Iktibar Kepada Usahawan Selepas Peristiwa Peralihan Kuasa PRU 14

Iktibar Kepada Usahawan Selepas Peristiwa Peralihan Kuasa PRU 14 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Iktibar Kepada Usahawan Selepas Peristiwa Peralihan Kuasa PRU 14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Iktibar Kepada Usahawan Selepas Peristiwa Peralihan Kuasa PRU 14
link : Iktibar Kepada Usahawan Selepas Peristiwa Peralihan Kuasa PRU 14

Baca juga


Iktibar Kepada Usahawan Selepas Peristiwa Peralihan Kuasa PRU 14

Setelah 60 tahun lamanya negara ditadbir oleh sebuah kerajaan yang utuh akhirnya tanggal 9 Mei 2018 telah mengubah segalanya. Ramai yang masih tidak mempercayai perkara sedemikan bakal terjadi. Namun inilah kenyataanya. Kejatuhan kerajaan terdahulu memberikan kita peringatan dan amaran bahawa tidak apa yang kekal selamanya. Dari sudut manakah iktibar yang boleh diambil oleh usahawan atas peristiwa itu?

#1 Terlalu Selesa Dengan Kuasa

Jika anda menganggap kuasa adalah milik mutlak, ternyata anda salah. Sudah banyak peristiwa dan kejadian yang memperlihatkan walaupun ada kuasa besar sekalipun ia tidak akan menjamin kekal selamanya. Kerajaan terdahulu yang mula memerintah sejurus mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 juga tidak terlepas daripada merasai nasib yang sama. Politik yang terlalu berlandaskan kuasa telah menghukum mereka sekaligus kehilangan kuasa.

Kerajaan terdahulu seakan sudah memiliki kuasa ke atas setiap sesuatu daripada segi masyarakat, sosial mahupun ekonominya. Penguasaan ini membuatkan mereka memanipulasikan rakyat tidak kira dari segi apapun. Jika ada berlaku apa-apa perubahan seperti kutipan cukai atau kenaikan harga barang rakyatlah yang merasai kesannya. Sedangkan para pemimpin tetap hidup mewah.

Para usahawan juga sebagai pemilik perniagaan harus buang jauh perasaan terlalu selesa dengan status yang ada pada diri. Tidak kira betapa maju bisnes anda jangan selesa pada kedudukan itu. Sentiasa lakukan pembaharuan terkini dan kekal fokus pada matlamat perniagaan anda. Dan walau lama mana perniagaan anda sudah bertapak jangan mula merasa selesa kerana ia juga ada potensi untuk jatuh.

#2 Mengenepikan Pandangan Orang Lain

Idea yang dilontarkan oleh rakyat sering tidak diendahkan oleh kerajaan terdahulu. Buah fikiran rakyat harus didengar dan dipertimbangkan baik benarnya dan bukannya dibiarkan begitu sahaja. Apabila rakyat merungut harga gula naik balasnya takut terkena kencing manis, bila mengadu harga rumah tidak munasabah disuruh pindah ke negara lain. Pandangan daripada pihak lain juga perlu untuk melakukan penambahbaikan. Kerana tanpa teguran dan pandangan sebegini mungkin kita tidak dapat menyedari kelemahan yang ada. Namun ternyata berbeza seperti yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu. Teguran baik dibalas dengan tidak sepatutnya.

Apa yang perlu usahawan lakukan untuk mengelakkan sebegini? Ungkapan “customer always right” itu kadang-kala ada betulnya untuk situasi begini. Jika pelanggan anda memberikan pandangan atau sebatang idea tentang bisnes, produk atau perkhidmatan yang anda jalankan ambil dengan hati yang terbuka. Sebagai contoh mungkin pelanggan anda meminta untuk mempelbagaikan rekabentuk produk mengikut citarasa terkini. Ia boleh jadi sesuatu yang bermanfaat kerana sudut pandang pelanggan dan usahawan berbeza.

Setiap pandangan yang dilontarkan boleh didiskusikan bersama agar dapat membawa kebaikan kepada kedua belah pihak.

#3 Mungkiri Janji

Janji yang telah dilafazkan harus sedaya upaya untuk ditunaikan. Elakkan perbuatan memungkiri setiap janji yang ditabur. Antara faktor utama kekalahan teruk yang membawa kejatuhan terdahulu penaburan terlampau banyak janji yang tidak mampu ditunaikan. Ini membawa kepada rasa kecewa dan amarah terhadap rakyat. Janji yang masih dituntut ini termasuklah:

  • Mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20%-30%
  • Melaksanakan dasar yang adil untuk semua kaum di Malaysia
  • Membawa Malaysia ke tahap ketiga terbaik di dunia dalam bidang pendidikan
  • Menambahbaik anggota tentera dan polis untuk menangani penceroban

Perkaitan yang boleh diambil untuk usahawan ialah berikan sesuatu yang realistik untuk pelanggan anda. Produk anda mestilah sesuatu yang memenuhi kemahuan dan kehendak pelanggan. Pelanggan tertarik pada suatu produk kerana ciri-ciri yang ditawarkannya oleh itu produk yang anda tawarkan harus benar-benat mempunyai apa yang telah dijanjikan. Wajarkah anda menjanjikan produk pemutihan anda berkesan dalam masa sehari?

#4 Melakukan Sesuatu Bercanggah Dengan Etika

Di dalam pemerintahan juga tidak terlepas dengan etika. Sebagai sebuah kerajaan yang diiktiraf dan dipilih oleh rakyat para pemimpinnya harus menjadi suri tauladan yang baik. Namun terdapat pemimpin di seluruh dunia dengan nama besar yang didapati terlibat dengan perkara yang tidak bermoral. Sebagaimana yang terjadi di negara kita sendiri ada segelintir para pemimpin yang tidak terlepas daripada perkara sedemikian misalnya skandal rasuah dan penggelapan wang. Dana-dana yang sepatutnya dapat diperuntukkan untuk kegunaan dan kesejahteraan rakyat telah disalahgunakan.

Iktibar ini dapat diambil oleh usahawan juga. Sebagai seorang usahawan dan pemilik perniagaan jangan cepat gelap mata dengan keuntungan dan aliran tunai yang banyak. Gunakan ia dijalan yang baik untuk tujuan pengembangan perniagaan anda. Dan ingat juga untuk sentiasa menerapkan etika yang baik kepada para pelanggan anda. Jangan mengaut keuntungan yang tidak munasabah dan hanya memikirkan laba sehingga menjejaskan bisnes anda sendiri.

Rumusannya, apa yang anda lakukan hari ini akan membawa konotasi pada masa akan datang. Tidak ada siapa yang menjangkakan selepas bertahun-tahun lamanya kerajaan yang dibina dengan jerih perih pengorbanan orang terdahulu boleh ditewaskan begitu sahaja. Begitu magisnya suara rakyat. Untuk usahawan anda bergantung kepada para pelanggan, sentiasa utamakan khalayak pelanggan anda untuk kekal bertahan.



Sumber Iktibar Kepada Usahawan Selepas Peristiwa Peralihan Kuasa PRU 14


Demikianlah Artikel Iktibar Kepada Usahawan Selepas Peristiwa Peralihan Kuasa PRU 14

Sekianlah artikel Iktibar Kepada Usahawan Selepas Peristiwa Peralihan Kuasa PRU 14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: