Mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM151,000 dirampas

Mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM151,000 dirampas - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM151,000 dirampas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM151,000 dirampas
link : Mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM151,000 dirampas

Baca juga


Mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM151,000 dirampas

PENGKALAN KUBOR: Sebanyak 279 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM151,000 membabitkan nilai cukai hampir RM100,000 dirampas Jabatan Kastam Diraja Kelantan di Kampung Nail, Kuala Krai.

Pengarah KDRM Kelantan, Datuk Mohd Nasir Yusoff berkata, rampasan pada pagi Ahad itu merupakan rampasan terbesar tahun ini membabitkan penyeludupan mercun di negeri itu.

Kejayaan dicapai selepas sepasukan anggota kastam penguatkuasaan Pengkalan Kubor mengejar sebuah lori 10 tan dipercayai membawa muatan barang belum lulus kastam hampir 50 kilogram.

Dalam operasi itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun yang juga pemandu lori tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Mohd Nasir berkata pihaknya percaya sindiket penyeludupan itu menjadikan Kelantan sebagai laluan transit mercun seludup dari Thailand untuk dipasarkan ke Lembah Klang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 yang berdepan denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang atau 20 kali ganda nilai barang atau penjara tidak lebih dari 3 tahun, atau kedua-duanya.

Sehingga Mei tahun ini, kastam Kelantan telah merampas hampir 930 ribu ringgit mercun dan bunga api dengan nilai cukai lebih setengah juta ringgit membabitkan 16 kes.

Mohd Nasir menambah  pihaknya dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan lain akan sentiasa meningkatkan kawalan bagi membendung aktiviti penyeludupan di Kelantan.



Sumber Mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM151,000 dirampas


Demikianlah Artikel Mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM151,000 dirampas

Sekianlah artikel Mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM151,000 dirampas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: