Dazrin dedah kisah seram sebelum isteri hamil

Dazrin dedah kisah seram sebelum isteri hamil - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dazrin dedah kisah seram sebelum isteri hamil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dazrin dedah kisah seram sebelum isteri hamil
link : Dazrin dedah kisah seram sebelum isteri hamil

Baca juga


Dazrin dedah kisah seram sebelum isteri hamil

BUKAN hanya aktif berlakon, tetapi pelakon Dazrin Kamarudin juga kini mula berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir apabila bakal bergelar penerbit filem tidak lama lagi.

Menurut pelakon yang mula dikenali menerusi drama Adam dan Hawa ini, filem sulung terbitan produksinya sendiri, Flying D Entertainment itu bakal menampilkan sebuah cerita yang diangkat daripada kisah benar pernah berlaku ke atas dirinya dan isteri.

“Pada mulanya saya hanya  berkongsi pengalaman yang dilalui itu bersama rakan-rakan, namun apabila mereka mendengar cerita saya itu, ramai yang kata menarik dan mencadangkan saya buat filem.

“Ia bukan tentang kisah percintaan saya dan isteri, tetapi merupakan sebuah kisah seram yang dilalui sendiri oleh kami sebelum isteri hamil anak pertama sehingga menjadikan kami trauma,” kongsi Dazrin.

Filem yang menggunakan tajuk sementara sebagai Kampung Jerit itu bakal menyaksikan Dazrin sebagai teraju utama, selain sebagai penulis lakon layar dan penerbit.

“Boleh ambil pelakon lain, tetapi disebabkan ia merupakan kisah yang dilalui oleh saya sendiri, mungkin lebih baik jika saya sendiri mengambil watak tersebut untuk lebih feel.

“Namun watak isteri saya akan dijayakan pelakon lain kerana isteri tidak bersedia untuk berlakon. Jadi sehingga kini saya masih lagi mencari pelakon yang sesuai untuk watak itu.

“Insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar, ia akan memulakan penggambaran awal tahun depan, selain filem Jutawan Tak Ketahuan yang juga merupakan filem terbitan produksi saya” katanyanya.



Sumber Dazrin dedah kisah seram sebelum isteri hamil


Demikianlah Artikel Dazrin dedah kisah seram sebelum isteri hamil

Sekianlah artikel Dazrin dedah kisah seram sebelum isteri hamil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: