'Tolong jangan cakap bukan-bukan, biarkan arwah isteri saya pergi dengan tenang' - Suami

'Tolong jangan cakap bukan-bukan, biarkan arwah isteri saya pergi dengan tenang' - Suami - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Tolong jangan cakap bukan-bukan, biarkan arwah isteri saya pergi dengan tenang' - Suami, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Tolong jangan cakap bukan-bukan, biarkan arwah isteri saya pergi dengan tenang' - Suami
link : 'Tolong jangan cakap bukan-bukan, biarkan arwah isteri saya pergi dengan tenang' - Suami

Baca juga


'Tolong jangan cakap bukan-bukan, biarkan arwah isteri saya pergi dengan tenang' - Suami



Keluarga kepada seorang suri rumah yang ditemui lemas di Tasik Taman Bandar, Indera Mahkota di sini semalam meminta netizen tidak lagi mengeluarkan kenyataan tidak berasas berhubung kejadian itu.

Suami kepada wanita itu yang enggan dikenali, berkata keluarganya terguris membaca kenyataan berbaur negatif dan pelbagai tuduhan sehingga menyinggung perasaan mereka.

“Saya hilang kata-kata dan kecewa apabila membaca komen netizen di Facebook mengenai kejadian itu, saya tidak mahu ulang apa diperkatakan mereka kerana ia terlalu pedih.

“Saya berharap netizen jangan cakap bukan-bukan, biarkan isteri saya pergi dengan tenang...kami sekeluarga sudah reda dengan kejadian menimpanya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Shahzan di sini, malam tadi.

Lelaki yang berusia 26 tahun itu, berkata kali terakhir dia menemuinya isterinya kira-kira jam 3 petang kelmarin sebelum keluar berniaga burger di gerai Indera Mahkota 2.

Katanya, dia difahamkan isterinya pergi ke rumah keluarganya di Kampung Tiram kira-kira jam 5 petang dan keluar semula menggunakan motosikal tiga jam kemudiannya.

“Lebih kurang jam 11 malam, ayahnya memberitahu saya isteri tidak balik ke rumah dan kami mencarinya di pelbagai kawasan sebelum ke tempat dia selalu pergi apabila ingin menenangkan diri.



“Dia selalu pergi ke tempat ada air seperti di (Esplanade) Benteng (di bandar Kuantan) dan Tasik Taman Bandar untuk menenangkan diri...kami ke Tasik Taman Bandar dan menemuinya motosikalnya.

“Kami mencarinya di sekitar taman dan di sekitarnya, saya sendirinya mencarinya sehingga ke (Stadium Tertutup) SUKPA yang terletak berhampiran namun tidak melihat kelibatnya,” katanya.

Katanya, ayah isterinya kemudiannya pergi semula ke Tasik Taman Bandar selepas solat subuh kerana merasakan anaknya berada di kawasan itu dan menemuinya terapung di tasik kira-kira jam 7 pagi semalam.

“Ayah mentua terus menghubungi saya dan polis memaklumkan kejadian itu, luluh hati melihatnya dan kelihatan tangan isteri menggenggam rumput yang mungkin cuba menyelamatkan diri selepas terjatuh.

“Jena zahnya dikeb umikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkub uran Islam Songsang, Kampung Tiram,” katanya yang masih sedih namun reda dengan takdir menimpa isterinya.

Siasatan mendapati punca kem atian mangsa yang berusia 24 tahun disebabkan lem as dan pemeri ksaan ke atas badannya tidak menemui kesan atau tanda berunsurkan jen ayah.

Rekod juga menunjukkan man gsa yang baru mendirikan rumah tangga sebulan lalu sering mengalami kemurun gan akibat kemala ngan jalan raya tiga tahun lalu.

Sumber : bharian.com.my

Sumber 'Tolong jangan cakap bukan-bukan, biarkan arwah isteri saya pergi dengan tenang' - Suami


Demikianlah Artikel 'Tolong jangan cakap bukan-bukan, biarkan arwah isteri saya pergi dengan tenang' - Suami

Sekianlah artikel 'Tolong jangan cakap bukan-bukan, biarkan arwah isteri saya pergi dengan tenang' - Suami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: