik seperti komuniti wizard.

RAMALAN SELEPAS PERANG

Seperti yang dijelaskan sebentar tadi, pernah berlaku peperangan antara komuniti manusia biasa dan wizard. Jadi kita akan ambil peristiwa ini dengan mengaitkan peristiwa sebenar ataupun sejarah. Sebelum abad ke-21, yakni selepas Perang Dingin lebih tepat, terdapat dua ramalan daripada dua sarjana terulung hubungan antarabangsa tentang apa yang mungkin akan berlaku, iaitu Francis Fukuyama (The End of History) dan Samuel Huntington (Clash of Civilization). Francis Fukuyama meramalkan ‘pengakhiran sejarah’ dalam bukunya selepas kejatuhan Kesatuan Soviet semasa Perang Dingin.

Sejak itu, sesetengah cendekiawan berpendapat bahawa demokrasi liberal barat akan mendorong dasar dan diplomasi yang secara jelas mengiktiraf dan melindungi komuniti lain, seperti Tamadun Timur dan Islam. Samuel Huntington pula berpendapat bahawa perang masa depan akan bertempur bukan antara negara, tetapi antara budaya, dan ekstremisme Islam akan menjadi ancaman terbesar bagi perdamaian dunia. Dalam buku ini juga perdebatan antara faktor-faktor utama Islam melawan pemikiran Barat termasuk Liberalisme kerana faktor sekularisme, iaitu pemisahan negeri dan agama. Tetapi di sini kita dapat melihat bahawa ancaman yang timbul dari Islam ke arah Barat adalah lebih daripada nilai-nilai tamadun dan kenegaraan.

Berbalik pada tajuk kita, dua ramalan ini antara merupakan dorongan dan kebimbangan yang membelenggu Grindlewald. Dalam kerisauan beliau jika terjadinya ramalan Francis Fukuyama terhadap komuniti pureblood dan wizard, beserta dengan dorongan bahawa ramalan Samuel Huntington akan membawa kejayaan kepada impiannya, maka ini memberi motivasi kepada Gindlewald untuk melaksanakan ramalan tersebut.

Jika kita perhatikan selepas peristiwa 9/11, penerimaan semua komuniti nampaknya tidak disentuh. Kejatuhan Pusat Dagangan Dunia atas sebab Pengganas Islam melukiskan gambaran yang menyeramkan kepada komuniti Islam, terutama umat Islam yang hidup dalam masyarakat Barat. Peralihan dari harmoni multi-budaya kepada Xenophobia dan Islamophia boleh dikatakan lebih kuat di masyarakat Barat berbanding dengan masyarakat Islam. Manusia akan takut kepada perkara yang mereka tidak faham. Sama seperti Islam menjadi ‘kambing hitam’ dalam memberi ketenangan kepada komuniti Barat tentang siapa yang bersalah dalam soal 9/11, komuniti wizard akan dipersalahkan jika terjadinya sesuatu yang merosakkan dunia kerana bagi mereka sihir merosakkan alam sekitar dan dunia.

Di samping itu, konsep ‘negara’ yang dicipta oleh Barat sangat berbeza dengan konsep yang digunakan oleh komuniti wizard. Bagaimana nak kongkong atau bending komuniti ini dengan sempadan negara, sedangkan mereka boleh terbang, boleh travel pakai baldi dan naik tren pun pakai invisible platform?

Tidak hanya itu, konsep wizard pastinya melebihi sempadan negara, agama dan kebudayaan yang digunakan untuk kebudayaan Barat. Dualisme (wizard / non-wizard) dalam pemikiran yang membentuk sistem antarabangsa ini tidak boleh digunakan dalam pemikiran Barat, kerana Konstruktivisme Barat dalam hubungan antarabangsa masih menegaskan negara terbahagi kepada pelbagai agama, kaum dan bahasa.

Dalam isu ancaman, pada tahun 1990 misalnya, US telah mengisytiharkan beberapa negara sebagai negara pengganas, dan 5 daripadanya adalah negara Islam. Walaupun terdapat juga negara bukan Islam seperti Korea Utara dan Cuba, pada masa ini US sibuk berperang melawan negara Islam berikutan peristiwa Revolusi Iran 1979.

Pada masa yang sama, US telah menjalin hubungan baik dengan negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi, yang majoritinya adalah orang Islam. Jadi di sini US mengambil pendekatan liberal untuk memerangi keganasan. Jadi, tidak mustahil untuk melihat bahawa negara-negara wizard (komuniti bayangan Grindlewald) mempunyai pendekatan liberal untuk mengerahkan diplomasi dan dasar luar. Jadi di sini terdapat dua situasi: –

a) Wizard adalah ancaman kepada kelangsungan negara (bukan masyarakat), terutama negara-negara Barat

b) Mudblood adalah alat statecraft yang digunakan oleh kerajaan atau pihak lain untuk mengejar agenda mengurangkan ancaman

REFERENCES

Anderson, B. 1983. Imagined Communities; Reflections of the Origins & the spread of Nationalism. Verso.

De Bellaigue, C. 2018. The Islamic Enlightenment; the Struggle between Faith & Reason, 1798 to Modern Times. Liveright Publishing Corporation.

Fukuyama, F. 2018. Identity; the Demand for Dignity & the Politics of Resentment. Farrar, Straus & Giroux New York.

Huntington, Samuel P. 1996. The Clash of Civilization and The Remaking of World Order. Simon & Schuster UK Ltd.

Olesen, T. 2015. How Symbols Matter ; The Grievance Community of Political Islam. ECPR General Conference, Montreal.



Demikianlah Artikel Fantastic Beasts II: Membedah Falsafah Grindelwald

Sekianlah artikel Fantastic Beasts II: Membedah Falsafah Grindelwald kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: