Judul : Disangka Hamil Luar Nikah, Gadis Cantik Ini Sebenarnya Derita Bawa ‘Kandungan’ Cyst Seberat 12kg
link : Disangka Hamil Luar Nikah, Gadis Cantik Ini Sebenarnya Derita Bawa ‘Kandungan’ Cyst Seberat 12kg
Disangka Hamil Luar Nikah, Gadis Cantik Ini Sebenarnya Derita Bawa ‘Kandungan’ Cyst Seberat 12kg
Meskipun beliau menafikan dakwaan hamil, penyelia kolej tidak percaya dan mahu pemeriksaan lanjut dijalankan.
Setelah diperiksa, beliau di diagnosis dengan ovarian cyst seberat 12kg dan berukuran 42cm.
Sekilas pandang, tubuhnya tidak ubah seperti seorang gadis hamil yang hanya menunggu hari untuk melahirkan seorang bayi.
Ke mana sahaja kaki melangkah, pasti ada yang pandang serong terhadap fizikalnya, kerana ketika itu dia masih bergelar mahasiswa.
Walaupun mengalami perubahan fizikal yang ketara dan kitaran haid tidak teratur, Nur Ezzati Mohammad Salleh, 23, tidak mengendahkan kesihatan dirinya kerana menyangka ia tidak serius.
Kunjungan Nur Ezzati ke pejabat kolej kediaman sebuah institusi awam di Terengganu untuk mengambil kunci bilik menjadi detik tidak boleh dilupakannya yang ketika itu hanya berusia 19 tahun.
Nur Ezzati menulis bebenang di Twitter untuk menceritakan tentang insiden duka yang menimpanya pada penghujung 2013 agar dijadikan pengajaran oleh netizen.
Semuanya bermula apabila seorang penyelia kolej memanggilnya untuk masuk ke sebuah bilik untuk bertanya sama ada dia sedang mengandung.
image: https://ift.tt/2DgOD3J
Nur Ezzati berkongsi gambar ketika keadaan perutnya membuncit sebelum ini.
“Oh Tuhan! Masa tu, hanya Allah je yang tahu perasaan cuak, takut, nak mengangis, nak blah (beredar), semuanya bercampur baur.
“Terdiam aku dengar soalan macam tu. Apa perasaan kau bila kau tak pernah kahwin tapi dapat soalan macam tu?,” tulisnya di Twitter pada Selasa.
Walaupun puas menafikannya, penyelia kolej berkenaan tidak percaya dengan jawapan Nur Ezzati sehingga menarik tangannya untuk dibawa ke surau dalam pejabat tersebut.
Gadis tersebut diminta berbaring dan perutnya diperiksa, namun apa yang diungkapkan oleh penyelia tersebut membuatkan Nur Ezzati seakan tidak percaya.
“Dia pegang-pegang, tak tahu apa yang dia nak… sampai la kawan dia masuk, dia cakap…“Eh takde rasa kepala bayi pun. Perut dia keras macam ni je”.
“Kepala bayi yang dicarinya. Penyelia tu masih tak puas hati dengan keadaan tu. Dia seolah-olah tak dapat nak terima hakikat yang aku ni tak mengandung,” tambahnya yang kini bekerja sebagai ejen insurans sepenuh masa.
image: https://ift.tt/2NsEAgp
Keratan akhbar tentang kes pembuangan bayi yang hangat di universiti tersebut pada ketika itu.
Gadis yang berasal dari Kuantan itu kemudiannya diugut untuk ke klinik bagi melakukan pemeriksaan sekiranya masih enggan mengaku hamil.
Yakin bahawa dia tidak melakukan sesuatu yang buruk, Nur Ezzati bersetuju untuk berjumpa doktor dan melakukan imbasan pada bahagian perutnya.
Pemeriksaan doktor mendapati Nur Ezzati tidak hamil, tetapi disyaki mempunyai sista ovari yang ternyata mengejutkan dirinya dan penyelia berkenaan.
Belum pun isu tuduhan hamil itu reda, gadis itu sekali lagi terpalit fitnah yang mengaibkan apabila dituduh tergamak membuang bayi dalam loji kumbahan.
“Punya la bernasib malang aku ni. Kebetulan masa tu universiti tengah hangat dengan kes ni (buang bayi).
“Sekali lagi diuji dan mendapat tohmahan yang kurang enak didengar sebab sentap sampai ke lubuk jiwa yang paling dalam,” luahnya.
image: https://ift.tt/2Df0UWe
Sista ovari seberat 12kg dan berukuran 0.42 meter yang dikeluarkan dari ovari kiri Nur Ezzati.
Menurut Nur Ezzati, sekiranya dia ibu kepada bayi malang itu, bagaimana pula perutnya masih membuncit seperti wanita hamil.
Selepas mendapat nasihat doktor, Nur Ezzati menjalani pembedahan untuk membuang sista ovari seberat 12 kilogram dan dimaklumkan berdepan risiko kehilangan rahim sekiranya berlaku kes kecemasan semasa pembedahan berlaku.
Kata Nur Ezzati, ovari kirinya terpaksa dibuang sewaktu menjalani pembedahan pada 29 Januari 2014 itu.
“Saya harap para wanita di luar sana segera menjalankan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami kitaran haid tidak teratur.
“Pergilah periksa, kalau tiada sista ovari, bersyukur. Kalau ada, boleh kesan lebih awal,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Baca lebih lanjut di https://ift.tt/2Nvncb6
‘DIK, AWAK PREGNANT KE?’
BERMATIAN NAFI DAKWAAN HAMIL
DI DIAGNOSIS OVARIAN CYST 12KG
DITUDUH BUANG BAYI PULA
IF ANY EMERGENCY CASE, TERPAKSA REMOVE RAHIM – DOKTOR
CYST YANG DIBUANG
Sumber : nrezzxti via oh bulan
Sumber Disangka Hamil Luar Nikah, Gadis Cantik Ini Sebenarnya Derita Bawa ‘Kandungan’ Cyst Seberat 12kg
Demikianlah Artikel Disangka Hamil Luar Nikah, Gadis Cantik Ini Sebenarnya Derita Bawa ‘Kandungan’ Cyst Seberat 12kg
Sekianlah artikel Disangka Hamil Luar Nikah, Gadis Cantik Ini Sebenarnya Derita Bawa ‘Kandungan’ Cyst Seberat 12kg kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.