“Kalau Ada Yang Tak Suka, Boleh Je Tengok Persembahan Lain,” – Sufian Suhaimi Mohon Maaf Andai Ada Pihak Yang Terguris

“Kalau Ada Yang Tak Suka, Boleh Je Tengok Persembahan Lain,” – Sufian Suhaimi Mohon Maaf Andai Ada Pihak Yang Terguris - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Kalau Ada Yang Tak Suka, Boleh Je Tengok Persembahan Lain,” – Sufian Suhaimi Mohon Maaf Andai Ada Pihak Yang Terguris, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Kalau Ada Yang Tak Suka, Boleh Je Tengok Persembahan Lain,” – Sufian Suhaimi Mohon Maaf Andai Ada Pihak Yang Terguris
link : “Kalau Ada Yang Tak Suka, Boleh Je Tengok Persembahan Lain,” – Sufian Suhaimi Mohon Maaf Andai Ada Pihak Yang Terguris

Baca juga


“Kalau Ada Yang Tak Suka, Boleh Je Tengok Persembahan Lain,” – Sufian Suhaimi Mohon Maaf Andai Ada Pihak Yang Terguris



Sufian Suhaimi yang baru sahaja dinobatkan pemenang bagi kategori Persemhahan Terbaik menerusi lagu Di Matamu di Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33) menjelaskan, konsep persembahannya  malam tadi bukan bertujuan untuk ‘mencuit’ mana-mana pihak.

Sebaliknya, apa yang dipersembahkan merupakan hasil perbincangan dan idea ramai pihak. Malah jika ada yang terasa, Sufian memohon maaf.

“Bila bercakap mengenai kisah saya yang putus tunang, tentunya tak jadi kahwin. Tapi itu bukanlah untuk cuit mana-mana pihak.

“Itu adalah interpritasi saya untuk lagu tersebut di pentas AJL33 dan kalau ada yang terasa hati atau terguris, saya mohon maaf.


“Ia hanyalah persembahan dan rasanya penonton pun suka. Kalau ada yang tak suka tu boleh tengok persembahan lain,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai perancangan persembahan, Pian memberitahu ada beberapa idea telah diberikan. Bagaimanapun apa yang lebih diutamakan ialah susunan lagu.

“Ada beberapa idea, cuma apa yang menjadi keutamaan ialah susunan lagu itu sendiri. Bila sudah dapat susunan lagu tu barulah Hatta Dolmat selaku stylist saya dan kebetulan dia ada kenal dengan team perancang perkahwinan yang sebelum ini merancang majlis untuk kahwin Yuna.

“Dia berminat untuk membantu buat Di Matamu dan itulah yang boleh kita lihat,” jelasnya lagi.

Diajukan persoalan jika ada pihak yang membayangkan Pian seperti mahu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku, bintang ini menafikan perkara berkenaan.

“Saya tidak melihat ini sebagai mengambil kesempatan. Cuma apa yang berlaku itu seolah-olah ada timeline yang macam sesuai dengan apa yang kita buat.

“Misalnya sebelum ini pun saya sudah banyak kali katakan lagu itu bukan mengenai kisah peribadi saya. Kemudian benda tu berlaku ketika ia hampir dilancarkan.

“Kemudian bertanding di AJL dan cerita itu masih lagi buah mulut orang,” katanya yang turut menafikan elemen ‘pelamin terbelah’ adalah sebagai penambah perisa persembahan.

“Bukan metafora juga.. tapi ia ibarat penambah perisa persembahan. Bukan 100% idea saya. Ada banyak orang di belakang untuk lagu ini di AJL dan apa yang anda lihat adalah hasil idea daripada banyak pihak,” terang Pian.

Ini antara sedutan temu bual bersamanya.

sumber : mediahiburan.my

Sumber “Kalau Ada Yang Tak Suka, Boleh Je Tengok Persembahan Lain,” – Sufian Suhaimi Mohon Maaf Andai Ada Pihak Yang Terguris


Demikianlah Artikel “Kalau Ada Yang Tak Suka, Boleh Je Tengok Persembahan Lain,” – Sufian Suhaimi Mohon Maaf Andai Ada Pihak Yang Terguris

Sekianlah artikel “Kalau Ada Yang Tak Suka, Boleh Je Tengok Persembahan Lain,” – Sufian Suhaimi Mohon Maaf Andai Ada Pihak Yang Terguris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: