Judul : Bayi Ini Tenang Sahaja Tetapi Di Saat Handphone Ditarik Bayi Ini Bertukar Menjadi Agresif. Ini 5 Perkara Ibu Bapa Harus Ambil Tahu
link : Bayi Ini Tenang Sahaja Tetapi Di Saat Handphone Ditarik Bayi Ini Bertukar Menjadi Agresif. Ini 5 Perkara Ibu Bapa Harus Ambil Tahu
Bayi Ini Tenang Sahaja Tetapi Di Saat Handphone Ditarik Bayi Ini Bertukar Menjadi Agresif. Ini 5 Perkara Ibu Bapa Harus Ambil Tahu
“Setiap kali pergi makan luar, tak tau nak buat apa dengan anak. Tak sabar-sabar dia nak tunggu makanan. Nak tak nak, bagilah dia main gajet kejap. Kita pun dapatlah bertenang sikit… Salah ke buat macam tu?”
Penggunaan gajet kini memang sinonim dengan anak muda, malah anak kecil pun ramai yang dah ‘celik’ menggunakannya. Ada ibu bapa yang rasa bersalah bila bagi anak gunakan gajet. Tapi, ada juga yang rasa perlu dan terpaksa bergantung kepada gajet demi menarik perhatian anak yang susah duduk diam.
Kalau kita menganggap gajet sebagai ‘babysitter’ untuk anak, ini 5 perkara yang boleh berlaku.
1. MENJEJASKAN PERKEMBANGAN MINDA SI KECIL
Memang ramai yang cakap, gajet membantu anak menyanyi, mengenal huruf, nombor, dan sebagainya. Tapi sebenarnya bukanlah ilmu itu yang diperlukan oleh anak pada seawal usia.
Malah, dalam tempoh beberapa tahun pertama inilah 1 juta neuron otak akan bersambung antara satu sama lain. Jika anak kecil didedahkan kepada gajet terlalu awal, ia akan mengehadkan peluang untuk bersosial secara normal, di mana proses inilah yang boleh menjejaskan perkembangan otak mereka.
2. ANAK KURANG MINAT UNTUK BERMAIN
Satu lagi perkara yang membimbangkan adalah gajet merupakan sesuatu yang membawa kepada ketagihan. Jika mereka dibiarkan bermain gajet tanpa dikawal, anak cenderung untuk memilih gajet berbanding bermain permainan ataupun bermain bersama kawan-kawan seusia.
Tanpa aktiviti bermain, tiadalah interaksi atau komunikasi yang dapat dilatih. Bukan itu saja, anak kecil juga tidak mendapat peluang untuk mengasah deria dan menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif.
3. KEMAHIRAN MOTOR TERGANGGU
Kebanyakan ibu bapa mungkin terasa ‘perlu’ gunakan gajet dalam keadaan tertentu untuk membuat anak duduk diam. Tapi sebenarnya pergerakan fizikal yang terhad memberi kesan kepada perkembangan otot si kecil. Sekaligus, ia menjejaskan postur dan proses kawalan tubuh yang baik.
Perlu diingatkan bahawa kurangnya pergerakan fizikal bukan saja meningkatkan risiko obesiti, bahkan ia boleh menjadi penghalang kepada kemahiran motor halus yang diperlukan untuk menulis, bersukan, dan bermain muzik.
4. PUNCA ANAK SUSAH TIDUR
Jangan lupa, lampu biru yang dipancarkan oleh skrin telefon juga boleh menghalang penghasilan melatonin, iaitu sejenis hormon yang mengarahkan otak untuk tidur.
Terdapat penelitian yang menegaskan bahawa kewujudan peranti seperti telefon pintar atau tablet dalam bilik tidur sahaja sudah cukup untuk meninggikan risiko kekurangan tidur, menjejaskan kualiti tidur, dan menyebabkan rasa mengantuk yang melampau pada keesokan harinya. Jadi, bayangkanlah bagaimana tinggi risikonya pula kalau ia sering digunakan untuk ‘mengalih perhatian anak’ sebelum tidur.
4. PUNCA ANAK SUSAH TIDUR
Jangan lupa, lampu biru yang dipancarkan oleh skrin telefon juga boleh menghalang penghasilan melatonin, iaitu sejenis hormon yang mengarahkan otak untuk tidur.
Terdapat penelitian yang menegaskan bahawa kewujudan peranti seperti telefon pintar atau tablet dalam bilik tidur sahaja sudah cukup untuk meninggikan risiko kekurangan tidur, menjejaskan kualiti tidur, dan menyebabkan rasa mengantuk yang melampau pada keesokan harinya. Jadi, bayangkanlah bagaimana tinggi risikonya pula kalau ia sering digunakan untuk ‘mengalih perhatian anak’ sebelum tidur.
Sumber artikel : SirapLimau
Sumber Bayi Ini Tenang Sahaja Tetapi Di Saat Handphone Ditarik Bayi Ini Bertukar Menjadi Agresif. Ini 5 Perkara Ibu Bapa Harus Ambil Tahu
Demikianlah Artikel Bayi Ini Tenang Sahaja Tetapi Di Saat Handphone Ditarik Bayi Ini Bertukar Menjadi Agresif. Ini 5 Perkara Ibu Bapa Harus Ambil Tahu
Sekianlah artikel Bayi Ini Tenang Sahaja Tetapi Di Saat Handphone Ditarik Bayi Ini Bertukar Menjadi Agresif. Ini 5 Perkara Ibu Bapa Harus Ambil Tahu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.