Kosa Kata Warisan Proto-Austronesia: *lima [lima]

Kosa Kata Warisan Proto-Austronesia: *lima [lima] - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kosa Kata Warisan Proto-Austronesia: *lima [lima], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kosa Kata Warisan Proto-Austronesia: *lima [lima]
link : Kosa Kata Warisan Proto-Austronesia: *lima [lima]

Baca juga


Kosa Kata Warisan Proto-Austronesia: *lima [lima]

Austronesia adalah sebuah keluarga bahasa yang merangkumi kawasan Maritim Asia Tenggara, Madagascar dan kepulauan Lautan Pasifik serta beberapa tempat di benua Asia manakala Proto-Austronesia adalah sebuah leluhur Austronesia yang dibina semula. Antara bahasa yang dikelaskan di bawah keluarga bahasa Austronesia adalah bahasa Melayu, bahasa Jawa, bahasa Malagasy, bahasa Hawaii, bahasa Amis, bahasa Tonga, bahasa Cham dan sebagainya.

*lima adalah antara kosa kata yang terdapat dalam Proto-Austronesia. Terdapat dua makna dalam kelas nama bagi perkataan *lima iaitu nombor kardinal dan kata nama. Dalam Proto-Austronesia, *lima adalah bermaksud “lima” (Nombor kardinal) dan “tangan” (Kata nama). Perkataan tersebut telah diwarisi dalam banyak bahasa dalam kelas keluarga bahasa tersebut di seluruh dunia.

Antaranya ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang dituturkan oleh 290 juta orang terutamanya di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Bahasa Melayu mempunyai perkataan “lima, ليما” dalam senarai kosa katanya. Perkataan tersebut membawa konsep nombor kardinal dalam bahasa tersebut.

Selain itu, *lima turut terdapat dalam bahasa Malagasy. Bahasa Malagasy dituturkan oleh 18 juta orang di Madagaskar. “Dimy” adalah kosa kata warisan Proto-Austronesia. Dalam bahasa Malagasy, “Dimy” membawa konsep nombor kardinal iaitu nombor lima (5).

Di samping itu, bahasa Tagalog turut mempunyai perkataan *lima. Bahasa Tagalog adalah bahasa yang dituturkan oleh 70 juta orang terutamanya di Filipina mempunyai perkataan “lima” dalam kosa kata bahasa itu. Dalam bahasa Tagalog, “lima” membawa konsep nombor kardinal iaitu nombor lima (5).

Waqaf Saham

Kemudian, *lima turut diwariskan ke dalam bahasa Cham. Bahasa Cham dituturkan oleh 320 ribu orang di Kemboja, Vietnam, Thailand, Malaysia, Indonesia, China dan pelbagai negara yang mempunyai imigran penutur bahasa itu. Perkataan “limœû” adalah warisan daripada *lima. Perkataan “limœû” membawa konsep nombor kardinal iaitu nombor lima (5).

Seterusnya, bahasa Hawaii turut mempunyai warisan perkataan *lima. Bahasa Hawaii mempunyai penutur seramai 2000 orang di pulau Hawaii, Amerika Syarikat. Perkataan “lima” adalah warisan dariapada *lima. Perkataan “lima” membawa konsep nombor kardinal dan ordinal iaitu nombor lima (5) dan kelima (ke-5) masing-masing dalam bahasa tersebut.

Bahasa Maori turut mempunyai perkataan *lima. Bahasa yang dituturkan seramai 149 ribu orang di New Zealand itu mempunyai perkataan “rima” dalam kosa kata bahasa tersebut. Perkataan “rima” dalam bahasa itu membawa konsep nombor kardinal iaitu nombor lima (5).

Perkataan *lima turut diwariskan ke dalam bahasa Tonga. Bahasa Tonga dituturkan oleh 96 ribu orang di negara Tonga dan 73 ribu orang di seluruh dunia khususnya di New Zealand, Amerika Syarikat dan Australia. Bahasa Tonga mempunyai perkataan “nima”. “Nima” membawa konsep nombor kardinal iaitu nombor lima (5). Contoh ayat dalam bahasa Tonga yang mempunyai perkataan “nima” adalah “Oku faa vahe ae kalasi huhu kihe faahiga e hiva.” Yang bermaksud “Terdapat sembilan benda digelar kelas yang mempunyai buah dada.”

Akhir sekali, bahasa Cia-cia juga mempunyai kosa kata warisan *lima. Bahasa Cia-cia dituturkan oleh 79 ribu orang di Indonesia khususnya di Bau-bau mempunyai perkataan “lima, 을리마” dalam kosa kata bahasa tersebut. Dalam bahasa Cia-cia, perkataan “lima” membawa dua konsep iaitu konsep nombor kardinal dan kata nama iaitu nombor lima (5) dan tangan masing-masing.

Akhir kata, banyak bahasa dalam keluarga bahasa Austronesia yang menjadikan perkataan *lima sebagai kosa kata warisan. Walaupun bahasa dipisah lautan sejauh ribuan kilometer serta berubah dalam pelbagai arah dalam pelbagai kelajuan, namun perkataan *lima masih boleh ditemui dalam bahasa-bahasa tersebut. Selain bahasa-bahasa tersebut, bahasa mana lagi dalam keluarga bahasa Austronesia yang mempunyai kosa kata warisan *lima? Jika ada sila nyatakan nama bahasa beserta dengan kosa kata bahasa tersebut dan kegunaannya dalam ruangan komen di bawah.

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots. 



Demikianlah Artikel Kosa Kata Warisan Proto-Austronesia: *lima [lima]

Sekianlah artikel Kosa Kata Warisan Proto-Austronesia: *lima [lima] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: