Judul : Sungguh Sedap Dan Menjimatkan! Inilah Cara Yang Betul Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade
link : Sungguh Sedap Dan Menjimatkan! Inilah Cara Yang Betul Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade
Sungguh Sedap Dan Menjimatkan! Inilah Cara Yang Betul Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade
Bagi anda yang nak cuba buat sendiri burger ni di rumah, saudara Farid Sham Qaseh Pakcik ada kongsi resipinya. Mudah je. Jom cuba.
RESIPI BURGER PROSPERITY HOMEMADE
BAHAN PATTY DAGING:
2kg daging kisar
300gm serbuk roti
3 biji bawang holland – kisar halus tanpa air
1 sudu makan oregano
1 sudu makan basil
1 sudu makan (rata) serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk perasa ayam
3 sudu makan sos tiram
2 cubit garam
CARA MEMBUAT:
Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
Timbang berat patty ikut kegemaran masing-masing. Biasanya sekeping patty seberat 70gm. Jika suka yang tebal, boleh timbang 90gm sekeping.
Bentukkan ikut saiz yang digemari.
Nota: Jika buat dalam jumlah yang sedikit, boleh bahagikan jumlah bahan ikut berat daging kisar yang digunakan.
BAHAN SOS LADA HITAM:
1/2 biji bawang besar Holland – hiris halus @ kisar guna food processor.
2 hirisan mentega
1 sudu makan biji lada hitam – dikisar
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos lada hitam
Serbuk pati ayam secukupnya
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dalam kuali dan masukkan bawang Holland. Tumis hingga wangi dan agak kekuningan.
2. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau lagi.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum. Perlahankan api. Gaul sehingga sekata supaya tepung tidak berketul-ketul.
4. Gaul lagi dan sampai jadi seperti dalam gambar di bawah ini.
5. Masukkan air. Bolehlah tambah serbuk pati ayam, kicap pekat dan sos tiram. Boleh juga tambah susu full cream, sos tomato dan sos jika untuk rasa pedas dan masamkan lagi sos. Boleh tambah ikut citarasa. Dalam peringkat ni, pelbagai cara anda boleh ‘try & error’ untuk menyedapkan lagi sos.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Sentiasa kacau sos supaya tidak berketul. Bila sos mendidih, ia akan menjadi lebih kental dan pekat. Jika tidak pekat, boleh tambah bancuhan tepung jagung.
CARA MENYEDIAKAN BURGER PROSPERITY
BAHAN-BAHAN:
Patty daging burger
Sos lada hitam
Bawang Holland- dihiris
Roti oblong
CARA MEMASAK:
1. Masak daging burger hingga keperangan dan masak sepenuhnya.
2. Celupkan ke dalam sos lada hitam dan letakkan atas roti.
3. Tabur hirisan bawang Holland dengan secukupnya.
4. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan foto: Farid Sham Qaseh Pakcik via majalah rasa
Sumber Sungguh Sedap Dan Menjimatkan! Inilah Cara Yang Betul Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade
Demikianlah Artikel Sungguh Sedap Dan Menjimatkan! Inilah Cara Yang Betul Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade
Sekianlah artikel Sungguh Sedap Dan Menjimatkan! Inilah Cara Yang Betul Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.