Sultan Suleiman II: Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci

Sultan Suleiman II: Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sultan Suleiman II: Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Suleiman II: Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci
link : Sultan Suleiman II: Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci

Baca juga


Sultan Suleiman II: Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci

Sultan Suleiman II merupakan Sultan Turki Uthmaniyyah yang keduapuluh memerintah dari tahun 1687 sehingga 1691. Selepas Sultan Mehmed IV digulingkan pada tahun 1687, beliau telah ditabal sebagai Sultan bagi menggantikan Sultan Mehmed IV yang kurang efektif dalam urusan pemerintahan. Selepas ditabal sebagai Sultan Turki Uthmaniyyah yang baharu, beliau telah memecat beberapa wazir dan pegawai elit kerajaan yang korup dan membawa beberapa perubahan dalam dasar pemerintahan negara bagi memastikan keadaan politik dan ekonomi terus stabil. Beliau juga sanggup mengorbankan harta peribadi bagi memastikan gaji tentera Janissaries terus dibayar.

Sultan Suleiman II telah berjanji untuk menebus kekalahan yang sering dialami oleh pasukan Janissaries. Sebelum ini, pasukan Janissaries sering dikalahkan dalam menghadapi serangan tentera Liga Suci disebabkan disiplin tentera yang begitu teruk sekali. Kekalahan tentera Janissaries semasa pertempuran di Nagyharsány menyebabkan Hungary telah berjaya melepaskan diri daripada jajahan Empayar Turki Uthmaniyyah. Pada tahun 1688, Sultan Suleiman II telah melantik Yeğen Osman Pasha sebagai komander tentera Janissaries di Hungary bagi menghadapi pasukan tentera Liga Suci (Gabungan Austria Habsbrug, Vatikan, Poland, Republic Venice dan Rusia). Namun begitu, Yeğen Osman Pasha telah gagal menghalang kemaraan pasukan tentera Liga Suci sehingga menyebabkan kota Belgrade telah jatuh ke tangan musuh pada tahun 1688.

Kekalahan tentera Janissaries di Belgrade menyebabkan kekuasaan Empayar Turki Uthmaniyyah di Balkan bakal diancam dengan serangan tentera Liga Suci. Oleh itu, Sultan Suleiman II telah melantik Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha yang merupakan cucu kepada Köprülü Mehmed Pasha dimana beliau turut mewarisi kebijaksanaan datuk dan ayah beliau sendiri. Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah melaksanakan beberapa dasar bagi memastikan institusi ketenteraan Janissaries dapat kembali kepada zaman kegemilangan. Beliau juga melaksanakan semula cukai yang dikenakan keatas orang bukan Islam dengan mewajibkan anak lelaki sulung mereka untuk berkhidmat kepada Janissaries.

Pada tahun 1690, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah melancarkan kembali kempen penaklukan bagi menebuskan kekalahan yang memalukan. Selain itu, kemaraan pasukan tentera Liga Suci telah menyebabkan kubu Kanije jatuh ke tangan Austria pada bulan April 1690.  Penaklukan keatas kubu Kanije telah menyebabkan beberapa buah keluarga kaum Muslimin terpaksa berhijrah ke tempat yang lebih selamat kerana bimbang dengan ancaman tentera Austria. Selain itu, beberapa penduduk bukan Islam di rantau Balkan telah membelot untuk menyokong kemaraan tentera Liga Suci yang diketuai oleh Austria. Hal ini menimbulkan keresahan kepada Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah melantik Mahmud Pasha yang merupakan Gabenor Morea dan beberapa askar Crimea turut membantu pasukan tentera Janissaries untuk melawan pasukan tentera Liga Suci di Skopje. Usaha ini telah menimbulkan hasil apabila Mahmud Pasha dan beberapa askar Crimea berjaya menghalau pasukan tentera Liga Suci   di Skopje dan menawan kembali kubu Kumanova dan Kaçanik.

Pada bulan September 1690, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah berjaya menakluki Nis dan beberapa kota yang berhampiran dengan Sungai Danube seperti Vidin, Smederevo, dan Golubac. Pada bulan Oktober 1690, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah sampai ke Belgrade dengan bala tentera 40,000 dan tentera berkuda seramai 20,000. Pada 8 Oktober 1690, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha berjaya menewaskan pasukan tentera Liga Suci di Belgrade dengan terbunuhnya komander Austria Belgrade. Kemenangan Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha di Belgrade telah membanggakan Sultan Suleiman II yang terpaksa tinggal di Istanbul akibat faktor kesihatan. Selain itu, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah membuktikan bahawa kemenangan tersebut juga adalah berkat kebijaksanaan dan kewibawaan sebagai pemimpin.

Waqaf Saham

Pada tahun 1691, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah merancang untuk menyerang Slankamen untuk berhadapan dengan tentera Liga Suci kembali. Namun begitu, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah dikelilingi askar musuh semasa pertempuran tersebut sehingga beliau tercedera parah dibahagian kepala dan akhirnya beliau telah meninggal dunia semasa pertempuran itu berlaku. Ini telah menimbulkan suasana yang panik kepada pasukan tentera Janissaries sehingga berundur. Empayar Turki Uthmaniyyah sekali lagi kehilangan Wazir Besar yang bijaksana. Tidak lama kemudian, Sultan Suleiman II telah wafat pada 22 Jun 1691 di Erdine dan meninggalkan tanpa sebarang waris. Takhta Sultan Turki Uthmaniyyah telah diwarisi kepada saudara beliau, Sultan Ahmed III.

Rujukan:

Hamka, Sejarah Umat Islam Edisi 2016. PTS Publishing

Masters, B. A. (2010). Encyclopedia of the ottoman empire. Infobase Publishing.

Jaques, T. (2007). Dictionary of Battles and Sieges: PZ (Vol. 3). Greenwood Publishing Group.

Yılmaz, F. (2000). The Life of Köprülüzade Fazıl Mustafa Pasha and his Reforms (1637-1691). Osmanlı Araştırmaları, 20(20).



Demikianlah Artikel Sultan Suleiman II: Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci

Sekianlah artikel Sultan Suleiman II: Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: