11 September: Perang Paling Lama Amerika Syarikat

11 September: Perang Paling Lama Amerika Syarikat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 11 September: Perang Paling Lama Amerika Syarikat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 11 September: Perang Paling Lama Amerika Syarikat
link : 11 September: Perang Paling Lama Amerika Syarikat

Baca juga


11 September: Perang Paling Lama Amerika Syarikat

17 tahun lalu – 8.46 pagi, 11 September 2001, Selasa (waktu Malaysia 8.46 malam), berlakunya peristiwa serangan ke atas World Trade Center (WTC), New York yang mengejutkan dunia.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, US menunding jari kepada Kumpulan Al-Qaeda yang berpangkalan di Afghanistan (namun rangkaian Al-Qaeda beroperasi di seluruh dunia). Akibat keengganan Mullah Omar, pemimpin kerajaan Taliban di Afghanistan untuk menyerahkan Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda, maka US mengisytiharkan perang ke atas Afghanistan pada 7 Oktober 2001.

Walaupun US berjaya menggulingkan rejim Taliban dan menaikkan Northern Alliance dalam masa 2 bulan, kumpulan Taliban masih survive tidak dihapuskan sama sekali. Tidak lama kemudian mereka buat “comeback” dan melancarkan “insurgency” ke atas tentera US dan kerajaan Afghanistan yang baharu.

Sehingga hari ini, US masih struggle untuk memenangkan perang di Afghanistan, menjadikan Perang Afghanistan perang terpanjang dalam sejarah US (bakal genap 17 tahun).

Memang bukan mudah untuk menewaskan Taliban. Kawasan Afghanistan ini bergunung-ganang, ada banyak gua untuk bersembunyi, memudahkan Taliban untuk melancarkan serangan gerila. Dulu waktu Soviet Rusia menyerang Afghanistan, US membantu Al-Qaeda untuk melawan Soviet guna cara gerila. Jadi sekarang kiranya US “rasa ubatnya sendiri”.

Al-Qaeda pula meneruskan operasinya di luar Afghanistan. Tapi sampai hari ini, Al-Qaeda masih belum mengakui mereka yang telah menyerang WTC pada 11 September 2001. Jadi ada macam-macam teori konspirasi yang mengaitkan peristiwa 11 September 2001 dengan “inside job”. Tujuannya adalah untuk mewujudkan “casus belli” (alasan untuk berperang) supaya US boleh memasuki Afghanistan.

Dari sudut geopolitik, kedudukan Afghanistan ni strategik kalau kau target China, Rusia dan Iran: sebabnya Iran di sebelah barat Afghanistan, China di sebelah timur, dan di utara Afghanistan ialah negara Stan-Stan yang merupakan “backyard” Rusia. Kenapa US nak masuk ke Afghanistan? Supaya dapat bertindak terhadap pakatan China-Rusia-Iran. Jadi “teori konspirasi” dalam konteks 11 September pun ada logik dia.

Cuma sehingga hari ini, masih tak nampak apa-apa perancangan US untuk memenangi perang di Afghanistan. Lebih 2,000 askar US dah terkorban. Dah ada ura-ura Trump tengah berunding dengan Taliban supaya US dapat “exit”. Kalau jadi, kemungkinan besar Afghanistan akan jadi Vietnam dan Iraq yang seterusnya: kerajaan Afghanistan yang lemah mungkin tak dapat survive serangan Taliban yang masih sangat kuat dari segi kelengkapan dan sokongan.

Penduduk majoriti di Afghanistan iaitu Pashtun masih ada nostalgia terhadap Taliban berbanding kerajaan Northern Alliance yang kebanyakan terdiri daripada etnik minoriti seperti Hazara dan Tajik. Keadaan macam Iraq pasca-Saddam, di mana kerajaan dalam tangan Syiah dan Kurdi membolehkan kebangkitan ISIS yang berteraskan sentimen Sunni.

Ramai orang kata Perang Afghanistan ini perancangan jahat US untuk menyerang orang Islam. Tapi bagi saya, itu tanggapan yang “over-estimate” US. Bukan saja perancangan geostrategik US untuk menggunakan Afghanistan sebagai tapak menentang China-Rusia-Iran tak mampu dilaksanakan, malah objektif asal untuk menundukkan Taliban dan Al-Qaeda pun tak tercapai.

Perang Afghanistan 1979-1989 menjadi penamat riwayat hidup Soviet Rusia. Adakah Perang Afghanistan 2001-20?? bakal menjadi penamat riwayat hegemoni US?



Demikianlah Artikel 11 September: Perang Paling Lama Amerika Syarikat

Sekianlah artikel 11 September: Perang Paling Lama Amerika Syarikat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: