Pernahkah Anda ‘Emo’ Tak Tentu Pasal Bila Rumah Bersepah? Ini 7 Tanda OCD Yang Serius, Jangan Ambil Remeh...

Pernahkah Anda ‘Emo’ Tak Tentu Pasal Bila Rumah Bersepah? Ini 7 Tanda OCD Yang Serius, Jangan Ambil Remeh... - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pernahkah Anda ‘Emo’ Tak Tentu Pasal Bila Rumah Bersepah? Ini 7 Tanda OCD Yang Serius, Jangan Ambil Remeh..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pernahkah Anda ‘Emo’ Tak Tentu Pasal Bila Rumah Bersepah? Ini 7 Tanda OCD Yang Serius, Jangan Ambil Remeh...
link : Pernahkah Anda ‘Emo’ Tak Tentu Pasal Bila Rumah Bersepah? Ini 7 Tanda OCD Yang Serius, Jangan Ambil Remeh...

Baca juga


Pernahkah Anda ‘Emo’ Tak Tentu Pasal Bila Rumah Bersepah? Ini 7 Tanda OCD Yang Serius, Jangan Ambil Remeh...



“Awak ni kalau buat kerja, semuanya nak perfect je. Bagus tu memanglah bagus. Tapi kita ni bukan robot, banyak sangat syarat dalam rumah ni. Kasihanlah dekat anak tu, nak main mainan dia pun tak boleh.”

Mak-mak yang selalu mengemas rumah tu biasalah sebab pening kepala tengok rumah yang macam ‘tongkang pecah’. Ada yang akan kemas rumah berjam-jam lamanya dalam sehari sebab tak nak satu benda pun yang bergerak daripada kedudukan asalnya. Malah, terlampau banyak pula syarat dan larangan yang dikenakan sampai semua orang dalam rumah rasa tak bebas nak buat apa-apa.

OCD atau obsessive compulsive disorder sering disalah anggap sebagai sifat yang sukakan kesempurnaan atau perfectionist. Namun OCD merupakan sejenis gangguan mental di seseorang mempunyai keinginan luar biasa atau kerisauan tentang tindakannya sehingga minda memaksa untuk melakukan perkara tersebut berkali-kali dan mengambil masa yang terlalu lama untuk berpuas hati.

PERBEZAAN OCD DENGAN PERFECTIONIST
Tak dinafikan, kegigihan seseorang untuk membuat sesuatu dengan sempurna adalah usaha yang baik. Ini adalah salah satu sifat yang biasa digelar perfectionist. Tapi apa yang membezakan seorang yang perfectionist dengan OCD (obsessive compulsive disorder) adalah rasional di sebalik sesuatu tindakan.


Seorang yang perfectionist contohnya akan mencuci tangan mereka dengan bersih sebersih-bersihnya. Tapi seseorang yang menghidap OCD pula akan mencuci tangan sebersih-bersihnya hingga berulang kali walaupun dah tak ada lagi kesan kotoran pada tangannya. Ia sesuatu yang tak rasional, bukan?

Seorang yang perfectionist akan menyemak sama ada assignment yang dihantar dah diterima oleh pensyarah mereka. Seorang yang menghidap OCD pula akan menghantar assignment mereka berulang kali sebab risau kalau-kalau ia tak diterima oleh pensyarah.

Berikut adalah beberapa tanda OCD yang boleh dikenalpasti.

7 TANDA OCD YANG SERIUS & PERLU DIAMBIL PERHATIAN
1. TABIAT YANG MENGGANGGU RUTIN NORMAL
Sesuai dengan namanya, orang yang menghidap OCD selalunya menunjukkan sikap obsesif serta kompulsif yang melampau.
Orang yang menghidap OCD suka mengulangi idea obsesnya secara berulang-ulang walaupun ia bukanlah sesuatu yang penting. Tindakan tersebut menjadi tabiat hingga sukar untuk diabaikan dan mengganggu rutin harian yang lain.

Obsessive cleaning disorder adalah salah satu cabang OCD. Ada juga yang kerap terfikirkan sebuah situasi walaupun tidak pernah terjadi seperti rasa risau dicederakan hingga berkali-kali memeriksa kereta, pintu rumah, tingkap, dan sebagainya.



2. MELAKUKAN SESUATU BERULANG KALI HINGGA MEMENATKAN DIRI SENDIRI
Ada sesuatu dalam minda pesakit OCD yang sering membuat mereka berkali-kali melakukan perkara sama kerana berasa takut atau tidak selamat. Contohnya, tabiat mengulangi perbuatan berkali-kali seperti memeriksa kunci pintu, mengira, membasuh tangan atau objek berkali-kali. Ada yang memakan masa berjam-jam melakukan perkara tersebut sehingga timbul rasa puas hati.



3. OBSES TERHADAP RITUAL, PATTERN ATAU SUSUNAN TERTENTU
Tiada siapa sukakan keaadan bersepah sehingga menyakitkan mata. Tapi kasihanlah anak-anak kalau satu barang pun tak dapat dimainkan dek kerana asyik nak semuanya teratur dan kemas.

Pesakit OCD yang obses pada susunan mempunyai sudut pandang yang tertentu dan obses terhadapnya. Orang tersebut akan berasa stres melihat benda yang tidak tersusun mengikut cara yang dikehendaki. Selagi barang tidak disusun seperti apa yang dibayangkan, sehingga itulah orang tersebut akan terus mengatur barang sehingga dirasakan sempurna.

Orang seperti ini juga cenderung untuk mempunyai kepercayaan atau idea mengarut tentang susunan, warna atau turutan nombor.



4. EMOSI TAK STABIL
Biasalah kalau kita tak puas hati dengan hasil kerja seseorang yang membantu kita. Tapi biasanya rasa kurang selesa itu biasanya akan hilang dengan sendirinya.

Tapi seseorang yang mengalami OCD akan cepat cemas, sedih, murung dan mudah emosional kalau tak dapat membuat sesuatu seperti apa yang diharapkan. Pesakit juga cenderung untuk menunjukkan tanda-tanda tertekan dan sering rasa serba tak kena.



5. TANDA FIZIKAL
Selalunya pesakit tidak menunjukkan tanda fizikal kerana kebanyakan perkara berlaku di dalam minda mereka. Namun, jika pesakit mempunyai tabiat disebabkan OCD, seperti sering mencuci tangan berkali-kali kerana obses pada kebersihan, tangan mereka mungkin didapati kemerahan, kasar dan luka kerana terlalu kerap membasuh.



6. BERKAIT RAPAT DENGAN KEMURUNGAN
Sebenarnya penyakit OCD mempunyai jenis-jenisnya dan ia sering terkait dengan beberapa masalah mental yang lain terutamanya kemurungan.

Ada yang terlalu obses pada barang-barang miliknya hingga menghasilkan tabiat hoarding iaitu mengumpul barang walaupun tidak diperlukan termasuk barangan terpakai seperti bekas-bekas kosong atau suratkhabar.

Pesakit OCD juga cenderung untuk penyakit mental lain seperti penyakit post-traumatic stress disorder (PTSD), kleptomania dan ADHD.



7. SIFAT TAK YAKIN PADA DIRI
Ada juga pesakit OCD yang sentiasa rasakan perkara yang dia lakukan tidak cukup bagus. Mereka juga percaya yang perkara buruk akan berlaku jika dia tidak melakukan sesuatu dengan sempurna. Oleh sebab itulah, dia sentiasa tidak yakin pada diri sehingga menimbulkan obsesi dan stres.

Mereka juga sering bergantung kepada orang terdekat untuk memberi komen sama ada apa yang dilakukan memuaskan atau tidak. Mereka takut untuk membuat salah serta sentiasa mengharapkan kata-kata semangat daripada orang supaya lebih yakin.



RAWATAN
Peringkat awal penyakit ini boleh dilawan sendiri melalui pengalihan tumpuan kepada perkara lain yang lebih berfaedah atau latihan untuk menghindari tabiat tersebut. Namun, sesetengah orang sukar untuk menghindarinya walaupun sudah cuba. Semakin dicegah, semakin membuak-buak rasa untuk melakukan perkara repetitif tersebut.

Dalam kes ini, terdapat 2 jenis rawatan yang mungkin akan disarankan oleh doktor, iaitu

i) Prekripsi Ubat-ubatan: Ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine boleh dipreskripsikan bergantung kepada keadaan pesakit bagi membantu menenangkan pesakit serta menghapuskan fikiran obsesional pesakit.

ii) Pendekatan Psikologi: Merangkumi psikoterapi kognitif dan tingkahlaku.

Penyakit OCD ini juga semakin kuat apabila seseorang rasa tidak bersemangat dan keseorangan. Ia juga sentiasa berkait rapat dengan masalah tertentu yang menjadi trauma kepada kepada seseorang seperti masa silam, masalah kewangan, hubungan dengan pasangan dan sebagainya. Menurut sumber, sekiranya pesakit menghadapi konflik atau tragedi yang serius, mereka ini lebih mudah dirawat berbanding berbanding individu yang tidak diketahui punca sifat OCD tersebut.

Jadi, jangan ambil mudah sekiranya anda atau orang yang berdekatan anda mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas. Dapatkan bantuan melalui saluran yang betul supaya sifat OCD tersebut tidak mengganggu rutin harian serta hubungan sosial anda dengan serius.

Rujukan: Malaysian Mental Health AssociationPsych Guides, WebMD

Artikel diambil dari : https://ift.tt/2MNRJLV

Sumber Pernahkah Anda ‘Emo’ Tak Tentu Pasal Bila Rumah Bersepah? Ini 7 Tanda OCD Yang Serius, Jangan Ambil Remeh...


Demikianlah Artikel Pernahkah Anda ‘Emo’ Tak Tentu Pasal Bila Rumah Bersepah? Ini 7 Tanda OCD Yang Serius, Jangan Ambil Remeh...

Sekianlah artikel Pernahkah Anda ‘Emo’ Tak Tentu Pasal Bila Rumah Bersepah? Ini 7 Tanda OCD Yang Serius, Jangan Ambil Remeh... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: