Sejarah Umat Islam Amerika Purba

Sejarah Umat Islam Amerika Purba - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sejarah Umat Islam Amerika Purba, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sejarah Umat Islam Amerika Purba
link : Sejarah Umat Islam Amerika Purba

Baca juga


Sejarah Umat Islam Amerika Purba

Semua sedia maklum pertikaian tentang teori tamadun mana yang pernah sampai di tanah besar Amerika sebelum era Amerigo Vespucci dan Christopher Columbus. Ada mengatakan benua berkenaan pernah disinggahi orang China, orang Rom, orang Viking dan Kesatria Templar. Tetapi tidak ada yang menyatakan kewujudan orang Islam di benua berkenaan sebelum era Columbus. Jadi apakah dakwaan ini benar atau sebaliknya?

Semasa Zaman Keemasan Islam, perkembangan pelbagai jenis disiplin ilmu seperti sains, astronomi, botani dan pelayaran menyaksikan ia dipelopori umat Islam ketika itu. Dan semasa era Khalifah al-Ma’mun dari Bani Abbasiyah, para cendekiawan yang dikumpul untuk mengira ukur lilit bumi dan jika dibandingkan dengan kiraan hari ini, kiraan mereka hanya tersasar sebanyak 4% dari kiraan ukur lilit hari ini. Bukan itu saja, para pengembara seperti Ibnu Battuta dan al-Mas’udi turut merekodkan pelbagai catatan tentang pengembaraan mereka. Dalam catatan al-Mas’udi misalnya, beliau merujuk tanah besar Amerika sebagai tanah yang tidak diketahui di mana urusan perdagangan dilakukan merentasi lautan.

Catatan al-Mas’udi ini bagaimanapun diatasi dengan kisah menarik yang direkodkan seorang ahli geografi abad ke-12 bernama al-Idrisi. Dalam catatannya, al-Idrisi menceritakan sekumpulan pelayar Arab ditangkap penduduk asli sebuah kawasan selepas bergelut dengan keadaan cuaca dan Lautan Atlantik yang bergelora. Mereka ditahan selama tiga hari sebelum dibenarkan menceritakan pengalaman mereka kepada seorang penduduk yang boleh bertutur dalam Bahasa Arab.

Selepas menterjemahkan pengalaman pelayar tersebut kepada rajanya, kumpulan tersebut ditahan lagi seketika sebelum dibawa ke kanu dalam keadaan terikat dan dibawa ke daratan selepas tiga hari pelayaran. Selepas kumpulan yang menangkap mereka beredar, kumpulan pelayar berkenaan terikat selama sehari sebelum dibebaskan oleh puak orang asli yang lain. Selepas dibebaskan, puak tersebut menceritakan jarak antara tempat asal mereka dengan kawasan tersebut berjarak pelayaran selama dua bulan.

Laporan al-Idrisi ini bukan saja menunjukkan sudah wujud hubungan antara pelayar Islam dengan penduduk asli Amerika tetapi juga perjalanan antara pulau berkemungkinan Kepulauan Bahamas atau Antilles. Ini sekaligus membawa kepada pertukaran budaya antara penduduk asli Amerika dengan pedagang-pedagang Islam melalui Bahasa Arab dan kebudayaan Islam. Kebolehan penduduk pulau bertutur dalam Bahasa Arab merupakan sesuatu yang mengagumkan kerana ia bukan boleh dikuasai dalam satu pertemuan saja. Ini menunjukkan pedagang Islam kerap datang ke pulau berkenaan atau penduduk asli itu sebenarnya duduk di wilayah yang ditadbir kerajaan Islam ketika itu.

Selain laporan al-Idrisi, sejarawan Dr Jose Pimienta-Bey menggunakan bukti yang dibangkitkan pakar bahasa dan arkeologi Barry Fell. Kajian Fell mendapati wujud persamaan budaya dan bahasa antara orang Islam di Afrika dengan penduduk asli Amerika. Fell mendapati wujud petroglif yang dibuat sebelum kedatangan Columbus di mana ia ditulis dalam Bahasa Arab.

Petroglif sebegini banyak ditemui di kawasan barat daya Amerika Syarikat terutama di California. Fell juga mendapati kewujudan nava atau bentuk bulan sabit yang digunakan orang asli Navajo untuk pakaian dan hiasan dalaman kediaman mereka. Menurut Pimienta-Bey, kewujudan nava merupakan satu keanehan kerana penjajah Sepanyol yang beragama Kristian tidak akan membawa lambang bulan sabit kerana dekad-dekad sebelumnya, mereka mempunyai konflik dengan kerajaan Islam di Sepanyol sebelum era eksplorasi Amerika bermula.

Selain kajian Fell, Pimienta-Bey mendapati sudah wujud hubungan dagang antara Tamadun Islam dengan penduduk asli Amerika yang berlangsung sebelum era Columbus lagi. Hubungan dagang Amerika dengan Timur Tengah sebenarnya sudah bermula semasa era orang Phoenician lagi dan hubungan tersebut diteruskan selepas kedatangan Islam. Walaupun orang Islam bukanlah orang pertama yang pernah sampai di Amerika, mereka membuat sumbangan penting dengan mendirikan petempatan di benua berkenaan. Buktinya, kewujudan inskripsi lama yang ada kaitan dengan Islam yang menggabungkan skrib Arab Kufi dan Bahasa Mandinka seperti Ismi’ Allah (Dengan nama Allah), Nabi’llah Muhammad (Nabi Muhammad s.a.w) dan Isus bin Maryam (Nabi Isa a.s).

Waqaf Saham

Satu fakta yang tidak ramai tahu ialah penggunaan para pelayar Islam oleh pelayar-pelayar Barat seperti Columbus, Ferdinand Magellan dan Vasco da Gama. Jika Magellan menggunakan khidmat Enrique/Awang semasa perlayarannya mengelilingi dunia, Columbus pula menggunakan khidmat para pelayar Islam yang terselamat dari Perang Al-Uqab (kempen perang Raja Ferdinand dari Aragon ke atas kerajaan Islam di Granada).

Mereka menjadi mata dan telinga beliau semasa belayar menuju ke Amerika dan ramai melarikan diri dan meminta perlindungan orang asli setibanya di Amerika. Malah pada satu ketika semasa belayar di perairan Cuba, Columbus pernah melihat sebuah masjid yang dibina di puncak sebuah bukit di luar perairan Cuba. Walaupun ada yang mempertikai kenyataan tersebut, tetapi tidak ramai cuba menerangkan bagaimana runtuhan masjid lama boleh ditemui di Mexico, Texas dan Nevada.

Di Amerika Selatan pula, kru Columbus menceritakan bagaimana penduduk tempatan menggunakan kain yang ditenun dari kapas di mana kain tersebut menyamai apa yang mereka temui di Guinea. Kain sebegini dikenali sebagai Almayzars yang bermaksud tutup yang diambil orang Islam dari Andalusia atau Afrika dari Guinea ke negara-negara lain.

Columbus sendiri mendapati penduduk asli ketika itu menutup aurat terutama bagi yang sudah berkahwin. Individu bertanggungjawab memerangi Tamadun Aztec iaitu Hernan Cortez menceritakan wanita tempatan memakai hijab panjang manakala kaum lelaki memakai seluar berwarna sama seperti gaya Moor. Menurut pakar antropologi, penduduk asli ini berkemungkinan datang dari keturunan sekumpulan individu bernama Mandinka. Kumpulan ini berkemungkinan diketuai kekanda Mansa Musa I, Mansa Abu Bakar.

Pada abad kelapan Masihi, Islam sampai di wilayah Mali dan ramai tertarik memeluk agama tauhid itu. Mali yang pada ketika itu sudah bergelar empayar yang kaya dan mempunyai pusat pembelajaran penting yang semakin berkembang bila mereka mengambil skrip Bahasa Arab untuk menambahbaik bentuk tulisan Mandingo.

Kisah Mansa Abu Bakar ini disampaikan oleh adindanya, Mansa Musa I semasa perjalanan epik untuk menunaikan rukun kelima Islam di Baitullah pada tahun 1324 Masihi. Selepas turun takhta dan menyerahkannya kepada Mansa Musa I, Mansa Abu Bakar memulakan perjalanan menyeberangi Lautan Atlantik untuk membentuk kerajaan di benua Amerika. Untuk perjalanan ke sana, baginda bergerak dengan 2,000 kapal terdiri daripada krew, haiwan dan barang-barang diperlukan semasa berada di benua berkenaan.

Walaupun kisah Mansa Abu Bakar tidak lagi kedengaran selepas mendarat di tanah besar Amerika, bukti pendaratan mereka banyak dikesan sekitar benua Amerika dari Amerika hingga ke Brazil. Selain bukti petempatan, wujud juga petroglif moden yang bertarikh dari 1000 Masihi yang memaparkan imej gajah dan inskripsi dalam Bahasa Mandinka. Kajian Fell mendapati wujud juga institusi pendidikan Islam sepanjang kawasan tengah dan barat daya Amerika Syarikat dari abad kelapan hingga abad kesembilan Masihi. Beliau menemui pelbagai jenis ukiran dalam Bahasa Arab yang mencadangkan pelbagai jenis subjek dan gred yang diajar di institusi berkenaan.

SUMBER

  1. Admin. (2015). MuslimAmerican.com. In Search of Pre-Columbian Muslim Americans. https://ift.tt/2Q2IKc7
  2. Ahmad, Nadia. (2014). Seattle Journal for Social Justice. The Islamic Influence in (Pre-)Colonial and Early America: A Historico-Legal Snapshot. https://ift.tt/2qewaeH


Demikianlah Artikel Sejarah Umat Islam Amerika Purba

Sekianlah artikel Sejarah Umat Islam Amerika Purba kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: