Judul : Siapa yang bercadang bercuti ke Sabah, terutamanya ke Kota Kinabalu dan Kundasang, korang wajib pergi tempat-tempat ni. Memang AWESOME Giler!!
link : Siapa yang bercadang bercuti ke Sabah, terutamanya ke Kota Kinabalu dan Kundasang, korang wajib pergi tempat-tempat ni. Memang AWESOME Giler!!
Siapa yang bercadang bercuti ke Sabah, terutamanya ke Kota Kinabalu dan Kundasang, korang wajib pergi tempat-tempat ni. Memang AWESOME Giler!!
penafian : video diatas hanya sekadar hiasan semata-mata,tiada kaitan dengan artikel dibawah.
Artikel kali ini telah diambil dari fb cik Fatin Sihan..
Jambatan Gantung Tamparuli
Expectation : Sebab kan aku buat research dan ramai datang sini, so aku ingat tempat dia menarik sangat lah, hahahaha.
Reality : Takde apa yang menarik melainkan jambatan gantung Kat bawah jambatan tu ada sungai dan jalan raya.
National Kinabalu Park, RM3
Ada 2 cara untuk korang nikmati udara nyaman & segar sambil tenangkan fikiran bila sampai sini :
Jalan kaki untuk yang suka hiking atau bersenam
Naik kereta untuk yang malas berjalan tapi nak hirup udara segar haha jk
Kundasang Mount Valley Recreation
Ni salah satu tempat yang sediakan aktiviti menarik jugak. Salah satu nya adalah Flying Fox! Harga dia RM27. Kat situ bukan ada ni je, ada lagi beberapa aktiviti lain macam rumah 4 musim, memanah dan etc.
Sosodikon Hill, RM3
Tempat yang sangat cantik! Kalau korang dapat sampai atas, fuhh memang worth the view. Alaaa, tak tinggi atau jauh sangat pun nak berjalan sebab dia bukit and tak curam sangat. You guys should put it in your list!
Desa Cattle Dairy Farm, RM5
Tempat wajib datang kalau pergi Kundasang! Nak masuk sini kena lalu macam guard house dia dulu untuk entrance fees. Kat sini ada jual susu fresh, yogurt & aiskrim 🍦 Oh ya! Korang boleh jugak perah susu & bagi makan lembu sini tapi ada timing.
Mesilau Cat Village
Untuk pencinta kucing, korang disarankan datang sini. Tengok dari luar FOC, kalau masuk dalam RM5 macam tu. Dorang ambil kucing jalanan yang tak bertuan atau ada yang hantar ke dorang untuk dijaga.
Poring Hotspring, RM3. Canopy Walk Poring, RM5
Kitorang tak masuk dalam pun sebab taknak mandi, cuaca panas time tu haha. Canopy walk tu dalam Hotspring tu tau. I suggest you guys berkelah kat sini lagi best! Hehe
Spa Ikan Tagal Luanti, RM5
Expectation : Alaa, anak ikan je ni, macam kena gigit semut! Lol
Reality : Ikan besar weh tak tipu! Atuk ikan pun ada besar gedabak
Oh ya! Kalau masuk sini bawa kamera kena bayar per group RM3. Gopro ke DSLR ke kena bayar. Kamera fon je takyah.
—————————————————————
Ladang Teh Sabah
Expectation : Mesti cantik macam ladang teh kat Cameron. Nak makan scones dia!
Reality : Ladang Teh dia kurang subur mungkin sebab cuaca agak panas time tu. Scones dia 3/5
Polumpung Melangkap, Kota Belud, RM3 (tidak bermalam)
Kalau korang jenis yang suka camping, you guys should stay at least 1 night kat sini. Seriously best! The view so worth it. Kalau siang boleh layan tengok gunung & mandi sungai, kalau malam boleh star gazing & bbq
Pulau Manukan dan Sapi
Tak asing lagi nama pulau-2 ni bila datang Sabah sebab air laut yang jernih, boleh nampak ikan bilis
Korang p Jesselton, cari Kaunter 9 - Island Hop Express, Team Orange RM95/pax. Harga RM95 ni include Parasailing di Pulau Sapi. Serious best!
Signal Hill Observatory Platform
Tempat ni buka pukul 8AM-12AM. Makanya, kami sampai awal 30 minit, so takdapat lah nak lepak sini lama-2 since kafe kat situ belum buka. Sepatotnya tempat bulat (rujuk gambar) tu dorang letak meja makan macam tu.
KK City Mosque
Masjid dia cantik sangat. Bahagian luar ada kolam air & tempat duduk. Bahagian dalam ada kiosk jual-2 barang macam jubah, quran, tasbih dan etc. Lepastu, kat area parking, ada sebaris kedai makan tauu! Menarik jugak hehehe.
Pasar Filipina
Syurga mutiara Sabah, brooch, gelang, rantai, ikan masin, ikan bilis, amplang & macam-2 lagi! Rasa macam kena rasuk bila masuk sini, sebab semua benda nak beli. Sebelum sampai sini bajet dah nak beli sikit je, sekali sampai, jalan-2, dah over bajet!
Pasar Malam Ikan Todak
Salah satu tempat makan seafood, semua jenis seafood ada. Pilih je nak yang mana & order nak masak apa, dorang boleh buat. Harga berpatutan sangat! Salah satu menu korang perlu cuba adalah Rumpai Laut. Not bad rasa dia hehe. (Macam dalam gambar tu)
TAMBAHAN TEMPAT MENARIK LAIN YANG KORANG BOLEH PERGI :
Arnab Village, 9AM-6PM, RM3
Crystal Hill
Dreamworld
Bukit Kokol / Kokol Hill
Gaya Street Sunday Market
Paragliding Ranau, RM150 (tanpa kamera), RM180 (ada kamera)
Boleh follow sy untuk lebih banyak info travel & makan :
Instagram - instagram.com/fatinsihan
Twitter: twitter.com/fatinsihan
#sabah #kotakinabalu #kundasang #ranau #kotabelud
Kredit : Fatin Sihan.
Sumber Siapa yang bercadang bercuti ke Sabah, terutamanya ke Kota Kinabalu dan Kundasang, korang wajib pergi tempat-tempat ni. Memang AWESOME Giler!!
Demikianlah Artikel Siapa yang bercadang bercuti ke Sabah, terutamanya ke Kota Kinabalu dan Kundasang, korang wajib pergi tempat-tempat ni. Memang AWESOME Giler!!
Sekianlah artikel Siapa yang bercadang bercuti ke Sabah, terutamanya ke Kota Kinabalu dan Kundasang, korang wajib pergi tempat-tempat ni. Memang AWESOME Giler!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.