'Saya tidak takut mati demi mendalami al-Quran' - Pelajar tahfiz

'Saya tidak takut mati demi mendalami al-Quran' - Pelajar tahfiz - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Saya tidak takut mati demi mendalami al-Quran' - Pelajar tahfiz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Saya tidak takut mati demi mendalami al-Quran' - Pelajar tahfiz
link : 'Saya tidak takut mati demi mendalami al-Quran' - Pelajar tahfiz

Baca juga


'Saya tidak takut mati demi mendalami al-Quran' - Pelajar tahfiz

TUMPAT: "Saya tidak takut mati, bahkan kejadian kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur baru baru ini membakar semangat saya untuk terus mendalami al-Quran," itulah semangat yang dikongsikan oleh seorang pelajar tahfiz di Madrasah Asma Al Ikhlas, Pulau Raja di sini.

Malah Mohd Amin Che Omar, 11, yang sudah tiga bulan berada di pusat tahfiz berkenaan merasakan dirinya bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari al-Quran secara lebih mendalam.

"Saya rasa bertuah kerana dipilih Allah untuk mempelajari al-Quran dan saya juga rasa bangga kerana al-Quran dapat saya titip setiap hari jika dibandingkan dengan rakan seusia dengan saya yang lebih gemar bermain android (telefon)," katanya ketika ditemui Astro AWANI hari ini.

Seorang lagi penuntut, Mohd Nurizki Najmi Zulkifli, 15, pula berkata selepas enam bulan belajar di situ, beliau berjaya menghafal tujuh surah al-Quran malah telah mampu membaca al-Quran dengan tajwid dan qiraat. 

Kedua-dua penuntut berkenaan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan mengharapkan keluarga terlibat reda kerana anak mereka dipilih Allah dengan pengakhiran yang baik.

Siang tadi berlangsung majlis perasmian pusat tahfiz berkenaan yang disempurnakan oleh Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib yang juga anak perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di tapak Madrasah yang diwakafkan oleh ahli keluarganya.

Majlis perasmian pusat berkenaan disempurnakan oleh anak Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib di tapak Madrasah yang diwakafkan oleh ahli keluarganya. - Foto Astro AWANI / VIVISUMANTI
Turut hadir, Pengerusi Persatuan kebajikan Tahfiz Kelantan atau Peketat, Mior Shamsir Mior Zulkifli dan ahli gabungan Majlis Belia Kelantan, (MBK).

Madrasah tersebut siap dibina enam bulan lalu dengan perbelanjaan lebih RM100,000 di tanah yang diwakafkan seluas lebih satu ekar.

Setakat ini hanya terdapat tujuh pelajar lelaki yang mengikuti pengajian tahfiz dan kitab dengan berpandukan sistem pengajian pondok.



Sumber 'Saya tidak takut mati demi mendalami al-Quran' - Pelajar tahfiz


Demikianlah Artikel 'Saya tidak takut mati demi mendalami al-Quran' - Pelajar tahfiz

Sekianlah artikel 'Saya tidak takut mati demi mendalami al-Quran' - Pelajar tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: