Judul : Aura Kehamilan Sebenarnya Boleh Berjangkit! Patutlah Bila Kawan Baik Mengandung, Lepas Tu Seorang Lagi Pun Mesti Hamil
link : Aura Kehamilan Sebenarnya Boleh Berjangkit! Patutlah Bila Kawan Baik Mengandung, Lepas Tu Seorang Lagi Pun Mesti Hamil
Aura Kehamilan Sebenarnya Boleh Berjangkit! Patutlah Bila Kawan Baik Mengandung, Lepas Tu Seorang Lagi Pun Mesti Hamil
Perasan atau tidak, sebaik sahaja kawan baik kita hamil atau bersalin, tidak lama selepas itu giliran kita pula yang hamil.
Jika kita selalu melayan Facebook, mesti kita akan lihat rata-rata kawan dalam Facebook semua sudah ada anak. Semua cerita pasal orang mengandung dari mula sampai akhir, macam berjanji aja hendak mengandung secara serentak.
Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk mengandung serentak dengan kawan baik sendiri? Hmm…memang sudah terjadi pada diri sendiri. Asal kawan-kawan baik hamil, yang lain turut berjangkit!
KEBETULAN ATAU BERJANGKIT?
Kebanyakkan kita mungkin berfikir semua itu hanyalah secara kebetulan sahaja. Bagaimanapun, ada kajian telah menyatakan bahawa aura kehamilan ini boleh berjangkit.
SEJAUH MANA AURA KEHAMILAN BOLEH BERJANGKIT
Menurut satu kajian penyelidikan dari sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, seseorang yang mengandung ataupun mempunyai aura kehamilan juga boleh mempengaruhi kawan-kawan terdekat untuk sama-sama hamil.
Satu lagi dari hasil penyelidikan dan juga mendapati jika seseorang itu mengandung, ia akan membuat lebih ramai lagi rakan yang lain.
Bagaimanapun, kajian ini turut menegaskan bahawa aura kehamilan ini bukan sahaja berjangkit atau merebak melalui psikologi dan juga bulan dengan cara biologi.
Kehamilan yang mempengaruhi kawan-kawan yang terdekat dengan kita akan mendapat keinginan yang sama iaitu untuk memiliki cahaya mata sendiri. Walau pada masa yang sama mereka langsung tidak merancang untuk ada anak pada masa yang terdekat.
3 SEBAB KEHAMILAN BOLEH BERJANGKIT
Menurut kajian pada tahun 2014, terdapat 3 teori penyebab wanita boleh merasakan hal sebegitu;
KEINGINAN MENJADI IBU
Para wanita ini lebih cenderung ke arah keinginan untuk menjadi seorang ibu selepas melihat kawan-kawan sekeliling yang telah berhasil melaluinya dengan berjaya.
TERUJA MELIHAT RAKAN HAMIL
Mungkin pemikiran dahulu, perkara tersebut amat melecehkan, takut atau langsung tidak mempunyai keinginan ke arah kehamilan. Mungkin kini perasaan itu mula bertukar dan perasaan menjadi lebih teruja untuk mengalami pengalaman itu sendiri apabila melihat anak-anak kawan yang sangat comel dan menghiburkan.
TAKUT KETINGGALAN
Segelintir wanita juga akan bermain dengan perasaan takut untuk berasa ketinggalan apabila melihat kebanyakkan kawan-kawan kebanyakkan sudah memiliki anak sendiri. Jika selalu ditanya bila mahu ada anak sendiri, mungkin soalan itu adalah satu soalan yang menyakitkan dan menjengkelkan jika ditanya berulang-ulang kali.
Jika berfikir secara logik, mungkin ada segelintir kawan akan berasa lebih selesa jika ada kawan mereka yang sudi berkongsikan pendapat dan juga petua-petua dalam segi berjimat dalam perbelanjaan yang melibatkan anak-anak.
Bila cara pemikiran dulu mungkin terasa ia amat membebankan tetapi apabila melihat kawan-kawan yang menangani masalah itu dengan senang dan baik-baik sahaja tanpa ada apa-apa permasalahan yang timbul di situlah hati mula terbuka keinginan untuk memiliki anak sendiri.
REZEKI DARI ALLAH
Apa-apa pun, jangan kita percaya sangat dengan mitos ini. Jangan kita terlalu taksub dan obses dengan perkara sebegini.
Sebagai umat islam, kita juga seharusnya lebih percaya semua ini berlaku dengan adanya rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah. Jika itu sememangnya rezeki kita, ia akan tetap sampai kepada kita sendiri kerana rezeki ini tidak pernah salah alamat.
Sumber: Petua Ibu
Sumber artikel : https://ift.tt/2N4vXbR
Sumber Aura Kehamilan Sebenarnya Boleh Berjangkit! Patutlah Bila Kawan Baik Mengandung, Lepas Tu Seorang Lagi Pun Mesti Hamil
Demikianlah Artikel Aura Kehamilan Sebenarnya Boleh Berjangkit! Patutlah Bila Kawan Baik Mengandung, Lepas Tu Seorang Lagi Pun Mesti Hamil
Sekianlah artikel Aura Kehamilan Sebenarnya Boleh Berjangkit! Patutlah Bila Kawan Baik Mengandung, Lepas Tu Seorang Lagi Pun Mesti Hamil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.