Pokedex Patriots: Bulbasor Si Pokemon Setia

Pokedex Patriots: Bulbasor Si Pokemon Setia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pokedex Patriots: Bulbasor Si Pokemon Setia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pokedex Patriots: Bulbasor Si Pokemon Setia
link : Pokedex Patriots: Bulbasor Si Pokemon Setia

Baca juga


Pokedex Patriots: Bulbasor Si Pokemon Setia

Siapa minat Pokemon? Mungkin masa zaman kanak-kanak dahulu kita layan cerita, game dan permainan kad Pokemon ini. Malah dengan munculnya Pokemon Go di Android dan iOS, memori menangkap Pokemon dan melatihnya muncu semula. Saya mula bermain Pokemon ketika usia saya 12 tahun dan sehingga kini, saya masih bermain Pokemon buka  kerana saya pemikiran budak-budak, kerana saya amat meminati perwatakan dan keunikan setiap watak dalam Pokemon ini.

Jadi disebabkan minat, saya banyak mengkaji tentang Pokemon dan sejarah pembentukan setiap watak Pokemon ini. Jadi pada bab yang pertama ini, saya akan senaraikan Generasi Pertama Pokemon untuk tatapan umum. Bab ini akan menceritakan watak Bulbasaur, Pokemon yang pertama dalam semua Pokemon dan Generasi Pertama Pokemon. Bulbasaur!!

Bulbasaur ialah Pokemon jenis Grass dan ia kelihatan seperti haiwan Amfibia mempunyai bulb atau biji benih di atas badannya. Bulbasaur direka oleh seorang pelukis Jepun yang bernama Ken Sugimori yang juga kawan baik kepada pengasas Pokemon, Satoshi Tajiri. Nama Bulbasuar diambil dari dua perkataan bahasa Inggeris iaitu Bulb dan Dinosaur dan jika diterjemahkan ia bermaksud Dinosur yang mempunyai biji benih namun dalam bahasa Jepun namanya Fushigidane yang bermaksud “Biji ajaib”.

Bulbasaur kali pertama diperkenalkan dalam game Pokemon di Gameboy Color Pokemon Red and Blue pada tahun 1996. Dari segi bentuk fizikal, ia adalah jenis amfibia yang mempunyai empat kaki, warna hijau tua dan tompok-tompok hijau muda di badannya, mempunyai dua gigi di bahagian rahang atas di bahagian hujung bibir dan mempunyai biji benih yang besar yang menguncup.

Biji benihnya dikatakan mempunyai fungsi tersendiri, bukan sahaja untuk memakan makan makanan rumput dan serangga tetapi juga boleh menyerap dan  menyimpan cahaya matahari di bijinya. Bulbasaur berkebolehan untuk tidak makan selama berberapa hari kerana menggunakan tenaga cahaya matahri yang disimpannya. Oleh sebab itu, mungkin sebab ini jugalah Bulbasur suka duduk dibawah cahaya matahari untuk menyerap tenaga matahari selama berberapa jam.

Bulbasayr mempunyai dua senjata iaitu biji benihnya yang boleh mengeluarkan cahaya dan juga boleh mengeluarkan cambuk di bahagian bawah biji benih itu. Bulbasaur juga boleh melakukan serangan lain seperti tackle, menyembur racun dan juga mengeluarkan biji yang boleh menarik kuasa musuh sehingga musuh menjadi lemah. Bulbasaur dikategorikan sebagai ” Grass Type Pokemon” dan kelemahan ia ialah api dan ais.

Bulbasaur juga adalah salah satu dari tiga pilihan Pokemon terawal dalam majoriti game Pokemon. Bulbasaur mempunyai dua tingkat evolusi iaitu Ivysaur dan Venesaur. Jika anda bermain game Pokemon, Bulbasaur adalah Pokemon evolusi paling cepat antara tiga Pokemon terawal yang lain di mana telah evolve (bertukar) kepada Ivysaur pada level 16 dan menjadi Venesaur pada level 32.

Dari segi perwatakannya, Bulbasaur adalah sejenis Pokemon yang setia dengan master atau Trainer nya. Pada ada awalnya dimiliki oleh seorang wanita yang bernama Melanie yang menjaga Pokemon yang tiada tuan, lalu diberikan kepada Ash, watak utama dalam Siri Animasi Pokemon dan menjadi salah seorang Pokemon yang setia dengan Ash.

Waqaf Saham

Namun ketika dalam pengembaraan Ash ke Hoenn (salah satu benua lain dalam siri Pokemon), pokomen ini telah ditangkap oleh May, salah seorang trainer sebelum lantas menukar kesetiaannnya ke May dengan mempertahankan May dengan apa jua cara. Ketika May meninggalkan Ash dan sahabat-sahabatnya, dia mengambil keputusan ikut pulang bersama May. Berberapa siri kemudian, Ash berjumpa semula dengan May dan melihat pokomen ini sudah berubah menjadi Venesaur, evolusi tertinggi dinosaur ini.

Apabila saya lihat perwatakan Bulbasaur, saya lihat bertapa kuatnya semangat setiakawan dan setia kepada tuannya malah mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan tuannya. Bagi saya, perwatakan Bulbasaur ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita tentang kehidupan kita untuk menjadi setia kepada orang tersayang khususnya ibu bapa kita, yang menjaga kita sejak kecil, sungguhpun kita ada masalah dengan mereka, mereka masih salah seorang darah dagung kita yang sanggup menjaga dan menahan karenah kita sejak kita kecil lagi.

Malah saya juga lihat kesetiaannya kepada May setelah menangkapnya menunjukkan Bulbasaur akan ikut kesetiaan kepada sesiapa yang Bulbasaur percaya dan menjaganya. Ketika Bulbasur meninggalkan Ash, dia menjadi sedih namun kerana prinsipnya, dia tetap meninggalkan Ash yang menjaganya dari awal musim kartun animasi ini. Bulbasaur di dinobatkan sebagai Pokemon kesukaan ramai yang ke-52 mengikut IGN, sebuah syarikat majalah game dan pernah disenaraikan salah satu dari 11 pilihan maskot untuk FIFA 2014.

Bulbasur juga dikatakan sebagai simbol “kesetiaan” yang menjadi pengajaran kepada peminat dan kanak-kanak. Bulbasaur juga adalah salah satu dari 4 Pokemon permulaan dalam Pokemon Go, game Pokemon yang menggunakan kawasan sebenar untuk menangkap, melatih dan mengumpul badge (lencana) sama seperti game Pokemon yang lain di Game Boy.

#SelimThe3rd

Sumber Rujukan

Stuart Bishop (May 30, 2003). “Game Freak on Pokémon!

Drazen, Patrick (2003). Anime Explosion!: The What? Why? & Wow! of Japanese Animation.

Game Freak (1998-09-30). Pokémon Red. Game Boy. Nintendo. A strange seed was planted on its back at birth. The plant sprouts and grows with this Pokémon.

Drake, Audrey. “Bulbasaur – #52 Top Pokémon”. IGN. Retrieved March 2, 2014.

Bischoff, Daniel (October 1, 2013). “Tell GR: Which Is Your Favorite Pokémon Of All Time?”. Game Revolution



Demikianlah Artikel Pokedex Patriots: Bulbasor Si Pokemon Setia

Sekianlah artikel Pokedex Patriots: Bulbasor Si Pokemon Setia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: