Judul : Demam Ketika Hamil Bukan Perkara Ringan, Cepatlah Ke Hospital. Ibu Muda Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan Selepas Demam Panas
link : Demam Ketika Hamil Bukan Perkara Ringan, Cepatlah Ke Hospital. Ibu Muda Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan Selepas Demam Panas
Demam Ketika Hamil Bukan Perkara Ringan, Cepatlah Ke Hospital. Ibu Muda Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan Selepas Demam Panas
Setelah beberapa hari di hospital dan mengalami simptom menggigil, catatan suhu badan yang tinggi serta beberapa perkara lain, bayinya akhirnya lahir tanpa diteran. Bayi yang dilahirkan pada usia 25 minggu 5 hari itu hanya bertahan beberapa jam sebelum pergi buat selama-lamanya. Berikut ialah perkongsian beliau;
Bagi yang tertanya tanya kenapa jadi macam ni, ibu ceritakan di bawah ya. Cuma nak berpesan, ibu² yang hamil, jagalah kesihatan sebaik mungkin. Kalau demam cepat² dapatkan rawatan di hospital.
30/8/2018
Ibu demam siang tu. Suhu takdala panas sangat. Tapi bila mai malam suhu ibu jadi tinggi. Sampai 39.6.. Ayah pula keja malam. Ibu call ayah minta ayah bawa ibu ke klinik.
31/8/2018
Subuh tu ibu bangun tidur, ibu rasa ada air keluar dari bawah. Menitik nitik. Badan ibu panas. Ibu makan ubat dan terus msg ayah bgtau keadaan ibu. Ayah call dan ajak ke hospital. Ayah balik tu, ibu ajak ayah pergi klinik scan dulu tengok air ketuban leaking atau tak.
Ayah, ibu n kakak pergi klinik.. Doktor scan, semua masih ok. Tapi dia bagitau lagi bagus kalau pergi hospital terus.
Tengahari tu ayah bawa ibu ke hospital. Kesian ayah belum tidur lagi dari balik keja pagi tu.
Sampai hospital, doktor check dengan alat yang mcm mulut itik tu, sekali bukan leaking. Keputihan doktor kata. Leganya ibuuu.. Ibu terus tanya doktor, “Saya boleh balik kan doktor? “.. Masa ni ibu hanya pikir kakak je. Sapa nak jaga kakak. Ayah kena kerja. Lagipun OT. Sayang kalau tak buat OT sebab kita nak pakai duit banyak.
Tapi nurse inform pada doktor yang ibu ni demam. Doktor nasihatkan ibu untuk admit dan check darah sebab takut denggi kan. Ibu pasrah jerla.
Bila dah masuk wad petang tu, ayah n kakak still tunggu di luar wad lagi. Sebab kakak kan bawah umur lagi. Tak boleh masuk wad.. Ayah n kakak tunggu sampai ibu dah selesai admit kat dalam wad. Ibu pun keluar lepak luar wad dengan ayah n kakak jap. Dalam pada dok lepak tu, ibu tetiba shivering. Ibu minta masuk wad dulu sebab shivering ibu ni agak teruk. Ibu baring atas katil sambil menggigil. Lama juga lepas tu ibu panggil nurse. Kelam kabut doktor² dan nurse² datang tengok ibu. Diorg pun tak pasti kenapa ibu mcm tu. Lama juga ibu menggigil.. Suhu ibu 40.6. Tak pernah blood pressure ibu tinggi. Masa shivering nak ambil blood pressure pun tak boleh. Dah ok sikit baru amik. 140.. Tinggi bagi ibu sebab ibu tak penah capai tinggi macamtu. Lepas dh suntik ubat semua n makan ubat.. Alhamdulillah ibu makin ok.
Ibu call ayah.. Sebab ayah tak call ibu pun after tengok ibu menggigil petang tu. Tetiba ibu dapat berita yang kurang enak. Ayah cakap dia baru lepas eksiden. Ibu pikir kakak je.. Tanya mcm mana kakak.. Ayah cakap kakak benjol di kepala. Allah.. Besarnya dugaan aku. Saat tu ibu tau, kakak hanya nak ibu ja. Dia perlukan ibu tapi ibu tak mampu nak ada dengan kakak masa tu. Ayah terlanggar kereta orang sebab ayah terlelap. Kesiannya ayah. Tapi tak dapat cakap lama sebab ayah tengah nak setel bab eksiden tu dengan org yang dia langgar.
Around pukul 11pm.. Ibu shivering lagi.. Allah.. Azabnya menahan shivering time tu. Penat sangat rasa diri ni.
1/9/2018
5am- Nurse minta ibu kencing. Sebab nak check air kencing kotor atau tak. Memang kotor pun air kencing ibu. Darah ibu ni ada la dalam 3-4 kali juga diorg ambil. Memang ada infections dalam darah pun.
10am- Ibu nak buang air kecil, sekali darah turun ketul dengan keputihan yang berwarna hijau lumut. Ya Allah.. Apa pulak kalini. Tapi ibu memang sakit perut pun haritu. Doktor asyik tanya sakit kat mana. Ibu cakap bahagian bawah perut. Nak kata contraction, bukan. Sebab perut doktor checked tak mengeras pun.
Ibu perati je jam. Setiap 5minit mesti datang sakit. Lepas tu pad mesti ada darah ketul. Mmg tiap kali tukar pad, akan tunjuk pad tu pada doktor. Doktor kata sebab kencing ibu kotor. Actually sakit ibu ni doktor rekod undetermined.. Ibu pun buntu. Apa jadi dengan ibu sebenarnya.
Bila dah petang, ibu masih juga sakit. Menahan sakit sepanjang hari. Setiap 5minit. Doktor scan pukul 2 semua ok. Cek bawah pun ok. Takda bukaan. Uri semua ok. Tapi pelik. Kenapa asyik turun darah. Dekat maghrib, ibu cakap kat doktor pelik dengan sakit perut ni. Kerap sangat. Doktor cek bukaan. Ok je. Atau dlm erti kata lain 1/10.. Mmg takda bukaan.
Doktor cakap dia beri ibu 2 suntikan.. Ubat tahan sakit dan dexa. Dexa ni sakit gila ok. Tahap 10/10 dia punya sakit.. Doktor cakap akan bg 2x suntikan dexa. Bermakna esok tu lagi sekali suntikan. Allah.. Azabnya nak hadap lagi sekali.. Tapi takpala. Ibu kuat demi anak ibu sorang ni. Ibu sanggup harung apa saja, asalkan anak ibu dalam perut ni selamat.
After that suntikan.. Ibu ingat akan lega la dari sakit. Tapi awat still sakit. Malah.. Makin sakit. Doktor kata akan pindahkan ibu ke wad lagi satu. Kalau tak salah ibu, wad tu wad high risk. Di mana ibu akan lebih diberi tumpuan oleh nurse untuk pantau ibu. Dalam dok tunggu nurse pindahkan ibu, ya Allah.. Kenapa sakit sangat ni.. Malah makin kerap. Ibu menahan sakit sambil control nafas. Takkan sakit contraction kot.
Bila dah sampai wad atas tu, ibu makin sakit. Rasanya sepanjang masa sakit. Nurse cakap mengiring dan kepit je. Jangan teran. Sebab ibu masih awal lagi. Baru 25minggu 5 hari mcmtu. Ibu pun tak sanggup nak teran. Biarlah anak ibu dok dalam perut ni sampai 9 bulan. Tapi.. Ya Allah.. Sakit apa ni.. Sampai tak diberi kesempatan untuk ibu bernafas dengan tenang sekalipun. Tiap kali sakit datang, air pun keluar dari bawah.. Air apa pulak ni. Ibu masih berdiam diri tak panggil nurse. Masa kakak dulu, doktor yg pecahkan air ketuban. Ibu tak merasa air ketuban keluar sendiri. Sebab tu ibu mcm konfius air apa. Keputihan atau air ketuban..
2/9/2018
12am- Dalam ibu dok kepit tu, sambil tahan sakit, tetiba terasa benda nak keluar dari bawah. Sumpah ibu tak teran. Ibu jerit panggil nurse. “Nurseee!! Ada benda nak keluar!!! ”
Kelam kabut nurse buka seluar ibu dan diorg terkejut. Terus diorang panggil doktor. Doktor pun terkejut.. Ibu tak teran. Ibu biarkan awak keluar sendiri sayang. Separuh badan awak keluar, sakit ibu terus hilang. Awak stuck sebab keluar buntut awak dulu.. (kalau xsalah ibu buntut dulu keluar sebab dengar doktor ke nurse cakap mcmtu).. Doktor usaha keluarkan kepala awak pula. Alhamdulillah.. Awak selamat keluar.. Ibu lahirkan awak secara breech delivery.. Ibu tak henti doa pada Allah supaya panjangkan umur yusuff. Ya.. Nama anak ibu Mohamad Yusuff bin Mohd Fazli. Nama yang ibu idamkan untuk anak lelaki ibu dan ayah.
Dah selesai semua, doktor minta no fon ayah nak bagitau yang ibu dah bersalin n minta ayah datang hospital. Call ayah tak dapat. Ibu google number fon kilang ayah keja tu. Lepastu dia minta ext. Ibu ingat² lupa ext no. tu. Disebabkan ibu dulu keja sekali dengan ayah dan kerap dial ext no bilik tu, ibu cuba nasib dial. Sekali betul. Tapi masa doktor cakap dengan ayah tu, doktor minta ayah dtg hospital segera. Urgent!… Lepas tu doktor minta ibu call ayah balik.. Sebab nak bgtau kata ibu dah bersalin sebenarnya. Masa tu ibu fikir, ayah taktau pun ibu bertarung satu hari menahan sakit. Petang 1/9 tu ayah dtg melawat ibu. Tapi dia dah nampak ibu macam lain dah. Yerla. Ibu lepak luar wad sambil menahan sakit masa tu.
Lepas tu bab keluarkan uri pula, bersalin Yusuff sangat senang. Sebab kecil lagi kan. Tapi bab uri tu, ya ampunnn.. Rasa nak tercabut nyawa doktor n nurse cuba keluarkan. Dikorek, diseluk, ditekan perut, disuruh batuk.. Hehe.. Ibu macam nak meracau tapi nurse tempik. Syukur nurse sedarkan ibu. Supaya ibu tak melayan sangat. Lama juga ambil masa setelkan bab uri ni.
Doktor baby kemudian datang dekat ibu. Riak wajah doktor sangat buat ibu rasa xsenang. Doktor maklumkan yang badan Yusuff sangat fragile. Doktor cakap kalau bagi oksigen pun kesian. Mcm menyiksa awak. Doktor tanya ibu nak pangku awak tak.. Of cos ibu nak pangku awak. Nak tengok wajah awak yang handsome macam ayah. Ibu mmg confident yang awak macam ayah. Ramai juga kata mcm kakak. Yerla. Awak berdua mmg photostat muka ayah.. Sebaknya ibu pangku anak lelaki ibu ni. Alhamdulillah. Cukup sifat anak ibu ni. Sempurna mcm bayi yang lain. Cuma berat awak 820gm je. Ibu sembang² dengan awak. Ibu minta awak kuat. Ibu nak jaga awak. Tapi ibu tau, awak takkan hidup lama.. Ibu nyanyikan zikir untuk awak.. Kadang ibu nak terlelap juga sebab ibu dah letih. Ibu beri awak pada doktor. Minta bagi oksigen pada awak. After that doktor datang bgtau yang awak takkan lama. Doktor tanya ibu nak pangku awak tak. Ibu iyakan aja. Ibu minta awak bertahan sampai ayah datang. 2jam juga awak bertahan Yusuff.. Bila ibu cium awak, awak tarik nafas. Seperti berinteraksi dengan ibu. Waktu ni ibu redha kalau awak pergi. Sebab ibu tahu awak sedang nazak.. Kulit awak terlalu fragile.. Kesiannya..
Sempat juga ibu snap pic awak masa ibu pangku awak.. Kebetulan handphone mmg ada tepi ibu sebab doktor pass handphone ibu untuk call ayah sebelum tu. Ada juga la kenangan kita.
Sehingga la ibu dengar ayah dah dtg. Tapi doktor baby jumpa ayah dulu explained apa yg jadi n akan jd. Ibu pegang pipi awak. Sejuknya. Seperti awak dah meninggalkan ibu. Ngam² ayah datang, awak pergi tinggalkan kami semua.
Allah.. Sebaknya kehilangan anak ni. Ibu menangis.. Perasaan kehilangan anak ni, hanya yang mengalami jer yang tau peritnya.. Ayah pun sama.. Ayah cakap takdak salah sapa.. Ayah start call nanny dan tok di kg maklumkan pasal ni.
Jenazah Yusuff selamat dikebumikan tengahari tu. Ibu masih di wad. Ayah dan ahli keluarga yang lain uruskan jenazah Yusuff.. Kawan² ayah pun ada dtg ziarah kat kubur.. Terima kasih semua..
Ibu kuat.. Insyaallah.. Ramai risaukan ibu sebenarnya. Tapi insyaallah.. Ibu kuat.. Yerla. Sedih tu memang ada.. Hari² menangis. Tapi takdala sampai meratapi sepanjang masa.. Sapa yang tak sedih kehilangan anak. Ibu beruntung sebab ada kakak awak.. Tapi kakak awak ni rileks je Yusuff.. Dia siap pesan lepas ni nak baby girl pula memandangkan ibu dah beranak baby boy. 😅.. Adoila kakak.. Doakan ibu dapat pengganti Yusuff ya.. Yusuff anak syurga ibu ayah. Terima kasih Yusuff..
#mohamadyusuffbinmohdfazli
#2september2018
Sumber: Neng Syahadah Sns
Artikel telah diambil dari https://ift.tt/2MUISIg
Sumber Demam Ketika Hamil Bukan Perkara Ringan, Cepatlah Ke Hospital. Ibu Muda Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan Selepas Demam Panas
Demikianlah Artikel Demam Ketika Hamil Bukan Perkara Ringan, Cepatlah Ke Hospital. Ibu Muda Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan Selepas Demam Panas
Sekianlah artikel Demam Ketika Hamil Bukan Perkara Ringan, Cepatlah Ke Hospital. Ibu Muda Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan Selepas Demam Panas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.